Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Normah Damanhuri dikecam gara-gara video ini?

Rabu, 9 November 2016

Kelentit Rindu nama kedai Ahya Rosli.. nama lucah?

Rabu, 1 Jun 2016

Ahya Rosli anak kepada Normah Damanhuri mempertahankan nama kedai shisha miliknya yang berada di Jalan Genting Klang, Setapak, iaitu Kelentit Rindu bukan sebagai nama lucah.

Ianya diambil bersempena nama sejenis cendawan Kelentit Kering (Microparus Xanthopus).

Komen sadis anak Normah Damanhuri mengenai isu cium..

Isnin, 29 Februari 2016

Anak Normah Damanhuri, Ahya Dedah Kisah Sebenar Gambar Bercium
Baru sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera ini.

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muat naik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.

"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muat naik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," jelasnya.
Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.
"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.

"Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," ujarnya lagi.

Anak pelakon vateran pamer aksi cium... (3 gambar)

Jumaat, 26 Februari 2016

Isu Anak Normah Damanhuri, Ahya Kongsi Gambar Bercium di Tepi Pantai

Seorang model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.

Kerana rezeki, Normah Damanhuri sanggup buka tudung..

Jumaat, 4 Disember 2015


Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.

Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.

"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," katanya kepada mStar Online
.

Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.

Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya.

Gambar anak Normah Damanhuri

Jumaat, 31 Julai 2009

Kali ni melibatkan anak artis pula, tiada gossip akan dikenakan cuma saje berkenal mesra kepada sesiapa yang masih tidak mengenali anak kepada Normah Damanhuri, pelakon vateran yang masih lagi boleh berlakon. Nama panjangnya tidak diketahui, tapi nama famous nye, Ahya. Nampak anak dia nie, bebas semacam jer burung terbang di udara. Tapi ini mungkin kerjayanya sebagai seorang model (mungkin). Kalau korang terpikat dengan bentuk body nya (uweek), korang pandai2 lah cari info soal dia erk. Ngeh3