Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Hari Raya Noryn Aziz (17 gambar)

Rabu, 13 Julai 2016

Anak Noryn Aziz 3 bulan (6 gambar)

Khamis, 23 Oktober 2014

Dah nak masuk usia 3 bulan anak kepada Noryn Aziz ni, Raja Bariq Umar Shah. Masih terlalu kecil lagi anaknya ini, tapi cukup menceria dan membahagiakan suasana rumahtangga antara Noryn dengan suaminnya Datuk Raja Kamarul.

Jom layan. -gambar Instagram NorynAziz

Noryn Aziz kongsi gambar anak sulungnya (2 gambar)

Sabtu, 27 September 2014

Semalam, Noryn Aziz telah berkongsikan gambar anak sulungnya di laman sosial Instagram miliknya, Raja Bariq Umar Shah yang lahir sebulan yang lalu yakni pada 25 Ogos yang lalu.

Ianya hasil perkahwinannya dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sejak Januari 2010.

Noryn Aziz selamat melahirkan anak

Rabu, 27 Ogos 2014

Tahniah kepada Noryn Aziz yang difahamkan selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut sumber daripada pengurusnya, anak lelaki itu seberat 3.13kg dan dilahirkan sekitar jam 4.25 petang hari Isnin.

Noryn Aziz hamil 4 bulan setelah 4 tahun kahwin!

Selasa, 1 April 2014

Memetik sumber mStar, penyanyi Noryn Aziz dikhabarkan sudah hamil aka berbadan dua sejak bulan Januari lalu. Ini adalah hasil perkahwinannya dengan Datuk Raja Kamarul pada tahun 2010 yang lalu.

Saat ini Noryn dan suaminya adalah orang yang bahagia menantikan saat bergelar ibu dan ayah.
"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya.

"Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan," -Noryn Aziz

Gambar Noryn Aziz Bertudung September

Rabu, 18 September 2013

Ni adalah edisi Septmber untuk melihat Noryn Aziz bertudung. Kebetulan beberapa hari lalu kelihatan kelibatnya ketika majlis baby shower yang diadakan oleh Nurul Wahab.

Gambar dibawah tu bukan gambar anak dia, tu anak Ning Baizura ok. :)

Gambar Baby Shower Nurul Wahab

Selasa, 17 September 2013

Gambar dibawah adalah gambar acara Baby Shower yang sudah menjadi kebiasaan orang zaman sekarang untuk menyambut kedatangan anak yang dikandungi kiranya nak bagi hadiah awal sebelum bersalin nanti, jadi untuk meringankan beban ibu bapa yang nak tanggung.

Kali ini dibuat oleh Nurul Wahab dan juga suaminya, Depp dengan tema koboi. Ramai juga selebriti lain yang turut bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan. -gambar Instagram NurulDepp | NorynAziz

Gambar Noryn Aziz dan Keluarga

Selasa, 6 Ogos 2013

Cantik sungguh melihat Noryn Aziz ni bertudung. Apatah lagi bertudung labuh dengan fesyen yang terkini. Ini ada gambar terbaru Noryn, Suami (Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah) dan anaknya, serta tidak ketinggalan sesi bergambar bersama Fida Ibrahim di HarianMetro. -Instagram norynaziz

Gambar Noryn Aziz Bertudung

Isnin, 13 Mei 2013


Hari ini isu tudung ok, ada 3 post mengenainya. Hehe. Dah lama tak nampak kelibat Noryn Aziz, tip top dia kini dah bertudung, baguslah macam itu, Alhamdulillah. Dan ini gambar yang diambil daripada laman sosial Instagram miliknya. Cantik kan..




Noryn Aziz Sah Dah Berubah

Khamis, 3 Januari 2013

Noryn Aziz memang sah kini dah berubah seperti mengikut jejak langkah Abby Abadi, berubah kepada mendekatkan diri kepada Islam dengan cara berpolitik. Dulu memang tersebar gambar Noryn Aziz memakai tudung, lah cerita itu sememangnya adalah perubahan diri Noryn sendiri. Namun melihat daripada gaya dan cara Noryn, dia lebih kepada memfokuskan kepada perubahan dirinya yang berubah dan kurang menimbulkan kontroversi dalam perubahannya.

Lihat sahaja ceramah dan kata-katanya yang di petik dari Facebook, memang cukup mencerminkan Noryn tidak sama dengan Abby Abadi. Noryn akui dirinya baru belajar agama, dan perlu bantuan dan bimbingan.

Noryn Aziz sudah bertudung?

Khamis, 5 Julai 2012

Selebriti yang berhijrah ke penampilan bertudung ni makin ramai, dan itu pastinya seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan apatah lagi bulan suci Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Yang terbaru mengenai Noryn Aziz bertudung, dikatakan dia sudah bertudung melihat daripada dua keping gambar yang dilampirkan melalui laman Gosip Cari. Namun masih belum ada kata putus dari empunya badan samaada benar-benar sudah bertudung atau pun hanya pergi ke majlis agama itu dengan berpakaian muslimah.

Gambar Suami Noryn Aziz

Isnin, 5 Disember 2011

Gambar romantik ini diambil ketika Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah ketika menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square baru-baru ini. Dalam majlis itu juga, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki. Kalau korang nak tahu, suami Noryn ni merupakan orang bangsawan, yakni ada keturunan darah diraja. Bertuah si Noryn.


Gambar Catriona, Norynn di SEMANIS KURMA

Jumaat, 31 Disember 2010

Rancangan bual bicara yang menarik di Astro yang dihostkan oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya iaitu Semanis Kurma sememangnya sebuah rancangan motivasi yang membina. Apatah lagi yang melibatkan isu-isu harian manusia. Baru-baru ini Semanis Kurma telah menjemput dua orang artis yang cukup terkenal dalam bidang lakonan Cat (Catriona Ross) dan Norynn Aziz.

Kedua-dua artis ini bertrampilan ayu dan bertudung, seperti sedia maklum Cat memang dah bertudung selepas kahwin. Mereka dibual biacara mengenai tajuk 'Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru'. Mungkin inilah hakikat sebenarnya setiap manusia ada kesilapan/pengalaman lalu yang mungkin harus diperbaiki untuk masa depan yang cerah.

Gambar lama perkahwinan artis

Khamis, 6 Mei 2010

Gambar dibawah ni adalah foto lama yang didakwa bahawa pengantin perempuan berkenaan adalah artis tempatan. Kata orang ramai pengantin perempuan berkenaan adalah Noryn Aziz, dan ada juga yang mengatakan ianya Rozita Che Wan dan ada juga yang mengatakan Ifa Raziah. Jadi makin kusut memikirkannya, maka gambar ini secara mejoritinya telah dimuktamadkan adalah milik Rozita Che Wan. Almaklumlah foto lama, tapi kalau ada yang sesiapa dapat cam atau membantah atau juga menyokong dakwaan diatas silalah kemukakan di ruangan komen. :)

Noryn Aziz sudah bernikah?

Khamis, 4 Februari 2010

Ada seorang mamat nie yang pada mulanya hanya bersembang-sembang kosong di warung kopi, namun perbualan itu lebih terarah ke dunia hiburan artis. Cerita punya cerita, akhirnya rakan mamat ni yang boleh dipercayai katanya telah menyatakan bahawa artis jelita, Noryn Aziz selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya. Pilihan hatinya yang dimaksudkan adalah bukan dari orang biasa-biasa, tapi dari kerabat di raja. Tidak tahulah pulak, media belum lagi keluarkan kenyataan ini. Tapi kalau betul, tahniahlah Noryn..

Noryn Aziz buka Kelas Menyanyi

Jumaat, 22 Januari 2010

Penyanyi bersuara mahal dan kelas gitue~, Norazmahwati Abdul Aziz atau nama glamornya Noryn Aziz yang telah 12 tahun berkecimpung di dalam industri seni tempatan menyimpan hasrat membuka sekolah nyanyian suatu hari nanti. Melihat kepada perjalanan kariernya yang semakin gemilang, dia berjaya meletakkan namanya sebaris dengan artis-artis kelas Diva tanah air.

“Saya memang suka mengajar, ini juga merupakan pendapatan sampingan selain dari menyanyi. Setakat ini saya mempunyai 20 orang murid. Saya mengajar dari segi vokal dan teknik menyanyi. Kebanyakan yang datang berusia sekitar lima hingga 15 tahun dan saya juga ada menyediakan silibus sendiri untuk mengajar mereka. Impian saya memang untuk buka sekolah yang khusus dalam bidang nyanyian, ini mungkin juga bisnes selepas saya tidak aktif menyanyi lagi, suatu hari nanti,” ujar Noryn.
Noryn yang sudah tujuh tahun aktif sebagai guru vokal mengakui pernah mendapat tawaran dari sebuah sekolah muzik swasta sebagai guru vokal. Dia juga menganggap hobi yang pada asalnya secara suka-suka ini mampu meningkatkan mutu suaranya disamping mampu menjadikan wang tambahan bagi pembikinan albumnya.
"Selain itu juga, sedikit sebanyak saya dapat kumpul duit untuk pembikinan album sendiri yang sedang dalam proses ini," ujarnya lagi.
kan baik buka kelas mengaji al Quran. tak gitue~

Noryn Aziz mahu bertudung?

Rabu, 13 Januari 2010

Desas desus ada yang mengatakan, artis Noryn Aziz akan beralih arah untuk bertampilan dengan gaya bertudung. Memang cukup tidak disangka-sangka keinginannya ini apabila kita cukup sedari dengan penampilan seksinya selama ini. Noryn Aziz tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat penampilan bertudung, katanya dia mahu belajar dahulu. Tidak dipastikan tudung fesyen apa yang akan dikenakannya nanti. Adakah semata-mata untuk pulisiti ataupun dah menerima hidayah? yang itu hanya Noryn Aziz sahaja yang tahu.

Perubahan pemakaian tudung oleh golongan artis ni, memang ramai yang menjangkal apatah lagi sikap yang dimainkan oleh mereka sebelumnya, kadang kala cuma disuruh barulah menggunakannya. Namun boleh lah dianggap suatu pencapaian yang baik sekirannya pemakaian tudung itu digunakan di tahap permulaan. Noryn Aziz masih lagi kelihatan berusia muda, dah tiba masanya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Merahnya Rambut Erra Fazira

Sabtu, 29 Ogos 2009

Pasangan suami isteri popular masa kini, Erra Fazira dan Engku Emran baru-baru ini dijumapai ketika Majlis Jom Berbuka Puasa Bersama Artis-artis SRC di Hotel MayTower. Mengayakan fesyen terbaru serta berambut merah dan seperti biasa dress simple yang dikenakan oleh Engku Emran. Pasangan ini juga tidak kelihatan membawa puteri kesayangan mereka, mungkin dijaga oleh pembantunya. Dalam majlis berkenaan artis-artis lain juga turut hadir seperti Noryn Aziz, New Boysz serta Tomok, Taufik Batisah, dan Indah Ruhaila serta lain-lain lagi.

Promosi Konsert Malam Nada Biru

Rabu, 29 Julai 2009

Artis sekarang suseh mo cari makan, jadi jalan alternatif lain adalah dengan mengadakan konsert, tak kisah lah konsert berkonsep apa yang dianjurkan. Dan terkini, baru-baru ini ada pelancaran promosi Konsert Malam Nada Biru yang bakal menampilkan penyanyi jazz popular, Noryn Aziz dan juga penyanyi penuh kontroversi atas keseksiannya, Atilia. Konsert ini akan diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 30 dan 31 Julai ini. Sesiapa ada duit lebih RM80, bolehlah menyaksikannya di sana dan dapatkan tiket lebih awal jika perlu dari sebelum tarikh berkenaan di Istana Budaya (talian 03-41498600).

Noryn Aziz Lunch dengan VIP

Selasa, 12 Mei 2009

Apabila ditanya adakah benar sedang menjalinkan hubungan dengan seorang VIP, penyanyi jelita kelulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa(ICOM), Noryn Aziz sekeras-kerasnya menafikannya.

Tapi baru-baru ini, seorang peminat setia Noryn telah terserempak dengan Noryn bersama-sama VIP yang dimaksudkan itu di sebuah restoran di Bangsar, KL.

Mereka sama-sama menikmati hidangan makan tengah hari bersama, sambil VIP berkenaan sibuk membaca akhbar manakala Noryn pula khusyuk merasa juadah di atas meja. Wah bukan main lagi Noryn. Sudah tentu sesiapa sahaja dapat rasakan situasi berkenaan yang tentunya penuh kemesraan dan santai.

Bukanlah bermaksud ingin campur tangan hubungan Noryn tapi alangkah baiknya kalau Noryn cuba jangan menafikan lagi perkara yang betul kalau ditanya wartawan nanti. -Murai