Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jue Aziz akui kegugurannya 3 kali disebabkan mistik...

Selasa, 20 Disember 2016

Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besar apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.Cerita mengenai kegugurannya itu, Jue Aziz mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan.

Menurut Jue Aziz, gangguan mistik adalah punca beliau kerap gugur dan sekaligus sukar unutk mendapatkan zuriat.
"Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran" -Jue Aziz
Namun, sebelum ini Jue Aziz pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi. -Sumber laman web THE MALAY MAIL ONLINE

Uncle Seekers buat hal lagi? kena tahan!

Sabtu, 7 Julai 2012

Uncle Seekers ni adalah seorang pengamal paranormal yang mula dikenali ramai setelah menerbitkan rancangan realiti pencarian hantu dan juga filem paranormalnya sendiri. Tak juga dilupakan, kisah blognya yang menjadi perhatian akibat dek membongkar status tahap VVIP. Kali ni pula Uncle ni dah makin terkenal lagi, apabila ditahan kerana memburukan Sultan Johor. Korang tak caya? ni baca kat lampiran akhbar Harian Metro yang ditepek oleh Gosip Cari ni. Hu.