Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca Adi Putra bersara awal dari dunia anak seni..

Rabu, 27 Julai 2016

Akibat kontroversi kahwin lagi yang melanda dirinya, Adi Putra menjelaskan yang dia membuat keputusan untuk bersara lebih awal dari dunia hiburan. Namun tidak menafikan yang dia akan sentiasa juga aktif dalam industri perfileman.
“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya kepada Malaysian Digest

Sharnaaz Ahmad Bersara Dari Dunia Seni

Selasa, 26 November 2013

Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad diberitakan dalam perancangan dalam persaraan dalam dunia anak seni. Dia yang berkata demikian ketika ditemubual oleh sisipan BPop minggu lalu.

Drama terakhir Sharnaaz untuk info umum adalah Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dan kini dalam perancangan untuk bekerja dalam sektor hartanah atau minyak/gas asli.
“Saya bukan kecewa, tapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.

“Paling penting hati ibu bapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” -Sharnaaz.