Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Vida dedah punca sebenar bercerai dengan suami

Sabtu, 8 April 2017

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin,39, di Mahkamah Syariah Perak, pagi semalam.

Perkara itu disahkan sendiri Datuk Seri Vida ketika dihubungi pagi tadi.

Datuk Seri Vida berkata, dia bersama bekas suaminya itu hadir ke Mahkamah Syariah pagi ini untuk proses lafaz cerai selepas sudah menfailkan permohonan perceraian beberapa minggu lalu.

Ketika diminta mengulas punca masalah dan keretakan rumah tangganya sehingga bercerai, dia berkata, punca perceraian adalah disebabkan tidak mempunyai persefahaman lagi antara mereka.

"Semuanya dimudahkan dan kami sah bercerai, kami tidak mempunyai persefahaman lagi," katanya kepada harianMetro.

Keadaan Datuk M Daud Kilau terkini..

Rabu, 6 Januari 2016

Datuk M Daud Kilau yang terlantar di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat komplikasi membuang air kecil kini beransur. Beliau dimasukkan ke wad Ahad lalu, namun kini menunjukkan reaksi positif malah tidak sabar mahu bertemu peminatnya di seluruh negara.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia, peminat dan juga rakan seangkatan saya di seluruh negara mendoakan kesihatan saya serta yakin dan percaya boleh menghiburkan peminat saya semula yang ada di seluruh negara.

"Saya juga diberi layanan terbaik oleh pihak hospital. Saya tidak mahu mengalah selagi kudrat saya ada untuk menghiburkan peminat," kata beliau memetik Bharian

Azwan Ali 'lawan' Mufti Perak pula..

Ahad, 5 Julai 2015


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.

Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.

Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.

"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?

"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.

"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya.

"Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran. Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat.

"Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.

Izzue Islam miliki dua buah rumah!

Rabu, 3 Disember 2014

Wah bukan main hebat lagi melihat Izzue Islam yang dikhabarkan sudah mempunyai dua buah rumah di dalam usianya kini 24 tahun yang juga suami kepada Awin.

Rumah pertama mereka iaitu di Klang dan kedua di Perak yang masih di dalam pembinaan.

Menurut majalah Mangga, Izzue mengakui ianya adalah hasil usahanya selama bergelar anak seni sehingga tahun ini.
"Ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, banyak juga job yang saya terima dan hasil daripada kerja keras saya ini, saya gunakan untuk membeli kedua-dua rumah ini. Saya kenalah mengumpul harta dari sekarang untuk kemudahan keluarga suatu hari nanti” -Izzue

Tahniah, Farawahida Bergelar Isteri

Isnin, 16 Disember 2013


Debaran kian terasa buat penyanyi Farawahida yang sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Abdul Shukur menurut sumber Utusan semalam.

Perkenalan selama 8 tahun itu akan menjadi lengkap dengan direalisasikan dalam satu majlis pernikahan di Taiping, Perak.
"“Alhamdulillah. Semua dugaan bakal berakhir. Sekarang dah tak ada apa lagi yang nak disembunyikan,

“Susah nak jumpa orang yang sanggup terima kekurangan kita. Beri sokongan sewaktu kita susah hati. Abang (Shukur) adalah orang yang cukup setia dalam bab-bab ini.

“Dia orang yang penyabar dan sangat matang," kata Farawahida





Gambar Pernikahan Zahid AF, Sarah

Ahad, 9 Jun 2013


Deejay Era FM, Zahid AF selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Yusof di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang semalam.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak. -RotiKaya | mycutemoment.com


Zahid AF Kahwin Pada 7 Jun Ini

Isnin, 27 Mei 2013

Dalam tidak disedari dah semakin hampir deejay Era FM, Zahid AF dengan tunangnya, Sarah Julifa Yusof yakni pada 7 Jun di Teluk Intan, Perak dan 15 Jun untuk majlis resepsi. Perkenalan melalui laman Twitter selama setahun itu telah membuatkan Zahid mahu menikahi gadis berkenaan tanpa mahu bercinta/couple berpanjangan.
"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang,"

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai.

"Kami sepejabat (ASTRO) namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh,"

"Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," -Zahid. mStar

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha, Jejai

Sabtu, 28 April 2012

Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu Fasha, Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum. Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.

Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

gambar Bharian | GUA | mStar

Niat Murni Jamal Abdillah

Jumaat, 2 September 2011

Sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, ada satu episod yang agak mungkin kita sedikit keinsafan dan kemurahan hati. Begitulah episod yang terjadi kepada penyanyi, Jamal Abdillah, apabila dia dengan murah hati menyumbangkan 1 lori atau bersamaan 1,520 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM20,000 kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak.

Niat dan tujuan Jamal hanya satu, adalah untuk meringankan beban umat Islam untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba dan untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayahanda dan ibunda Jamal. Wallahualam kalau ada niat lain k.

Danny X-Factor Nikah 16 September

Khamis, 25 Ogos 2011

Tahniah kepada pelakon Danny yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman tunangnya pada 16 September ini bersama tunangnya yang juga seorang pramugari, Fazlin Zakaria. Mereka ditunangkan pada 30 Mac lalu. Majlis pada 16 September ini dilakukan di Kampar, Perak secara sederhana jerk.

Yang menariknya, tanggal 16 September ini merupakan tarikh yang bersejarah buat Malaysia, dimana Tanah Melayu dan Sabah Sarawak telah bergabung menjadi Malaysia yang berdaulat. Mungkin tema kahwin Danny rasanya berunsur patriotik kot. Hehe.

"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny. -Via

Datuk Malek Noor rebah ketika menjadi penjaga gol

Jumaat, 1 April 2011

Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di Perak malam Rabu selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dan keadaannya dilaporkan stabil.

Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad. Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).-Bernama

Fasha Sandha + Jejai = No Comment daripada Tiz Zaqyah

Sabtu, 3 Julai 2010

Pelakon Tiz Zaqyah enggan mengulas lanjut apabila Fasha Sandha mengaku kepada media massa bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, pada suatu sidang akhbar di Ampang baru-baru ini. Tiz yang merupakan pelakon drama bersiri popular Nur Kasih pernah digosipkan menjalin hubungan intim dengan anak lelaki bekas Menteri Besar Perak itu bagaimanapun hanya mengiyakan kenyataan Fasha, 26, seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini.

"No comment (Tiada komen). Saya tidak mahu ulas lanjut kenyataan Fasha itu. Kalau betul dia cakap macam itu, maka betullah," katanya. -Utusan

Ayu OIAM dah kahwin dan ada seorang anak

Jumaat, 23 April 2010

Kehilangan Ayu secara tiba-tiba sememangnya menimbulkan tanda tanya. Ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada juara OIAM musim kedua ini. Oleh kerana tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh Ayu dan pihak pengurusannya, maka timbul banyak spekulasi tentang kehilangannya itu. Pelbagai cerita tidak enak timbul sebaik sahaja penyanyi berusia 21 tahun ini hilang tanpa khabar berita. Antara gosip yang hebat diperkatakan ialah Ayu didakwa telah hamil luar nikah dan telah berkahwin secara senyap-senyap kerana keterlanjurannya itu. Sejauh mana kebenaran gosip ini hanya tuan badan yang boleh memberikan jawapan.

“Saya akui saya telah berkahwin pada awal tahun lalu dan kini telah pun mempunyai seorang anak lelaki. Saya harap jawapan ini dapat menjawab persoalan yang timbul. Kehilangan saya selama ini adalah kerana saya ingin berehat panjang serta sibuk menguruskan rumah tangga dan anak saya yang masih kecil,” jelas Ayu yang melangsungkan pernikahan di Kuala Kangsar, Perak.

Ditanya mengapa dia menyembunyikan perkahwinannya itu daripada pengetahuan umum, Ayu menjelaskan dia berbuat demikian kerana menghormati permintaan keluarganya dan juga keluarga suami yang tidak mahu menghebah-hebahkan tentang perkahwinannya itu. -Gua

Gambar Yuna Yunalis di Perak

Selasa, 30 Jun 2009

Kecoh dahulu mengenai tajuk Yuna Yunalis dikatakn sebagai berdusta, tapi semuanya sudah dijelaskan oleh Yuna sendiri, dengan nada tegas dan berani gitu. Baru-baru ini Yuna sempat membuat rakaman TV yang menyiarkan dirinya dalam tajuk Xpresi Kembara Yuna di Perak, yang bakal bermula pada awal Julai nanti. Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor (siaran 2 Julai), Bukit Merah Laketown Resort & Taiping (siaran 9 Julai) dan Ipoh serta Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai (siaran 16 Julai). Jadi apa lagi nantikan personaliti Yuna di kaca TV selepas ini.