Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

"Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu Bro!" -Sharifah Amani

Jumaat, 23 Jun 2017

Baru-baru ini Sharifah Amani dikatakan bengang dengan pengikutnya kerana mengecam/mengkritik pakaian yang dipakainya. Sharifah ketika itu menggayakan baju kurung Kedah yang dipadankan dengan seluar jeans koyak.

"Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands."

Ramai yang mengsyorkan agar pelakon ini berpakaian baju kurung daripada baju yang tidak ada kaitan dengan budaya Malaysia.

Johan, Ozlyn dikecam hadiri pengebumian nenek

Selasa, 29 November 2016

Johan dan isterinya, Ozlyn telah pergi ke acara pengebumian nenek Johan yang telah meninggal dunia. Nenek Johan yang masih berbangsa Cina telah meninggal lusa lalu.

Pun begitu, Johan dan Ozlyn menerima kecaman daripada pengikutnya, dimana mereka tidak sewajarnya menghadiri acara itu kerana menyimpang jauh dari ajaran Islam.

Dari segi pakaian juga mereka turut dikecam. Namun Johan membalas tohmahan pengikutnya itu dengan komen yang cukup pedas.

Kanak-kanak takut akan Diana Rafar

Khamis, 3 Disember 2009

Kesian pelakon Diana Rafar. Gara-gara lakonan menjadinya dalam drama seram Nenek Kebaya di TV3, dia ditakuti oleh kanak-kanak. Apabila dia ingin mendekati mereka, kanak-kanak menjauhkan diri kerana bimbang dengan kejahatan yang mungkin ditimpa ke atas mereka. Mereka sebenarnya terbawa-bawa watak Shamsiah lakonannya dalam drama itu.

Dalam drama Nenek Kebaya, watak Samsiah dimasuki roh jahat untuk membalas dendam membunuh keturunan suaminya. Watak itu juga digambarkan mempunyai kuasa sihir jahat menjadikan seseorang jatuh sakit dan sebagainya.Nampaknya lakonan Diana menjadi kalau boleh membuatkan Diana ditakuti di luar skrin. Itu tandanya lakonan Diana berkesan.

Agaknya sebab Diana belum lagi mendukung bayi. Kalau Diana dukung bayi agaknya mereka tak akan takut lagi sebab mereka nampak bayi selamat bersama Diana.