Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tan Sri P. Ramlee top 4 artis Malaysia?

Selasa, 19 April 2011

Senarai top 100 artis Malaysia yang dikeluarkan oleh Sinema Malaysia memang amat mengejutkan. Dimana sineman agung yang ramai memperkatakan sedemikian, berada di top 4 di belakang Dato' Siti Nurhaliza, Maya Karin dan Saiful Apek. Tidak tahu bagaimana senarai top ini diukur, melalui kerjaya, bakat, pencapaian ataupun populariti selebriti berkenaan. Sudirman pun tak tersenarai dalam top 10 di Sinema Malaysia.

Musykil2, dah title Tan Sri, filem dikenang sepanjang zaman, semua filem Tan Sri P. Ramlee bagi admin, memang tiada tandingannya, tidak cepat basi, malah semakin lucu dan ketawa melihatnya. Jadi nak salahkan siapa ni? uh... lu fikirlah sendiri.. nak tunggu ada undian SMS agaknya. kuang3. Source..

Gambar studio Jalan Ampas Singapura

Isnin, 23 Ogos 2010

Begini lah keadaaanya studio Jalan Ampas di Singapura yang pada masa satu ketika dahulu tempat paling dikenali ramai. Akibat dek dimakan arus kemodenan yang serba maju di Singapura, maka studio ini akhirnya ditinggalkan dan di biarkan begitu kosong dengan barang lamanya disimpan disana seperti tidak diurus kecuali kebersihanya yang masih lagi bersih. Sungguh diluar dugaan. Tak ubah seperti halaman kampung. Studio ni membawa kita berfikir sejenak dan mengingati mengenai filem 'Seniman Bujang Lapok' lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan juga Samsuddin.