Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siapa yang benar dan salah?

Selasa, 24 Mei 2011

Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, meluahkan kekecewaannya terhadap Jamal Abdillah. Tambah Yunus lagi, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

-Jamal dan Yunus bermesra
“Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja. Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.’ Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang,” katanya.
Menurutnya, Jamal boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama (5 tahun, berbanding yang lain 3, 6 dan 12 bulan sahaja) menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Komen Jamal;
"semua dakwaan itu mengarut dan tak masuk akal. saya tidak mahu memneri sebarang kenyataan atau mengulas isu ini kerana mendakwa semuanya mengarut,perkara ini tidak patut dibangkitkan kerana hubungan saya selama ini dengan Datuk yunus dan pengasih begitu baik. malah saya mempunyai resit dan beberapa dokumen lain mengenai sumbangan saya kepada pengasih. Lebih tiga dekad saya berada dalam industri seni, saya sudah cukup masak dengan pelbagai isu." kata Jamal kepada Hmetro.
-Ps: siapa yang bersalah dalam hal ini? adakah media sengaja memperbesar-besarkan dan mensensasikan isu yang tidak benar? Zzzz

Radhi OAG insaf daripada najis dadah!

Isnin, 17 Januari 2011

Radhi OAG yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin, 9 Januari 2011. Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu. itulah lumrah kehidupan belum terlambat untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih. Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif. Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat. -hMetro