Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Raya Misha Omar 2014 (6 Gambar)

Selasa, 5 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Misha Omar, suami serta ahli keluarganya.

Farish Aziz berselfie di atas kubur orang!

Isnin, 4 Ogos 2014

Berselfie kadang kala agak menjangalkan jika salah memilih tempat untuk berselfie. Pelakon, Farish Aziz adalah salah seorang yang terkena tempias selfie salah tempat ketika Hari Raya AidilFitiri yang lalu.

Dimana dia berselfie di tempat orang meninggal dikebumikan aka tanah perkuburan Islam. Ada yang mendakwa, Farish berselfie diatas kubur orang.

'Upgrade' Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Selasa, 27 Ogos 2013

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

Jamal Abdillah Tolong Baiki Pusara P. Ramlee

Rabu, 17 April 2013

Mana pergi artis kaya raya dan juga peminat yang selalu menjadikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola? ni ha nak khabarkan yang Jamal Abdillah merupakan selebriti dan pihak yang awal selain Arkib Negara yang sedikit sebanyak menderma wang untuk membaiki pusara Seniman Negara yang dihempap pokok tumbang beberapa hari yang lalu.

Jamal memberikan replika cek sumbangannya itu kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi semalam. Rasanya Jamal bukan nak menunjunk-nunjuk, namun ikut dari caranya, rasanya dia sangat prihatin dan sanggup memberikan wang yang kadang kala dia juga menyanyikan lagu Allayarham. Apalah sangat wang ringgit dibandingkan dengan jasa P Ramlee yang filemnya masih lagi tak bosan-bosan dilihat sehingga ke hari ini..

Petikan daripada portal SinarHarian.
"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau?

"Kebetulan musibah itu (pusara rosak) berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu,"-Jamal

Kubur Seniman Negara Di Hempap Pokok Tumbang

Sabtu, 30 Mac 2013

Ini ada satu berita yang sangat menyayat hati. Kubur bekas seniman-seniman Negara, seperti Saloma, Tan Sri P Ramlee dan AR Tompel telah di hempap sebuah pokok besar akibat tumbang di Perkuburan Islam Ampang. Mengikut sumber hampir 7 pokok besar telah tumbang. Astro Awani juga membuat liputan ke tempat kejadian baharu-baharu ini.

Pusara-pusara mereka hampir musnah dan mungkin masa ini kerja-kerja pembaik pulihan sedangn dijalankan. Semoga ada hikmah yang berlaku di atas kejadian ini. al Fatihah. -gambar blogserius.blogspot.com