Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maya Karin akui miliki harta bernilai RM8 juta!

Selasa, 7 Julai 2015

Dengar khabar yang pelakon, Maya Karin mengakui telah harta atau aset bernilai RM8 juta Ringgit hasil pelaburan hartanah. Dan ini memungkinkan yang Maya antara selebriti terkaya di Malaysia.

“Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan”

“Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri”

“Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung,” Maya Karin petikan sisipan Harian Metro.

Aaron Aziz bakal bergelar jutawan?

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pelakon lelaki kacak ini siapa sangka tak lama lagi akan bergelar JUTAWAN. Bukan mimpi ataupun watak yang dimainkan sebagai seorang jutawan, tetapi impian itu bakal terlaksan tidak lama lagi. Mengikut daripada perkembangan ini, pasti ianya menjadi kejutan kepada artis-artis yang lain, Aaron yang selama ini didengar hanya melalui kerjayanya sebagai anak seni, kini dia sedang giat dalam pelaburan di Kuala Lumpur.

Pelaburan ini bakal menjadikan diri Aaron sebagai seorang yang kaya dan sedia bergelar jutawan. Itulah tajuk utama untuk Majalah Mania edisi November 2010. Mungkin ini adalah kerjaya sampingan Aaron dan kebarangkalian masih juga aktif untuk sebarang bidang lakonan, lihat sahaja rancangan drama 'Habil Qabil' di TV3. Tahniah kepada Aaron, capailah cita-citamu itu dengan jayanya.