Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dulu Zukieee pakai Kancil, kekasih tinggalkan dia.. sekarang..

Ahad, 5 Jun 2016


Tidak ramai yang tahu, Zukieee sebenarnya sebelum ini sudah menyulam cinta lebih empat tahun dengan seorang gadis dan hampir melangsungkan perkahwinan pada tahun ini tetapi tidak kesampaian kerana gadis tersebut nekad putuskan perhubungan mereka disebabkan orang ketiga.

Kekasih Putuskan Zukieee Kerana Hanya Memiliki Kereta Kancil

Abam terlibat kemalangan, kereta remuk, keadaan Abam pula...

Khamis, 10 September 2015


Abam Bocey Kemalangan
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan kemalangan di Batu 10, Gombak.
“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” -Abam
Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Sepahtu Bawa Pulang Perodua Alza Baru

Sabtu, 11 Januari 2014

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu yang dibarisi oleh Jepp, Rahim dan Shuib kerana memenangi undian tertinggi pada Maharaja Lawak Mega 2013/2014 semalam (10/1).

Mereka menerima hadiah kereta Perodua Alza keluaran yang terbaru dengan undian 65%. Rancangan ini masih lagi belum berakhir dan kumpulan Wala telah tersingkir dengan undian 46%.

Kumpulan Shiro mendapat 57% dan Comey 56%, ahli lain tidak dapat dipastikan mungkin berada bawah daripada mereka. -gambar myMetro

Kereta Ainan Tasneem Kemalangan

Selasa, 23 Julai 2013

Diberitakan yang kereta Perodua model Myvi milik penyanyi, Ainan Tasneem terbabas dan mengakibatkan kerosakan teruk pada keretanya itu baru-baru ini.

Melihat daripada posisi kereta itu, tayar depan patah dan bumper belakang remuk tahap kritikal. Diharaplah Ainan Tasneem tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.


Najwa Latif beli kereta Myvi CASH!

Ahad, 12 Februari 2012

Najwa Latif kini berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini. Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila Najwa telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran popularitinya kini.

“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar. -Via
-dah ada lesen ke Najwa ni, ke untuk pulang alik tuisyen jerk.. huhu.