Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nazim Othman, isteri Ke Maldives, RM10k satu malam! (8 gambar HD)

Rabu, 13 September 2017

Luahan hati Bella Dally mengenai zuriat.. (video)

Jumaat, 28 April 2017

Sering kali diaju tentang soal anak, pelakon Bella Dally akui tidak tertekan dengan soalan tersebut, sebaliknya isteri kepada aktor Nazim Othman ini reda dan menanti rezeki itu penuh sabar. Malah menurut Bella, ada juga peminat yang menyangka dirinya sedang hamil kerana dia sering kali menyarung pakaian bersaiz besar. -mStarOnline

Nazim Othman hot kat Majalah Mangga 2010 (3 gambar)

Selasa, 21 Mac 2017


Ni lah gambar Nazim Othman kat majalah Mangga Januari2010, dekat cover majalah berkenaan ada gambar pelakon hot Nazim Othman yang seksi meksi dengan caption ‘Rahsia badan cantik Nazim Othman’.

Rasanya masa ni Nazim baru lagi dalam dunia anak seni dan belum dikenali ramai. Tapi rasanya berkesan la dia ‘mandi bunga’ kat dalam Mangga. Dan tip top sekarang dah popular. -Gambar Forum Cari

Sekitar Resepsi Nazim Othman (11 gambar)

Selasa, 20 September 2016

Resepsi Nazim Othman, Bella (9 gambar)

Khamis, 15 September 2016



Nazim Othman dan Bella Dally telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 10 September yang lalu.

Sekitar perkahwinan Nazim Othman, Bella (20 gambar, 2 video)

Ahad, 11 September 2016


Nazim Othman sah bergelar suami kepada aktres, Bella Dally hanya dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.35 pagi Sabtu semalam.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan mereka di Hotel Promanade, Kota Kinabalu Sabah yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan mempelai.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32, dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun.

Pelakon itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. -mStarOnline

Gandingan mantap Jasmin Hamid, Fasha Sandha (30 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Drama Lara Aishah ala latin yang diamik dari telenovela Mexico, La Cobasaluran bakal ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD pada jam 6 petang dan ulangan pada jam 12 malam.

Drama 100 episod ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. -gambar Beautifulnara

Inilah dia tarikh perkahwinan Nazim Othman

Jumaat, 26 Ogos 2016

Nazim Othman dan pasangannya, Bella Daly dijadual bernikah di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September depan.

Sumber memberitahu BH Online, majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada hari sama manakala majlis bertandang menyusul pada 17 September di Johor Bahru. -Bharian

Bella Dally komen soal tarikh nikah dengan Nazim Othman

Khamis, 26 Mei 2016


Bella Dally berkata tiada apa yang boleh dikongsi memandangkan sehingga kini dia dan tunangnya, Nazim Othman masih belum dapat mengumumkan tarikh pernikahan sebaliknya menyerahkan kepada rezeki dan penajaan.

"Dari dulu saya kurang gemar bercerita kisah peribadi berbanding kerjaya. Malah, lebih baik sekiranya perancangan perkahwinan diumumkan sendiri oleh Nazim kerana tidak manis rasanya dilakukan pihak perempuan.

"Buat masa ini kami sibuk dengan kerjaya hingga tidak sempat untuk duduk berbincang mengenai hal kahwin. Mengenai soal tajaan, kami menerima baik andai kata ada pihak yang berhasrat untuk menaja tetapi perlu bersesuaian dengan tema kami," katanya memetik Bharian Online

Bella Dally dedah sikap sebenar Nazim Othman

Isnin, 14 Mac 2016

Setelah mengikat tali pertunangan pada 14 November lalu, pelakon Bella Dally dan Nazim Othman masing-masing seperti mengelak untuk mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

Namun bagi Bella Dally, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak terlalu bercakap mengenai hubungannya.
Pada saya lebih elok begitu. Lagipun kami baru bertunang, jadi tak perlulah nak heboh sangat.

Bagi saya hubungan kami sangat special dan saya tak suka terlalu expose. Sebab itu di dalam Instagram pun hanya gambar tertentu sahaja kami letak dan tidak kerap lapor Murai.

Takut pula orang jemu. Jadi saya lebih suka keep it moderate. Alhamdulilah tempoh bertunang kami dipermudahkan setakat ini
Berkongsi mengenai ciri-ciri yang ada pada Nazim yang membuatkan dia senang dan jatuh hati, Bella mendedahkan Nazim seorang yang romantik.
Apa yang boleh saya cakap saya sentiasa gembira bersama dia (Nazim). Dia seorang yang jujur dan romatik juga.

Tapi paling saya suka tentang sikapnya adalah tegas. Saya suka lelaki yang tegas kerana rasa macam kena lead oleh seseorang, ceritanya.

Video romantik Nazim Othman lamar Bella Dally

Isnin, 25 Januari 2016


Video Nazim Othman lamar Bella Dally
Nazim Othman mengesahkan telah mengikat tali pertunangan bersama aktres Bella Dally baru-baru ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nazim melalui akaun Instagramnya dengan memuat naik satu video sweet bersama Bella.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Nazim begitu gementar untuk bertentang mata dengan wanita itu sebelum melamarnya lapor Astro Awani.

Berita terkini mengenai Nazim Othman dengan kekasihnya... (5 gambar)

Jumaat, 22 Januari 2016

Memetik sumber HLive! semalam, Nazim Othman dan kekasihnya Bella Dally selamat bertunang yang berlangsung di rumah Bella di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Sebelum ini mereka pernah berpisah pada bulan Mac 2014 yang lalu, dan kini berbaik semula sehinggalah mengambil keputusan menjadi tunang.

Baguslah seperti itu, selangkah lagi nak jadi yang halal. :)

Nazim Othman vs Nazim Othman! apa cerita? (4 gambar)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Nazim Othman bakal membuat satu pementasan teater bertajuk Seyogia pada November dan Disember ini bertempat di Blackbox@Publika & Nusajaya, Johor Baharu.

Namun Nazim Othman yang dimaksudkan ini bukan pelakon yang popular itu, cuma nama mereka sama. Jadi poster yang tertera nama Nazim Othman itu adalah orang lain yang melakonkan watak di teater itu.

Ramai sebenarnya keliru mengenai hal ini. Namun buat empunya nama Nazim Othman yang bakal melakonkan watak teater itu tampil membuat penjelasannya dan permohonan maaf kepada peminat pelakon Nazim Othman agar orang ramai dapat tahu mengenai hal ini.

Pengurus pelakon Nazim Othman sudah menghubungi pihak produksi teater ini untuk mendapat penjelasan.

Jadi kesimpulannya, nama sama tapi orangnya lain. Lepas ni susah lah nak sebut nama mereka kalau bertembung. Haha.

Nazim Othman dedah wanita misteri jadi isterinya.. (gambar)

Isnin, 14 September 2015

Akhirnya Nazim Othman mendedahkan wanita yang selama ini menjadi misteri siapa sebenarnya dia dan yang kini sudah bergelar isteri kepada Nazim.

Dia adalah Nedlyn Nazlan. Namun berita kad undangan yang dikatakan perkahwinan itu adalah gimik untuk sebuah filem web pendek.

Dan Nedlyn adalah salah seorang pelakonnya.

Nazim Othman nikah jam 10 pagi ini (gambar)

Jumaat, 11 September 2015

Wah tahniah buat Nazim Othman yang bakal bergelar suami tidak lama lagi dengan pramugari kacukan Cina-Melayu pada 11 September hari ini, Jumaat sekitar jam 10 pagi.

Nama wanita berkenaan cukup hanya dikenali sebagai Miss N. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kerana bakal bergelar suami isteri beberapa minit dari sekarang. -updates foto nikah/kahwin selepas ini.

Kekasih Nazim Othman? dia merupakan... jeng jeng..

Selasa, 1 September 2015

Nazim Othman kini sudah bertukar profesyen daripada pelakon kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan tempatan. Dan difahamkan juga Nazim ada menjalinkan hubungan dengan seorang gadis kacukan Melayu-Cina yang wajahnya mirip pelakon Hanis Zalikha.

Wanita berkenaan juga dikatakan bertugas sebagai pramugari iaitu di tempat yang sama.

Ada yang mengatakan Nazim Othman dan pramugari berkenaan sudah lama berkenalan iaitu sejak dia berkhidmat sebagai pramugara untuk satu lagi syarikat penerbangan sebelum ini. -sumber Murai

Nazim Othman tolak 10 tawaran filem! sebab..

Ahad, 18 Mei 2014

Dengarnya Nazim Othman agak cerewet dalam menerima tawaran untuk berlakon filem tempatan. Selama 3 tahun kebelakangan ini, sudah 10 buah filem ditolak. Alasannya filem berkenaan tidak mencabar dan agak biasa-biasa buat dirinya. Ke nak digandingkan dengan pelakon cantik-cantik je. Keke.
"Semua pelakon bercita-cita untuk berlakon filem termasuk saya juga, namun disebabkan sikap cerewet, membuatkan saya sering menolak tawaran yang datang. Boleh dikira lebih 10 filem saya tolak.

"Saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia filem. Bagi saya jika mereka tawarkan watak yang sama sahaja dan pernah saya bawa dalam drama, lebih baik saya berlakon drama sahaja," -Nazim petikan mStar

Fesyen Rambut Nazim Othman

Jumaat, 4 Januari 2013

Fesyen rambut ni memang menjadi subjek utama tidak kira lelaki atau perempuan, kalau masih tak tahu urus rambut, dikira ketinggalan zaman. Ni kalau selebriti lagi lah kena jaga penampilan.

Fesyen rambut Deejay Suria FM, Nazim Othman kali ini menampakkan sedikit kelainan daripada yang lain, memang betul-betul moden dan terkini fesyennya. Ni kalau pergi masjid, memang tak tahulah nak kata apa. Hehe. -gambar Suria FM


Eja, Nazim Othman hiasi Majalah GLAM

Selasa, 26 Jun 2012

Dua selebriti terkenal dalam bidang lakonan Siti Shahriza atau dikenali sebagai Eja dan juga Nazim Othman telah terpilih untuk menghiasi majalah hadapan GLAM edisi Julai. Kedua-dua selebriti ini tampaknya lebih berktrampilan dan bergaya. Pastinya kepada peminat pembaca majalah hiburan tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya untuk mengetahui kisah yang menarik seperti sehari bersama Nazim dan kisah Eja yang tidak bersedia menjadi ibu lagi tetapi...

Artis Kacak Nazim Othman

Selasa, 15 Disember 2009

Sekarang dah ramai artis-artis baru yang dilahirkan. Kelahiran artis ni, seperti satu pembiakan besar-besaran bagi mengaut keuntungan hasil daripada kerjaya mereka. Nazim Othman merupakan artis kacak yang dilahirkan untuk peminat-peminat selebriti tempatan. Kemunculannya masih baru lagi, memiliki bentuk badan dan paras rupa yang menarik, kalau digunakan sepenuhnya bakat Nazim, memang meletup lah artis ni satu hari nanti.