Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amar Hot FM hina Fina Mentor Milenia, biadap? (video)

Selasa, 25 April 2017

Jika anda mengikuti program Mentor Milenia 2017, sudah pasti anda kenal dengan seorang remaja perempuan yang cacat penglihatan dikenali sebagai Fina.

Fina sebelum ini viral di laman sosial apabila menghadiri ujibakat Mentor Milenia 2017 (Akim) dan mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri di konsert Mentor Milenia 2017 sebagai peserta ujibakat pilihan.

Dalam program JamHot (HotFM) bersama selebriti, Fina dijemput hadir ke studio HotFM sebagai selebriti jemputan untuk ditemubual.

Dalam video tersebut, semasa Fina berada di studio HotFM, DJ HotFM iaitu Ammar agak keterlaluan apabila mengajuk buta seolah-olah mempersendakan Fina yang hendak menyanyikan lagu sambil bermain piano itu.



Dilihat dalam video tersebut DJ yang lain terdiam seketika apabila melihat gelagat Ammar yang membuat dirinya seolah-olah buta dan mungkin Issey tahu yang rakannya tidak patut membuat sedemikian, terus mahukan kamera fokus kepadanya.

SinarFM buat video yang boleh korang nangis..

Khamis, 10 September 2015

Tahniah crew-crew dan deejay SinarFM sebab buat video singkat yang bagus dan menyentuh perasaan ini khas untuk wanita bernama Kak Ton. Seorang wanita warga emas dan OKU yang kental dan berusaha mencari sesuap nasi yang sebelum ini menjadi viral di laman-laman sosial.

Kepada anak muda, sayangi ibu bapa anda dan jagalah mereka semasa hayat mereka.

Di manalah kamu letak otak? - Ras Adiba bengang sebab...

Ahad, 16 Ogos 2015

Ras Adiba Radzi Bengang Kereta Dihimpit Dalam Parkir OKU
Ras Adiba Radzi telah melepaskan kemarahannya di Facebook dengan sikap sesetengah orang ramai yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Ras Adiba Radzi yang juga merupakan seorang OKU setelah lumpuh separuh badan memuatnaik sekeping gambar memaparkan keadaan yang menimpanya hari ini.

Inilah Kehidupan TERKINI Siti Musliha (5 gambar)

Khamis, 25 Jun 2015

Wardina salahkan kerajaan isu budak OKU! siapa ADUNnya?

Selasa, 24 Jun 2014

Beberapa hari lalu, imbul berita panas mengenai seorang kanak-kanak orang kurang upaya yang dijumpai ketika serbuan oleh pihak berkuasa dari rumah ke rumah.

Namun adik berkenaan kini sudah di dalam penjagaan rapi dan diberi layanan terbaik oleh kerajaan.

Bagi Wardina pula, isu seperti ini ada lah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan menyalahkan kerajaan melalui laman sosial Instagram miliknya,.

Ni Adun Nilai tak turun Padang ke..

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” petikan instagram Wardina

Maya Karin jadi duta pertubuhan OKU

Jumaat, 10 Februari 2012

Maya Karin dilantik sebagai Duta Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Solaris Dutamas baru-baru ini dipetik daripada laman GUA.

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang bergiat aktif membantu golongan kurang upaya (OKU) di negeri Kelantan.

Pembabitan Maya Karin sebagai selebriti terkenal dalam program yang dikenali sebagai "Menaja Pemulihan OKU Kelantan" ini diharap dapat menarik seberapa banyak organisasi dan seberapa ramai individu dalam membantu orang kurang upaya mengubah kualiti hidup.

Fasha Sandha Ambil Anak Angkat

Ahad, 1 November 2009

Peminat: Dalam majalah harmoni terbaru, cover rita n anak dia tu, kt dlm ada crite fs...fs ada ambik anak angkat, budak laki umur 8 tahun...budak ni bisu n pekak...asal nye fasha terpandang budak ni semasa tgh shooting...walopon budak ni bisu n pekak, tapi bila fasha tgok dia, fasha dpt rasakan budak ni seakan mengerti perasaan dia pd ms tu...so dia p jumpa ibu bapa budak ni mintak nk jdkan anak angkat...ibu bapa budak ni pon gembira dgn hajat fasha tu...walopon x tinggal bersama-sama fasha tapi sebulan skali fasha akan ambik budak ni bwk keluar jln2....