Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pasha Ungu Timang Anak ke-2

Khamis, 22 Ogos 2013

Tahniah kepada Pasha dari band Ungu kerana isterinya, Adelia Wilhelmina selamat melahirkan putra cahaya mata ke-2 perempuan bersamaan hari kemerdekaan Indonesia, 17 Ogos yang lalu bersamaan 8.45 pagi.

Mereka menamakan cahaya mata ke-2 tersebut dengan nama Sakha Dayana Yusuf.

Gambar Terbaru Rossa di Singapura

Selasa, 11 Jun 2013

Memang tiada orang menafikan yang Rossa sudah menunaikan ibadah haji beberapa bulan lalu, dan yang mengemparkan dia memakai tudung penuh.

Tapi tip top dia membuka semula tudung/hijabnya kerana bersependapat belum bersedia lagi sepenuhnya memakainya.

Yang terbaru Rossa kelihatan berada di Universal Studio di Singapura bersama-sama Afgan dan Pasha Ungu untuk mengadakan sebuah konsert Mega Bintang di negara berkenaan. -gambar Budiey









Rambut Punk Pasha Ungu

Rabu, 24 November 2010

Penyanyi utama/vokalis band Ungu iaitu Pasha kini tampil dengan potongan rambut versi Punk. Kata Pasha potongan rambut Punk tersebut tidak disukai oleh beberapa teman rapatnya kerana kemungkinan mengubah kekacakkannya yang sediaada. Namun Pasha kata dia hanya teringin mengubah imej untuk rasa lebih selesa. Namun begitu, Pasha menolak gaya rambut tersebut akan mempengaruhi muzik kumpulan Ungu.

Hensem bukan modal untuk tarik penonton, kasihan Ungu

Isnin, 3 Mei 2010

Mungkin bersaing dengan gergasi rock tanah air iaitu Search dan Wing melalui Konsert Double Trouble, Konsert Mega Ungu Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei 2010 hanya mampu menarik kira-kira 2,000 penonton. Biarpun tenggelam dengan penganjuran bebarapa konsert, Ungu yang mendendangkan 18 buah lagu tetap memberi persembahan yang hebat dan mendapat reaksi yang baik dari peminat-peminatnya yang hadir.

Konsert yang dianjurkan oleh Celeces Production ini adalah berikutan kejayaan konsert terdahulu dan populariti Ungu di negara ini. Ungu sebelum ini pernah menjayakan dua buah konsert iaitu di Planet Hollywood dan KL Live pada 2006 dan 2008.

Video Pasha Ungu dan Alyssa Bercium

Jumaat, 26 Jun 2009

Mengenai gossip Pasha Ungu dan Alyssa Soebandono yang sekarang beredar di internet semakin panas. Dan panas ditambah lagi dengan kehadiran video 'Skodeng' yang diambil ketika aksi mereka dating berdua-duan dan sempat menyelit aksi ciuman mesra antara mereka berdua. Walaupun memang benar mereka ada menjalinkan hubungan namun mereka tidak menafikan bahwan mereka akan bernikah pada tahun hadapan atau setidaknya akhir tahun 2009. Cium? emangnya enak sih?