Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nas Ahmad Kena Terjah!

Rabu, 24 Ogos 2011

Ada juga insan-insan yang perihatin dalam Facebook ni. Dalam kelompok yang sangat berbeza tetapi fikiran masih lagi menitik beratkan soal agama. Mungkin itulah hakikatnya dalam fan Facebook kepada profile milik pengacara Melodi, Nas Ahmad apabila ada fan nya yang berani memberikan komen yang cukup menyentuh hati dan perasaan kita. Mungkin Nas Ahmad pun tersentak hati juga tue kalau membacanya.

Baguslah komen seperti ini saling mengingati antara satu sama lain, tapi kita seharusnya juga kenalah menjaga hati perasaan orang lain juga. Walaupun Nas memang kerjanya seperti itu, kita kena memahami. Tidak semua perfect di dunia ni. Tidak mahu menyokong mana-mana pihak ok. Jadi bermusahabah lah selepas ini. Peace World!
[via]

Nas, Melodi bakal disaman RM10 Juta gara-gara TERJAH!

Ahad, 21 Mac 2010

Setelah notis meminta produksi Melodi dan wartawannya Nas Ahmad untuk meminta maaf menerusi akhbar dan televisyen yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu tidak diendahkan, akhirnya penerbit dan pengarah Jurey Latiff Rosli mengambil keputusan untu menyaman kedua-dua pihak itu. Menurut Jurey, urusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu ditetapkan pada 18 Mac lalu, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan," katanya.
Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.
“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya. Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,” jelasnya lagi. -mStar

Nas Ahmad tinggalkan MELODI

Jumaat, 6 November 2009

Melihat daripada tajuk di atas, memang agak mengejutkan sedikit. Manakan tidak seorang yang professional dalam aksi terjah menerjah akhirnya mengundurkan diri atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Memang Nas Ahmad seorang yang berani dan berbakat, tapi itulah yang diluahkan olehnya dalam laman jaringan komuniti di internet. Berkemungkinan besar disini, dia tukar kerjaya atau ditukarkan ke unit lain. Yang tue tak pasti pulak. Namun yang menjadi persoalannya di sini, siapakah penganti Nas Ahmad nanti?..