Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Humood AlKhudher nyanyi Kun Anta versi loghat Utara

Rabu, 17 Jun 2015

Dipetik daripada Facebook Imam Muda Asyraf yang berasal dari orang Utara Semenanjung yang mengenakan Humood AlKhudher dengan loghat berkenaan.

Humood AlKhudher nyanyi Kun Anta di Meletops.. (video)

Khamis, 11 Jun 2015

Humood AlKhudher mennyanyikan lagu yang lagi hot dan popular di Malaysia iaitu Kun Anta kat program tv, Meletops baru-baru ini. Layan..

Kun Anta versi Imam Muda Asyraf

Ahad, 31 Mei 2015

Sayang Versi Dakwah Islamiyah

Jumaat, 7 Jun 2013


Awal pagi penghulu segala hari, Hari Jumaat ni kita dengarkan dahulu sebuah lagi prodi yang berunsur dakwah Islamiyah oleh pelajar UiTM Penang berjudul Sayang. Tapi ini bukan Sayang yang original dan prodi dari mana-mana puak yang mahu berhibur, tapi membawa mesej yang cukup membina dan dikatakan cinta seseorang kerana penciptaNYA.

Memang best. Nak share kat Facebook boleh pergi ke sini. Nak dengar dulu dan hayati dengan liriknya dibawah ini pun boleh. :)


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.


Sami Yusuf - You Came To Me (Feat. Siti Nurhaliza)

Ahad, 24 Jun 2012

Penyanyi nasyid, Sami Yusuf telah merakamkan lagu berduet (feat) dengan Dato' Siti Nurhaliza dengan diberi nama 'You Came To Me'. Dengan Sami menyanyikan dalam versi English, manakala Nurhaliza dalam bahasa Melayu/English lirik daripada Yassin. Nak lihat persembahan konsert Sami Yusof, pada 14 Julai nanti di Stadium Melawati dengan tiketi boleh didapati di http://redtix.airasia.com.. Jom layan lagu ni, memang best juga bila mendengarnya. :)

gambar konsert Maher Zain di Shah Alam

Rabu, 2 Mac 2011

Baru-baru ni siapa yang duduk di Shah Alam mesti sudah tahu dengan kedatangan penyanyi nasheed, Maher Zain kan. Konsert Maher Zain kali ini diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 Februari 2011 yang lalu. Seperti biasa, lagu-lagu popular mesti akan didendangkan, termasuklah 'Inshallah'. Penonton-penonton yang melihat nyanyian konsert Maher yang datang tidaklah sefanatik konsert rock, sebab Maher sendiri menekankan konsep dakwah dalam lagu. Apa-apa pun teruskan usaha anda mendukung lagu-lagu dakwah di negara ini. Peace! Kalau boleh nak juga Maher buat roadshow ke seluruh Negara, baru lah cun!. -gambar mStar

video Maher Zain - InsyaAllah (Malay Version)

Selasa, 1 Februari 2011

Fenomena artis kelahiran Asia barat, Maher Zain di Malaysia memang tidak perlu diperkatakan lagi. Sana sini sudah menjadi bualan orang. Dari kecil ke remaja sehinggalah ke retua. Lagu dan iramanya yang lembut bersertakan dengan lagu da'wah semamangnya membawa kita dekat kepada Allah. Selain berhibur, kita juga dapat pahala sebab dalam setiap lagu Maher ada kalimah Allah dan Rasulullah.

Namun sejauh mana kita memahami lagu Maher dalam bahasa orang putih tu? kali ini Maher Zain sudah berjaya merakamkan lagu 'Insyallah' versi Melayu, jadi dah ramai orang boleh faham erti dalam lagu itu. enjoy for ibadah. :)

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Khamis, 13 Ogos 2009

Jenazah arwah Ustaz Asri sedang dibawa ke rumahnya di di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar. Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi. Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti. Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4. Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an. Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid. Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan. Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid. Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. -mStar

al Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri dari penulis dan community izyan.com

Hafiz Hamidun, Shazwani Putus Tunang

Sabtu, 1 Ogos 2009

Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis:
"It's official now, I'm single."
Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.
Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu. -Murai

Nazrey Johani jadi Taukey Minyak

Ahad, 12 Julai 2009

Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir. Kali terakhir penulis nampak Nazrey ketika penulis menuntut di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, waktu itu Nazrey dijemput untuk membuat nashid amal. Peh, sekarang dah jadi bos/taukey minyak lo sebelum ini taukey kesihatan. Syarikat minyak Nazrey ini memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah, Nazrey juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Nazrey yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

"Syarikat saya (Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.) baru sahaja ditubuhkan pada 6 April lalu dan operasi jualan produk Titan Power dimulakan pada 15 April. Apa yang boleh saya katakan, sambutan untuk produk ini amat menggalakkan malah di luar jangkaan apabila baru sebulan dipasarkan, telah mengumpul lebih 500 orang agen di negara ini.
"Daripada pemerhatian saya, perniagaan sebegini seolah-olah tidak diterajui langsung oleh orang Melayu khususnya orang Islam. Jadi kekosongan itu saya cuba isi untuk membantu saudara sesama Islam yang berminat menjalankan perniagaan dengan membuka peluang mereka sebagai agen pemasaran," katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut, sila layari laman sesawang www.titanloyal.com -Utusan