Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tasha temani kekasihnya bertinju. So Sweet

Isnin, 19 Mei 2014

Baru-baru ini kalau tak silap hari Ahad semalam, Tasha Shila pergi menemani kekasihnya yang juga peninju Muay Thai, Han Chen Wong di perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) yang diadakan di Paradigm Mall anjuran Tune.
"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu,"
Atas sokongan Tasha itu, akhirnya Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan. -mStar

12 Gambar Tasha Shila, Kekasih ke Thailand bercuti

Khamis, 17 April 2014

Tasha Shila dan kekasihnya yang juga seorang peninju telah pergi bercuti ke Thailand. Mungkin ke pulau Phuket atau Krabi. Melihat darpada kemesraan mereka ini, seperti berbulan madu pula. Hoho. Mungkin mereka pergi dengan rakan-rakan yang lain. Jom layan.

Lagi Gambar Tasha Shilla Dengan Kekasihnya

Sabtu, 8 Februari 2014

Gambar ni menunjukkan hubungan diantara Tasha Shilla dengan orang yang didakwa kekasihnya, peninju Muay Thai begitu mesra sekali. Beberapa keping gambar dia dengan peninju Muay Thai itu dimuatnaik di dalam laman sosial instagram.

Ini menguatkan lagi mereka betul-betul bercinta dan menjalinkan hubungan kekasih. Apa-apa pun semoga bahagia lah kan, cepat-cepat lah kahwin supayan terhindar fitnah gitu.

Mahali Atau Hans Yang Akan Pinang Tasha Shila?

Jumaat, 6 Disember 2013

Tasha Shila yang pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, kini Tasha sedang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Hans yang juga peninjau Muay Thai. Rasanya anda sudah pernah melihat gambarnya sebelum ini kan.

Tapi kali ini, Tasha memang akui yang dia dengan Hans baru berkenalan dan hanya sebagai kawan sahaja. Dan hubungan dengan Mahali juga masih utuh seperti biasa.
"Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain.

"Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit.

"Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)", -Tasha.

Kekasih Baru Tasha Shila?

Jumaat, 29 November 2013

Dahulu Tasha Shila pernah digosipkan kepada seorang pemain bola sepak tempatan, namun gosip itu sepertinya sudah layu dan hilang begitu sahaja.

Namun ada yang berpendapat Tasha kini rapat dengan seorang Peninju Muay Thai yang tidak dikenali namanya.

Gambar Tasha dengan peninju itu juga dimuat naik di dalam laman sosial Instagram miliknya. Kalau betul, baguslah kan, :)