Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awie dituduh berniaga arak sara kehidupan sekeluarga!

Isnin, 18 Julai 2016

Memetik portal Kosmo! Online baru-baru ini, abang ipar yang juga abang bekas isteri Awie, Rozana Misbun, Awie telah membongkar rahsia perniagaan Awie kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak.

Tambahan menurut abang Rozana itu lagi, dia juga pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira 4 tahun lalu.

“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut”

“Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” katanya

Kerap ke kelab malam? Fara Mendoza kemalangan (3 gambar)

Selasa, 20 Oktober 2015

Dengar khabar Fara Mendoza terlibat dengan kemalangan dan mengalami kecederaan dalaman. Dengar cerita dari orang lain ini disebabkan dia kerap ke kelab malam, dan ini teguran kecil Allah untuk dia.

Komen Ridzuan Hashim kontroversi ke kelab malam...

Rabu, 7 Oktober 2015

Akibat penyebaran dan viral gambar yang memperlihatkan pelakon Vateran, Ridzuan Hashim aka King telah pergi ke kelab malam baru-baru ini bersama pelakok, Fara Mendoza membuatkan empunya badan tampil untuk memperjelaskan keadaan yang sebenar.
"Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.

"Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet,

"Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar," Ridzuan Hashim petikan portal mStar

Saya belum gila lagi! -Uqasha Senrose

Jumaat, 4 September 2015

Dengar cerita yang Uqasha Senrose ada datang ke kelab malam dan membuka tudungnya. Bahkan ada juga yang mengatakan yang Uqasha bertudung hanya di hadapan kamera dan media-media.

Namun jelas Uqasha dia menafikan sekeras-kerasnya hal ini.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung. Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,”

“Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri,” jelas Uqasha Senrose kepada mStar Online.

Erin, Suami ke kelab malam selepas berkahwin!

Khamis, 16 Oktober 2014

Agak mengejutkan apabila sekeping gambar yang tertera wajah Erin Malek telah pergi kelab malam selepas berkahwin dengan Farriz Fauzy.

Gambar yang dipetik melalui blog hiburan tempatan itu menunjukkan Erin dengan Farriz telah sama-sama pergi ke kelab berkenaan selepas tamat sesi resepsi mereka di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Tidak dipastikan apa motif sebenar gambar berkenaan diedarkan. Fikir secara positif, mungkin ianya untuk meraihkan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga terdekat. Yang penting dorang dah halal kan.

Zain tak larang Ammar ke kelab malam..

Isnin, 6 Oktober 2014

Bukan bercerita pasal anaknya yang nak dilahirkan nanti. Tapi bercerita mengenai anak tirinya, yakni anak Rozita Che Wan, iaitu Ammar yang dapat BMW RM500,000 lebih tu.

Kata Zain memetik sebuah blog hiburan tempatan, dia tak melarang anak tirinya itu ke kelab malam. Haha. Yang pelik kenyataan Zain ni 'tak menghalang dari segi agama', manaada kelab malam yang halal (dibenarkan) dari sudut agama Islam ni Pak Cik Zain oi.

P masjid solat berjemaah sama-sama kan elok, kuliah maghrib dan solat-solat fardu yang lain. Tak pe la, mungkin cara didikan setiap ibubapa memang lain-lain, so, tepuk dada tanya iman..

Gambar Lana Nordin bersosial setelah umrah?

Selasa, 2 September 2014

Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.

Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.

Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)

Gambar Kekasih Terbaru Tiz Zaqyah?

Rabu, 24 April 2013


Tidak dipastikan samaada ini kekasih sebenar Tiz Zaqyah atau hanya propa Tiz sahaja untuk bergurau dengan followernya di Instagram. Namun kalau dilihatkan memang nampak sebagai seorang kekasih. Kalau benar, bagusla. Keh keh.



Awie Buka 3 Lagi Kelab Malam!

Khamis, 24 Januari 2013

kelab malam di Ipho kepunyaan Awie
Rasanya pasti ramai pemerhati hiburan dan peminat selebriti tempatan akan tidak berasa kurang selesa dengan tindakan Awie yang telah membuka kelab malam di Ipoh dan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan baharu menurut portal mStar semalam.

Pembukaan kelab malam ini oleh Awie sendiri menegaskan yang dia hanyalah menjalankan perniagaan sahaja. Baguslah kalau seperti itu, tapi yang haram tetap haram, kita tidak boleh tukar dan lari daripada itu.

Rezeki Allah ada dimana-mana dan carilah dengan jalan yang halal. Cubalah Awie buka sekolah Tahfiz ker (saham akhirat pon bertambah), restoran ker, atau yang membawa kebaikkan umum kan itu lebih elok.

Mesti ramai pembaca tidak setuju dengan pandangan Awie kat bawah ni, memang Awie tetap dan teguh dengan pendiriannya. Tepuk dada, tanya iman ok..
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”kata Awie.

Pasangan suami isteri selebriti berclubbing

Rabu, 27 April 2011

Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..









HarianMetro: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.

“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.

“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.

Gambar Baby sosial ahli kumpulan Restu?

Ahad, 20 Jun 2010

Artis baru muncul ada sahaja masalah mereka. Atau mereka sentiasa diperhatikan gerak geri atau juga diintai bagi mengetahui rahsia disebalik kejayaan mereka itu. Namun itulah hakikat, manusia tak lari daripada membuat kesilapan, makin besar kesilapan mereka, makin ego lah kita memberi komen. Gambar dibawah ini adalah pelakon baru yang bernama Baby atau Lily Zarina Khalil yang juga ahli kumpulan Restu. Selain itu dia juga merupakan salah sorang pelakon dalam teater Puteri Gunung Ledang yang diadakan di Istana Budaya kalau tidak silap.

Gambar dibuang atas permintaan pengirim gambar asal.. :)
last edit: 10.00am 21 Jun

Bila Artis Bersosial

Khamis, 12 November 2009

Artis bila bersosial, jangan hairanlah, memang tahap dewa punya aktiviti yang dijalankan oleh sesetengah daripada mereka. Gambar di bawah ni adalah sebahagian daripadanya (pertandingan payu dara terbesar pun ada) namun artis yang dimaksudkan, penulis kurang kenali dan mungkin tidak sekenal atau sepopular mana. Kalau ada diantara anda yang tahu, baguslah juga, boleh dikongsikan bersama sebagai tauladan dan juga pengajaran hidup.