Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kemana hilangnya Sharifah Amani (8 gambar)

Isnin, 14 Ogos 2017

Memang lama tak nampak kelibat Sharifah Amani di dunia lakonan drama mahupun filem. Dengar khabar bukan Amani menghilang sebaliknya dia masih aktif dalam dunia lakonan.

Menerusi laman Instagram akaun bernama Alongfina memuat naik foto perbualan Amani dengan salah seorang pengikut di Twitter yang meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya selain bertanyakan kenapa dia sudah lama tidak berlakon.

Amani kini berada di Paris untuk bercuti.

Syamsul tak teruja timang anak sulung TAPI..

Khamis, 12 Januari 2017

Syamsul yang kini menunggu kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana pada April depan memberitahu tidak mahu terlalu berasa teruja.

Katanya, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

Sambutan harijadi Anzalna Nasir di Paris (10 gambar)

Selasa, 10 Januari 2017

Bulan madu Nubhan, isteri di Paris (14 gambar)

Selasa, 6 Oktober 2015


Penyanyi Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir telah memilih Kota Paris, Perancis untuk berbulan madu selepas perkahwinan mereka bulan lalu.

Sharifah Amani berbaju kurung di Paris (52 gambar)

Rabu, 2 September 2015

Shahrifah Amani berbaju kurung cotton di Cannes Paris baru-baru ini amat menarik perhatian ramai termasuk ‘follower’ Instagram miliknya.

Umum kita mengetahui Cannes adalah destinasi popular dan terkemuka buat pelakon dunia, berhimpun untuk festival filem antarabangsa yang tiap tahun diadakan.

Pra-wedding Hanis Zalikha, Hairul Azreen part ll (6 gambar & video)

Rabu, 11 Februari 2015

Laman video, Youtube telah memaparkan video dengan nama Celebrate TV yang menunjukkan suasana di sekitar kota romantis Paris bersama Hanis Zalikha dan Hairul Azreen untuk slot video pra-wedding mereka.

Jangan terkejut tengok, sebab video ini berdurasi hanya 5 saat sahaja.. :)

Aeril, Wawa ke Paris (5 gambar)

Rabu, 29 Oktober 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dengan isterinya, Wawa Zainal telah pergi bercuti ke salah satu buah negara di Eropah. Selain bercuti, mereka sebenarnya menjayakan sebuah program tv terbitan Astro untuk di ke udarakan tidak lama lagi. Tidak kelihatana anak mereka, mungkin tidak dibawa bersama kot. -Instagram AerilZafrel

Marion Rose, keluarga ke Paris (14 gambar)

Khamis, 2 Oktober 2014

Baru-baru ini, Marion Rose Caunter dan ahli keluarganya terbang ke Paris, France untuk majlis fesyen Paris Fashion Week yang dianjurkan bersama oleh Chanel dan Louis Viutton (LV).

Anak Marion pun turut dibawa bersama iaitu Leia Rose dan Lana Rose.

Gambar Anzalna bercuti di Eropah (24 gambar)

Isnin, 18 Ogos 2014

Bukan main seronok lagi melihat gelagat Anzalna Nasir yang pergi bercuti di beberapa tempat dan negara di sekitar benua Eropah.

Kelihatan dia tidak keseorangan ketika pergi, sepertinya pergi dengan ahli keluarga beliau. Sedutan daripada gambar 'Anzalna makan Aiskrim' di post yang lalu. keke

15 Gambar Lisa Surihani, Yusry di Paris

Selasa, 3 Jun 2014

Lisa Surihai dah makin jarang updates Instagram miliknya. Mungkin kerana dek sibuk dengan lakonan dan urusan perniagaan suaminya, Yusry, maka photo-photo dan selfie dia pun berkurangan.

Baru-baru ini, Lisa dan Yusry pergi ke kota Paris, Perancis dengan dibuktikan pengambilan gambar selfie mereka berdua ketika waktu malam di menara Eiffel. Mungkin bercuti seketika di sana,

Turut bersama mereka adalah Ahmad Nabil dan juga isterinya.

Gambar percutian Rozita, Zain di Paris

Selasa, 13 Mei 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri selebriti terkenal, Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin telah pergi bercuti ke Paris, France dengan diikuti oleh beberapa orang teman terdekat mereka. Shopping sakan nampak mereka, dengan barangan mewah dan berjenama siap dibeli yu.

Fizo, Mawar Bercuti di London & Paris

Ahad, 8 Disember 2013

Setelah berbulan madu di Dubai, kini Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menyambung percutian mereka ke beberapa buah kota negara di Eropah terutamanya London dan juga Paris. Mari lihat kemesraan mereka disana.

10 Gambar Pra Perkahwinan Rozita, Zain Saidin

Khamis, 28 November 2013

Berita tarikh perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin rasanya adalah perkahwinan Weeding of the Year lah kan, mana taknya sponser dan kosnya yang memakan berjuta-juta gitu.

Soal perkahwinan mereka kita cerita belakang nanti, yang ini fotographi untuk pra perkahwinan mereka nanti. Akhirnya sudah siap dan jurufoto mereka, Annas Easkey sudah memuatnaik gambar berkenaan.

Permulaan babak, Rozita sahaja yang mengambil gambar di Kota Paris dan yang kedua Rozita dengan Zain di tepi pantai. Pegang2 tangan dah ke. Hehe

Tag Nama Emma Maembong, Apa Kata Zizan?

Khamis, 4 Julai 2013

Kecoh dah kepoh apabila Zizan Razak dikatakan telah mengaitkan sekeping foto dilaman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'tag' nama/profil Emma Maembong.

Sekaligus membawa spikulasi orang ramai adakah mereka ini sedang bercinta. Namun jawapan Emma pastinya mengakui yang dia dengan Zizan tiada apa-apa hubungan istimewa melainkan kawan biasa.

Zizan pula hanya seperti menyembunyikan sesuatu, ntah kenapa nama/profil Emma juga yang dia tag ketika berada di Paris minggu lalu, namun bila ditanya, ini jawapan dia..
“Jika benar kami bercinta, tiada sebab untuk saya menyembunyikannya. Hakikatnya tidak. Tindakan saya tag (melabel atau melekatkan) nama Emma di dalam Instagram saya adalah kerana dia begitu meminati Menara Eiffel. Jadi saya sekadar mahu berkongsi gambar dengannya, itu saja.

“Bagi saya, perkara ini sengaja digembar-gemburkan. Sebelum ini pun saya ada tag nama artis lain dalam akaun Instagram saya, tetapi kenapa perkara itu tidak dijadikan isu?” -Zizan Razak, BeritaHarian.
Memang jawapan yang cool, tapi apa salahnya mereka bercinta, Zizan juga nak tamatkan zaman bujangnya secepat mungkin, namun calonnya sepertinya kita masih belum mengetahui lagi..


Gambar Bulan Madu ke-2 Awal, Scha

Jumaat, 30 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang dikongsi oleh Awal Ashaari dan Scha al Yahya melalui laman sosial mereka dimana mereka mengambil kesempatan untuk berbulan madu ke-2 di kota raya Paris dan London. Sebelum itu mereka ditaja bercuti bersempena dengan tajaan ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan Juara Liga-Liga Eropah dalam pertembungan Manchester United dan Galastaray baru-baru ini.

Tiz Zaqyah, Remy Ishak Bercinta di Eropah

Selasa, 18 September 2012

Sisiapan Kosmo! baru-baru ini ada melampirkan kisah hot cinta antara pelakon Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Tajuk sahaja menampakkan mereka berdua memang memiliki cinta yang diibaratkan jauh daripada pandangan mata kasar orang lain. Di Eropah bukan calang-calang menjadikan satu tempat untuk bercinta, apatah lagi berbulan madu, pasti menyeronokkan.

Itu semua adalah perancangan bersama Tiz dan Remy untuk pergi bercuti di Eropah sekaligus untuk menjayakan Drama, Cinta jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini. Destinasi pilihan mereka adalah, London, Paris dan New Zealand selama 20 hari. Jangan 'nakal-nakal' sudah.. hehe..

Maya Karin jumpa kekasih baru di Paris?

Rabu, 12 Oktober 2011

Baru-baru ni Maya Karin telah pergi ke Paris, France atas tiket menjadi bintang tamu dalam rancangan Travelog AirAsia bersama Edd Radze, selama 4 hari dnegan rombongannya. Ini bukan kali pertama Maya pergi ke Paris tapi mungkin lebih daripada itu, almaklumlah orang kayo. Hehe.

Ternyata kunjungan Maya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki France diidentitikan sebagai lelaki paling romantik. Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki France telah berjaya menambat hati Maya.

Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda France beragama Islam. Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.

Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan? jeng-jeng... nantikan episod seterusnya..
[via]