Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Maya Karin Di Nepal

Selasa, 23 Oktober 2012

Maya Karin kini pastinya gembira berada di Nepal dengan ayahnya. Dan itu pastinya satu pengalaman baru dalam hidupnya apabila menyambut hari kelahirannya di sana.

Pada 20 Oktober yang lalu, dia sempat memberikan beberapa keping gambar melalui laman Twitternya untuk berkongsikan bersama pengalaman dia baru menjejaki Nepal.

Namun aktiviti pendakian dan sambutan hari kelahirannya belum lagi di muat naik. Mungkin dalam minggu ini dia mula mendaki gunung yang di kehendakinya.


Maya Karin Sambut Harijadi di Gunung Nepal

Ahad, 30 September 2012


Dihujung minggu ni, apa kata kita rehatkan minda dan sekali sekala membaca kisah menarik daripada pelakon, Maya Karin yang berkongsi pengalamannnya pergi ke pelbagai tempat-tempat menarik.
Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti sekaligus meraikan ulangtahun Maya di puncak gunung bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Mereka akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut.
"Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun.

"Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula"

sebelum mendaki) saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. 

Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya. -Via
ketika berada di F1 Singapura

ketika Euro 2012 yang lalu di Stadium Ukraine