Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Awie terkena sihir selepas kahwin...

Selasa, 11 Oktober 2016

Isteri baru Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.

Wanita yang mesra disapa Lady itu memberitahu, dia pada mulanya enggan percaya ilmu hitam.
Namun, Lady mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalni rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.

Enggan menuding jari, Lady mengambil keputusan menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan.
"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.

"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya kepada BH Online

Sekitar perkahwinan Azwan Kombos, Ezzaty (68 gambar HD)

Ahad, 17 Julai 2016

Pasangan pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung jam 11.30 pagi semalam, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abdullah Mat Isa disaksikan jurunikah daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun. Azwan, 31, menyerahkan mas kahwin RM22.50 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran, dibalas tujuh dulang kepada pihak lelaki. Terdahulu pasangan ini mengadakan majlis majlis pertunangan pada jam 10 pagi sebelum upacara akad nikah dilangsungkan. -Bharian | gambar Kaki5Photo Instagram

Sekitar pernikahan Atu Zero, Shafeeqa (29 gambar HD)

Rabu, 10 Februari 2016




Atu Zero yang sudah sah bergelar suami kepada Shafeeqa Johari. Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan Batu Pahat, Johor sekitar jam 10 pagi 8 Januari lalu.

Atu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 1,000 serta sebentuk cincin serta rantai tangan kepada Shafeeqa. Pengantin perempuan juga menerima wang hantaran RM30,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki.

Sekitar malam berinai Shaheizy Sam, Syatilla Melvin (50 gambar HD + video)

Isnin, 8 Februari 2016


Sekitar sesi bergambar outdoor perkahwinan Raja Farah (13 gambar)

Khamis, 10 September 2015

Sekitar perkahwinan Raja Farah dan suaminya yang berlangsung pada 6 September lalu. -gambar Eddie PhotoVideo

Sekitar pernikahan Raja Farah, 6 September (7 gambar)

Ahad, 6 September 2015

Pelakon Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Raja Aziz, 27, selamat dinikahkan dengan Iskandar Ismail, 33,hanya dengan sekali lafaz hari ini, 6 September 2015.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah dan disaksikan Pendaftar Nikah, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd. Dalhal.

Dalam majlis itu juga pengantin perempuan yang anggun mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Majlis berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Raja Farah dan Iskandar yang juga seorang ahli perniagaan, mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu . -Utusan | gambar eberita.org

Sekitar pernikahan Gjie 6sixth Sense (4 gambar)

Isnin, 17 Ogos 2015

Gitaris kumpulan 6ixth Sense, Gjie atau nama sebenarnya Mohd Faiz Azizi Arlis telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Farah Nabila Selamat tepat jam 2.40 petang semalam di Dewan Serbaguna Avenue Court, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Dengan mas kahwin sebanyak RM158.15, pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran beserta wang hantaran berjumlah RM10,000.00. Sebagai balasan, pengantin lelaki menerima tujuh dulang hantaran. Antara barang hantaran yang diberikan adalah manisan, tas tangan, buah-buahan, set wangian dan kamera jenama GoPro. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung pada 4 Oktober ini. -gambar Bharian | Murai

Sekitar persandingan Azza AF (29 gambar + video)

Rabu, 3 Jun 2015

Wedding Reception : Ehsan + Azza (AF1)
Date : 30 May 2015
Venue : Grand Ballroom IDCC, Shah Alam
Official Photographer : http://peveyhack.com/v3
Photograph by : Rashdi Amin (Principal)
Facebook : PEVEYHACK PHOTOGRAPHY
Photographers :Azree Yaacob (Senior),Noorehan Sopian Jr. Ashraf Indung (Jr)
Cinematographer : Azizul Muhammad (Creative Director), Rozien Mutalib (Assist Creative Director), ,Rizan Mohd, Irfan Ismail (Senior), Mohd Aswad (Jr)

Sekitar pernikahan Azza AF1 (28 gambar)

Khamis, 28 Mei 2015

Sekitar majlis pernikahan Alif Ehsan A Rahim dan isterinya yang juga pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Azariah Suaymi (Azza AF1), pada 24 Mei yang lalu.

Majlis berlangsung di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. -gambar Facebook Official Photographer & Cinematographer by PEVEYHACK PRODUCTION

Sekitar 2 majlis resepsi Sharifah Sakinah (108 gambar)

Isnin, 6 April 2015

Video sangat romantik dari Yana Samsudin, Fadzil

Isnin, 16 Februari 2015

Inilah video hasil pengantin baru Yana Samsudin & Fadzil Zahari yang dikatakan cukup menyentuh hati dan perasaan.

Paling mengharukan bila sampai part Fadzil pesan pada Yana supaya menjadi isteri yang mendengar kata. Yana pula berharap dia mati dulu sebelum Fadzil kerana tak sanggup kehilangan orang yang disayangi.

Majlis resepsi Aeril Zafrel, Wawa Zainal (17 gambar)

Khamis, 5 Februari 2015


Majlis resepsi pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang berlangsung pada 31 Januari lalu, dimana majlis persandingan diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) bersempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) dimana mereka telah dilantik sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

Sharifah Sakinah sambut bridal shower di Bali (10 gambar)

Selasa, 20 Januari 2015


Sharifah Sakinah semalam meraihkan percutiannya di Pulau Bali untuk meraihkan majlis perkahwinannya pada bulan Mei nanti dimana Sharifah telah membawa rakan-rakannya ke satu acara yang dinamakan bridal shower (pengapit).

Turut kelihatan Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.

Datuk Rahman Hassan, Fadillah sah suami isteri (3 gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014

Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor. Majlis nikah diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada semalam, 9 malam Jumaat, 25 Disember 2014.

Rahman menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Rahman memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak Fadillah membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. -mStar

Sekitar pernikahan Wan Raja, Yaya Maembong (9 Gambar)

Sabtu, 13 Disember 2014

Wan Raja sah bergelar suami kepada Yaya Maembong yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang, petang Jumaat.

Wan Raja memberikan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran RM12,121.40

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, minyak wangi dan kasut, cincin, telekung dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran daripada pihak perempuan pula ialah minyak wangi, buah-buahan, kasut, kek, Al Quran dan sejadah.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, pada Ahad ini. -mStar

Sekitar majlis pertunangan Sharifah Sakinah (5 gambar)

Ahad, 26 Oktober 2014

Gambar Cantik Izara Aishah Bergaun Pengantin

Selasa, 6 Ogos 2013

Cantik dan anggun juga melihat gaya Izara Aishah mengayakan gaun pengantin untuk majalah Pengantin edisi September ini. Memang kalau lihat dia kahwin satu hari nanti, pastinya seperti puteri dari kayangan yang sedang berkahwin. Hehe. Jom lihat. Siap video gitue. -Facebook Pesona Pengantin

Cantik! Uqasha & Nelydia Berbaju Pengantin

Jumaat, 26 Julai 2013

Dua pelakon yang semakin dikenali ramai, Uqasha dan Nelydia Senrose kini digabungkan/digandingkan bersama untuk sebuah majalah edisi terkini bersempena ulangtahun ke-12 majalah Pengantin.

Zizan Razak Hiasi Majalah Pengantin

Rabu, 9 Januari 2013


Majalah Pesona Pengantin edisi Februaru 2013 telah menampilkan selebriti terkenal dalam menghiasi muka hadapan majalanya.

Mereka adalah, Bella Daly, Zizan Razak, Kamal Adli dan jua Chef Sherson Lian. Memang lihat agak metro sedikit dengan kereta mewah Bantley menjadi taruhan kepada 4 selebriti ini.

Gambar Resepsi ke-2 Ustaz Don

Rabu, 5 September 2012

Pada 1 September yang lalu, Ustaz Don dan juga isterinya, Husna telah mengadakan majlis resepsi serba sederhana bertempat di Dewan Utama Kolej Universiti Islam Selangor Malaysia. Majlis ini cukup biasa sahaja, tiada aluan kompang dan juga majlis sanding. Pakaian Ustaz Don juga seperti kebiasannya kita lihat di kaca TV. Apa-apa pun semoga berbahagia untuk selamanya. -gambar azhararis