Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fahrin, Rozita, Fouziah, Norkhiriah di Dubai

Khamis, 17 Januari 2013

Pelakon-pelakon yang popular dan mempunyai peminat ramai, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Fouziah Gous dan Norkhiriah merupakan individu pelakon yang bertuah dengan dapat berterbang ke negara Abu Dhabi dan juga Dubai.

Ini bukanlah percutian biasa, tapi untuk satu set pengambaraan drama di sana. Tajuk drama berkenaan adalah Rindu Bertamu di Abu Dhabi dan Cinta di Burj Khalifa.

Kisah ini sepertinya menarik dan memandangkan satu lagi pengembangan dunia drama tempatan yang telah mengambil inisatif untuk berlakon di negara orang.

Norkhiriah hamil 6 bulan anak ke-2

Isnin, 20 Disember 2010

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Norkhiriah dan suaminya kerana bakal menimang cahaya mata kedua tahun depan. Kata sumber, kandungan Norkhiriah juga sudah masuk enam bulan dan tinggal tiga hingga empat bulan lagi dia akan bersalin. Berita baik ini disampaikan Norkhiriah kepada sumber yang membuat liputan pertandingan akhir mencipta lagu patriotik di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Norkhiriah yang menjadi pengacara pada malam itu sempat bergurau bayinya yang menendang perutnya kepada penonton pada malam itu. Pada mulanya, ramai hairan melihat perutnya yang besar ketika pakai baju polis pada malam itu. Namun, apabila Norkhiriah jelaskan dia mengandung barulah penonton tahu yang dia sarat mengandung.

Apapun, sumber sempat memuji Norkhiriah dan rakan pengacara, Ivan Toh mengacara program itu sebagai bagus dan berjalan lancar sehingga ke akhir program. -hMetro