Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

RM15k untuk baju sut filem Abang Long Fadil 2 - Wak Doyok

Selasa, 15 Ogos 2017

Dengar khabar Wak Doyok sanggup membelanjakan sampai RM15,000 hanya untuk sut yang dipakainya dalam filem Abang Long Fadil 2.Sut tersebut ditempah khas dari butik terkenal, Lord's Tailor.
"Untuk babak aksi saya gunakan tiga sut yang setiap satunya berharga RM1800 dan ada satu sut berharga RM3500. Kalau kira semuanya dalam RM15,000," katanya kepada MediaHiburan.
Namun katanya ada antara sut tersebut sudah tidak dapat dipakai kerana sudah terkoyak semasa menjayakan babak aksi.
"Tapi saya tak kisah sebab saya bawa brand saya ke dalam filem berkekanaan dan kalau saya nak keluar belanja untuk selitkan brand sendiri di dalam filem, itu jugalah antara jumlah yang perlu saya bayar.

"Jadi saya anggap sebagai give and take dan kos RM15,000 yang dikeluarkan itu berbaloi," tambahnya.

Wak Doyok dikecam riak dan takbur!

Sabtu, 24 Jun 2017


Menerusi sebuah entry di Twitter miliknya @Wak_Doyok pada 19 Jun lalu, pengacara itu pada mulanya berkongsi sekeping gambar katalog butang baju Melayu ribuan ringgit yang menjadi pilihannya.

Malah, Wak Doyok turut memuat naik sekeping gambar dia memakai butang baju Melayu bernilai RM33,000 apabila peminat bertanyakan harga yang bernilai sama dengan sebiji kereta.

Namun akibat daripada tindakan beliau ini, dia mendapat kecaman pulak sebaliknya.

Wak Doyo buat 'kejutan' untuk ibunya..

Selasa, 13 Jun 2017


Jika diikutkan kisah silam Wak Doyok, dia dahulunya adalah seorang pemotong rumput, namun tuah dan rezekinya kini dah dikenali ramai, maka adalah sewajarnya dia membalas jasa ibunya dengan memberikan sebuah rumah banglo.

Rumah yang diberikan itu difahamakn dekat Klang, Selangor. Gambar rumah dan ibunya juga diambil bersama di media sosial, dan mendapat pelbagai reaksi positif semua pengikutnya.

PANAS! kain Rozita Che Wan dianggap 'low class'?

Khamis, 1 Jun 2017


Saban tahun apabila tiba hari raya, Rozita Che Wan atau Che Ta selalu tampil dengan koleksi baju raya. Tahun ini, Che Ta tampil berkerjasama dengan Minaz menghasilkan koleksi baju raya.

Memang cantik jika dilihat dari gambar. Namun ada komen dari seorang wanita yang menuduh baju raya dari Che Ta low class dan low quality malah menghina kainnya.

Janna Nick tak serik lagi soal ini..?

Selasa, 30 Mei 2017

Dulu kalau tak silap, Janna Nick pernah bergaduh dengan seorang pereka fesyen tempatan awal tahun lalu, gara-gara skirt yang dipakai Janna terlalu singkat dan seksi untuk sesi bergambar.

Namun pereka berkenaan menafikan dakwaan Janna itu memandangkan dia sudah menyediakan 5 jenis fesyen untuk dipilih sebelum dipakai.

Kini apa pula kata Janna Nick selepas peristiwa itu?

Najib Razak panggil Wak Doyok 'Wak Dogol' (video lucu)

Jumaat, 19 Mei 2017


Disebalik drama hangat yang berlaku semasa Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya pada rabu malam, ada satu kejadian mencuit hati apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tersalah memanggil nama personaliti fesyen, Wak Doyok dengan panggilan Wak Dogol.

Pereka fesyen no.1 negara kini bergelar Datuk

Selasa, 25 Oktober 2016


Pereka fesyen dan perunding perkahwinan popular, Rizalman Ibrahim merupakan antara penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah semalam.

Wak Doyok, Azrinaz Mazhar putus cinta

Selasa, 11 Oktober 2016

Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini".
Itu penjelasan ringkas Wak Doyok mengenai hubungannya dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.

"Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami," katanya kepada Harian Metro.

"Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.

"Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya," katanya kepada Harian Metro.
Pagi tadi Wak Doyok memuat naik status di laman Twitter yang berbunyi 'Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita'.

Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.

Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan.

Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.

Wak Doyok buat aksi lagak ngeri yang korang tak boleh tengok (video)

Selasa, 4 Oktober 2016

Agak kurang dipastikan siapa dalam video ini, ramai yang tak percaya jika ini adalah pereka fesyen, Wak Doyok, memandangkan dia yang memuatnaik video ini di bandar Melbourne, Australia baru-baru ini.

Namun tindakan seperti ini memang cukup berani oleh seseorang yang tak boleh ditiru oleh sesiapa.

Korang kalau tengok pasti berderau darah mengalir, dan kaki akan berpeluh. Percaya lah. Haha.

Pakaian yang dipakai Awal Ashaari ini bakal dikecam!

Khamis, 25 Ogos 2016

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week atau KLFW) sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. Awal Ashaari juga menjadi perhatian orang ramai kerana memakai fesyen skirt yang direka pereka fesyen Joshua Fitton.

Di sana mereka memakai kilt bagi meraikan perayaan formal dan ia sering digunakan dalam kumpulan pancaragam masyarakat di sana. -mynewshub.cc

Wak Doyok, Azrinaz Mazhar sudah bertunang?

Selasa, 2 Ogos 2016

Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga tredekat sahaja.

Siti Nordiana sombong? sebab menolak permintaan ini...

Jumaat, 22 Julai 2016

Siti Nordiana dikatakan berlagak sombong dan menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya untuk sebuah drama bersiri.

Namun bagi Nana, dia menafikan dirinya sombong.

“Sejak mula menyanyi saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati terbuka. Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar. Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya”

“Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf. Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya,” katanya kepada Kosmo Online

Wak Doyok bercinta dengan Azrinaz Mazhar Hakim?

Rabu, 15 Jun 2016

Wak Doyok mengakui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.
"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," ujarnya kepada mStar Online.

Sekitar pemilihan baju pengantin Anzalna, Hanif (30 gambar HD)

Ahad, 21 Februari 2016

Anzalna Nasir dan Hanif akan melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Untuk hari perkahwinan hari ini, mereka akan mengenakan busana rekaan duo pereka terkenal Rizman dan Ruzaini.

Lagi gambar Majlis Perkahwinan Pereka Fesyen Ruzaini (40 gambar)

Rabu, 17 Februari 2016

Wak Doyok dikritik hebat sebab isu ini.. yang mengritik juga bukan orang biasa..

Isnin, 1 Februari 2016

Ikon fesyen tempatan kesayangan rakyat Malaysia, Wak Doyok, telah dikritik oleh umum kerana memuat naik gambar bersertakan quote yang menggambarkan seolah-olah seorang lelaki akan dilihat hebat selagi lelaki itu menghisap rokok. Dan bukan calang-calang orang yang kritik Wak Doyok.. Dia adalah..

Fesyen pakaian Fara Fauzana dikritik..

Selasa, 26 Januari 2016

Anugerah Juara Lagu aka AJL 30 sudah melabuhkan tirainya, tapi pasti ada yang menarik dan hangat untuk diperkatakan.

Kali ini mengenai pakaian Fara Fauzana yang dikatakan tidak sesuai dengan tema pada malam itu. Dan pakaian itu seolah-olah berbentuk 'ayam belanda'
"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," pereka fesyen berkenana, Rizalman memetik akaun Instagram miliknya
Sementara itu, Fara menerusi Instagram menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.
"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujar Fara

Kilafairy before money and after money.. (4 gambar)

Isnin, 24 Ogos 2015

Menjadi viral di laman Facebook apabila ada pendedahan mengenai wajah Kilafairy sebelum dia bergelar selebriti dan sekarang menjadi selebriti. Caption yang digunakan dalam laman sosial itu berbunyi begini..

KPDNKK bakal siasat Pereka Fesyen, Fairuz Ramdan sebab.. PANAS!

Rabu, 29 Julai 2015

Ni admin dapat email daripada seorang yang mahu dikenali sebagai Shasha. Dia telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pereka fesyen terkenal, Fairuz Ramdan yang dikatakan gagal untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggakan pelanggannya membuat laporan KPDNKK.

Ini lah antara isinya itu..

Pergaduhan Neelofa - Rizalman disebabkan hastag..

Rabu, 1 Julai 2015

Hastag #RizalmanForZalora difahamkan telah dikecam oleh pereka fesyennya sendiri, Rizalman di laman sosial gara-gara penggunaanya berleluasa untuk sesetengah egen tudung Neelofar.

Rizalman beranggapan mereka yang menggunakan hastag itu tidak beretika dan biadap. Namun Neelofa sepertinya menyindir Rizalman kerana tidak bersikap matang kerana beranggapan Rizalman seperti juga menyindirnya sebelum ini.

Gambar berkenaan sepertinya sudah di delete sebelum sempat di screenshot.