Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adegan Tembak di Drama, Polis Sebenar Datang!

Selasa, 4 Februari 2014

Memang dah tahap trauma dah masyarakat kita kalau dah dengar bunyi tembakan, namun baguslah juga kan tindakan mereka ni, untuk keharmonian dan keselamatan awam juga sebenarnya, tapi tu lah kesannya jika buat drama di tempat awam.

Ini petikan HarianMetro tadi..

Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.

Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu.

“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.

“Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham,” katanya.

Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.

Sharnaaz Jadi Pemotivasi Pelajar di Buli

Jumaat, 12 April 2013


Berita buli dan video buli di sekolah sekarang semakin membimbangkan, ada beberapa buah video telah dimuatnaik di dalam laman sosial dengan memaparkan aksi pembelasahan brutal oleh gengster sekolah.

Namun pihak PDRM dan KPM telah dikhabarkan telah dapat menyelesaikan sedikit sebanyak gejala samseng itu dengan tindakan membuang sekolah. Apalah perasan mak bapak dorang ni kan, mesti sedih dapat anak kelakuan macam ni, lepas ni mesti kena hantar ke pondok sekurang-kurangnya untuk menyedarkan mereka menjadi insan yang berguna.

Pelakon, Sharnaaz juga sedia membantu pelajar yang dibuli itu untuk memotivasikan mereka supaya bersemangat dalam belajar. Namun kenapa mesti Sharnaaz yang tampil dan bersuara? mana perginya artis yang lain? walaupun rekod Sharnaaz sebelum ini dengan bekas kekasihnya menampakkan dia seorang yang tidak bermotivasi namun tindakan dia kali ini adalah wajar mungkin dia sudah memahami keadaan dahulu dan sekarang dan membantu orang memahami lakonannya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana yang mungkin disalah tafsir oleh golongan muda. Syabas! -gambar Cari.com.my

Gambar Resepsi Farid Kamil, Diana Danielle

Isnin, 3 Disember 2012

Setelah bernikah pada 3 November yang lalu dan juga berita Diana Danielle disahkan mengandung / hamil dua minggu kemudian, baru-baru ini semalam dua pasangan suami isteri ini Farid Kamil dan Diana sudah membuat majlis resepi mereka di Taman Ekuestrian Putrajaya dengan kehadiran lebih daripada 500 tetamu.

Difahamkan mereka diarak oleh Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda. Walaupun hujan persembahan akrobatik atas kuda dan persembahan Tean Paging tetap diadakan selain daripada pelatih PLKN yang juga kawan-kawan Diana ketika berlatih dahulu.

Tahniah dan semoga bahagia berkekalan selamanya. -gambar Instagram Annas Easkey | Rotikaya

Ac Mizal mahu berdebat dengan Abby Abadi!

Jumaat, 13 Julai 2012

Dua pelakon yang sama-sama membintangi drama bersiri, Gerak Khas yang juga dinaungi oleh PDRM (Polis DiRaja Malaysia), yakniAc Mizal dan Abby Abadi kini saling bergiat aktif dalam bidang politik. Dari Ac Mizal yang lebih pro kepada kerajaan manakala Abby yang sering dijemput ke ceramah-ceramah pembangkang.

Namun ada satu isu yang telah timbul disini, yaitu apabila Abby Abadi dalam ceramahnya baru-baru ini dan sekaligus menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Ini kata Abby dalam video diatas: "Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."
Dan ini membuatkan Ac Mizal dengan lantang dan berani mahu berdebat dengan Abby mengenai isu ini, memandangkan dia dan Abby pernah berlakon bertahun-tahun dalam Gerak Khas menjadi anggota polis berpangkat tinggi. -Via

Serina Redzuan hamil 5 bulan anak lelaki

Ahad, 23 Mei 2010

Selepas usia kandungannya hampir mencecah lima bulan, baru Serina Redzuawan mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu adalah lelaki. Baru-baru ni, dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh @ Salahudin Ghafar itu setelah melihat sendiri jantina bayi itu menerusi mesin pengimbas di Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail.

Dia memang tidak berniat mahu merahsiakan jantina bayi bagi memudahkannya membuat persediaan awal. Bukan Serina dan suami sahaja yang gembira menerima berita itu malah dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan.

“Kami rasa tidak sabar menantikan cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Syukur alhamdulillah, saya juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki. Ramai juga orang lebih tua daripada saya mengandaikan bayi ini adalah lelaki sebab saya sentiasa lasak sepanjang mengandung,” kata Serina.
“Saya tidak suka manjakan diri masa hamil ini sebab tak nak anak jadi pemalas. Lagipun, dari kajian saya, saya pantang kalau selalu tidur dan memerap di rumah kerana kesannya saya akan jadi moody dan malas. Sebab itu saya lebih suka hidup aktif. Jadi, saya akan menjadi ceria dan sentiasa gembira." tambah Serina. -mStar

Shah Iskandar inspektor baru Gerak Khas

Ahad, 28 Mac 2010

Drama bersiri Gerak Khas memang popular dan bertahan dah bertahun-tahun. Jalan cerita juga masih dianggap relevan dan boleh diterima penonton. Kemunculan pelakon-pelakon baru juga membolehkan Gerak Khas menjadi satu revolusi kepada perubahan semangat anak muda dalam lakonan seni dan kerjaya seseorang dalam PDRM. Almaklumlah gaji PDRM kan sekarang dah naik. Gerak Khas pada tahun ini menampilkan pelakon muda, Shah Iskandar menjadi inspektor mengantikan ayahnya. Kalau nak tahu penampilannya macam mana, saksikanlah Gerak Khas.

Gerak Khas Edisi Raya 2009

Sabtu, 29 Ogos 2009

Belum lagi Hari Raya menjelma bahangnya, Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam sudah mula membuat rakaman untuk Hari Raya atau sebelum Hari Raya nanti. Biasalah slot drama popular ini akan terus dijayakan oleh kerana jalan ceritanya yang suspen dan suspek. Hehe. Semua pelakon turut berlakon, kecuali inspektor Haris. Tapi penulis jarang dah tengok Gerak Khas ni, tiada masa nak tengok kan. Mungkin anda boleh lah tengok babak2 sekitar Gerak Khas episod Raya ni.