Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz Zawawi

Selasa, 9 Jun 2015

Petikan laman sosial group di Facebook..

Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel...termasuk Fauziah Nawi dan Nazrey Raihan...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan. contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Panas! Nazrey Johari menyanyi nasyid di kaki jalan.. (6 Gambar)

Jumaat, 11 Julai 2014

Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu.

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. Artikel & Foto Kredit: www.wanista.com

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Nazrey Johani jadi Taukey Minyak

Ahad, 12 Julai 2009

Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir. Kali terakhir penulis nampak Nazrey ketika penulis menuntut di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, waktu itu Nazrey dijemput untuk membuat nashid amal. Peh, sekarang dah jadi bos/taukey minyak lo sebelum ini taukey kesihatan. Syarikat minyak Nazrey ini memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah, Nazrey juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Nazrey yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

"Syarikat saya (Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.) baru sahaja ditubuhkan pada 6 April lalu dan operasi jualan produk Titan Power dimulakan pada 15 April. Apa yang boleh saya katakan, sambutan untuk produk ini amat menggalakkan malah di luar jangkaan apabila baru sebulan dipasarkan, telah mengumpul lebih 500 orang agen di negara ini.
"Daripada pemerhatian saya, perniagaan sebegini seolah-olah tidak diterajui langsung oleh orang Melayu khususnya orang Islam. Jadi kekosongan itu saya cuba isi untuk membantu saudara sesama Islam yang berminat menjalankan perniagaan dengan membuka peluang mereka sebagai agen pemasaran," katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut, sila layari laman sesawang www.titanloyal.com -Utusan