Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nanu Baharuddin Pelihara Anjing?

Isnin, 22 Ogos 2011

Memang panas, melahar dan sudah cukup menjadi bualan hangat orang dimana-mana dunia maya buat ketika ini. Menjadikan isu itu lebih sensitif lagi bila ianya menyangkut soal agama dan akidah. Pembelaan/peliharaan anjing di dalam rumah/kediaman dikalangan umat Islam kini sudah semakin meningkat dan dibimbangi ianya boleh memberikan kesan terhadap institusi di dalam jati seorang muslim/muslimah. Kecuali dalam hal-hal yang diharuskan oleh syarak dengan syarat yang tertentu. Wallahualam.

Banyak isu yang dibahaskan dalam pemeliharan anjing ni, tak terkira perdebatannya. Kalau korang nak kepastian, sila rujuk kepada ustaz/ulama yang berdekatan yer. Sebab kalau bukan dari golongan ini, pasti jawapan standart yang dikeluarkan adalah 'pelihara anjing tidak haram, cuma perlu samak jer'. Huhu. Kan bagus bela kucing, binatang kesayangan Rasulullah SAW.

[via]

Nanu Baharuddin, Ady Putra buat aksi panas!

Ahad, 24 Oktober 2010

Siapa tidak kenal dengan pengacara dan juga pelakon, Nanu Baharudin yang sekejap ada sekejap ada. Kalau tidak silap, Nanu dan Ady Putra telah pun melakukan aksi panas atau aksi ranjang mereka. Wow, memang amat menarik dan terkejut apabila mendengarnya. Jarang-jarang dengar berita seperti ini. Apatah lagi Ady Putra merupakan seorang suami. Nanu pula buat untuk pertama kalinya melakukan aksi itu.

Tapi jangan fikir yang lain-lain pula, mereka berdua buat aksi panas tu dalam sebuah babak untuk filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011 tahun depan. Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon. Semasa latihan adegan itu sahaja Nanu sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra. Namun filem ini sudah/masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF).

Nanu Baharuddin seksi dalam Spa Q

Isnin, 15 Mac 2010

Pelakon seram dan juga bekas pengacara Bersamamu di TV3, Nanu Baharuddin bukan lagi asing bagi peminat rancangan tv di saluran berkenaan. Penampilan yang seksi dalam usia yang mahu menjangkau 41 tahun adalah aset yang harus dikekalkan untuk meningkatkan lagi populariti diri dalam bidang anak seni. Nanu yang juga giat aktif berlakon kini digalas tugas dengan memegang watak sebagai Qistina dalam siri terbaru Spa Q. Dalam sesi fotografi, Nanu kelihatan seksi yang ditahap medium. Nampak sedikit 'lurah dendam' nya.