Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fattah Amin buat kejutan terbaru untuk peminat..

Rabu, 26 April 2017


Fattah Amin yang sudah mengeluarkan buku yang laris bulan lalu, kini dia tampil dengan sebuah lagi karya di dalam bentuk novel.

Lagu Wanita Terakhir, hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan, dirakam Fattah sebagai hadiah buat peminatnya selain ditujukan buat pelakon gandingannya, Neelofa.

"Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka.

"Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat," katanya memetik BharianOnline

Novel 'selfie' Hafiz Hamidun, apa dah terjadi kini?

Sabtu, 23 April 2016


Ramai yang mengkriti novel 'selfie' Hafiz Hamidun yang dilancarkan baru-baru ini. Termasuk juga kritikan rakan selebriti, Redza Minhat yang menganggap potensi sebenar sebuah novel dengan bermodalkan selfie.

Namun Redza tidak menujukan kepada novel dan siapa penulisnya di dalam kenyataannya itu. Yang memaranjatkan novel Hafiz itu kini difahamkan sangat laris di pasaran.

Dapat publisiti juga akibat kritikan orang ramai ni. Tahniah Hafiz

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti”

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu. Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” katanya kepada BH Online

Aksi panas Remy Ishak, Izara Aishah

Jumaat, 17 April 2015

Bukan main lagi babak Remy Ishak dan Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Salah satu babaknya adalah aksi mereka berasmara di tepi pantai. Filem arahan pengarah Osman Ali diadaptasi melalui novel Ahadiat Akashah.

Ombak Rindu kaut RM4 juta 4 hari

Selasa, 6 Disember 2011

Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan.

Menurut penerbit filem itu, Sharad Sharan, kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari.

filem lakonan tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani itu dijangka mencipta fenomena baharu dalam industri filem tempatan yang mahu melihat genre drama dan cinta kembali menguasai layar perak.

Shahir, Adira, Heliza dalam sebuah novel

Isnin, 28 Mac 2011

Novel ni bukanlah novel dalam bentuk cetakan dijual di kedai-kedai buku, tapi dalam bentuk 'novel online'. Penulis memang tak pernah baca novel, apatah lagi novel online. Mungkin dalam bentuk/format PDF. Apa-apa lah, asal boleh dibaca. Hehe. Sesiapa atau kepada kaki novel yang nak baca dengan lebih lanjut mengenai novel Dia Tidak Kecil Lagi, silalah ke alamat blog ni, shahirafc.blogspot.com cari kat bahagian "Cerpen DTKL" kalau tidak silap ada 30 Bab kesemuanya. Kata orang jalan ceritanya menarik, harap-harap boleh buat filem mengenainya. Gempaq gitue uall.. :)