Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isu Patrick, Seniman Bakal Ambil Tindakan

Selasa, 22 Januari 2013

Lagi Presiden Seniman, Zed Zaidi bersuara. Kali ini melibatkan isu sensitif yang dipostkan beberapa hari lalu yang melibatkan Patrik Teoh Menghina Islam. Isu ini memang agak berat dan sensitif apatah lagi agama rasmi Negara di hina sedemikian.

Ramai Facebooker dan blogger telah mengutuk tindakan Patrik ini yang jelas tidak menghormati agama Islam. Berbalik kepada cerita, Zed telah membuat laporan polis mengenai hal ini.

Sepertinya tidak cukup dengan memohon maaf sahaja dari Patrick, bahkan pasti ramai orang mahu mengambil tindakan sewajarnya agar tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Dan ini kata Zed Zaidi yang memetik portal SinaranHarian semalam.
"Kami mahu pihak polis menyiasat kerana kenyataannya itu melibatkan sensitiviti Islam.

"Jadi, kami mendesak polis ambil tindakan terhadap dia (Teoh) supaya tidak berlaku lagi (kejadian yang sama)

"Dia pun tidak memperbaharui keahliannya sejak 2008. Jadi, selama ini dia (berlakon) tak sah.

"Kami akan bincang dengan Jawatankuasa Seniman tentang keahliannya (sama ada akan dilucutkan keahlian atau tidak). Mereka yang akan tentukan, bukan saya," -Zed Zaidi.

Patrick Teoh Hina Agama Islam

Khamis, 17 Januari 2013

Patrick Teoh merupakan seorang selebriti yang pernah berlakon dalam filem 'Baik Punya Cilok' dan juga 'Sumolah'. Namun tahukah anda, yang dia telah menimbulkan satu kekecohan yang sungguh sensitif yakni bermain api dengan mempersendakan kesucian agama Islam di laman Facebooknya.

Antara rakan artis lain yang bersuara adalah AC Mizal, Danny X-factor dan juga Tomok melalui laman sosial mereka masing-masing.

Akhirnya, takut bermain api, Patrick Teoh akhirnya 'delete' kenyataan berkenaan di laman sosialnya, dan permohonan maaf dikeluarkan. -gambar Ohbulan