Rabu, 8 Julai 2009
Selepas setahun bertungkus-lumus menjalani sesi pembikinan, juara One In A Million 2 (OIAM2), Norayu Damit atau Ayu, 20, akhirnya bangkit dengan album solo pertama bertajuk Inspirasi. Dalam pada masa yang sama album keluaran Ayu ini juga sempat diselitkan aksi Ayu dengan Nabil Mentor, yakni mereka berduet bersama-sama dalam album single Ayu ini. Tapi kenapa mesti Nabil Mentor? adakah Ayu ada feel dengan Nabil Mentor atau ada udang disebalik mee..



"Duet ini tidak dirancang pada peringkat awal. Masa mula-mula Ayu dapat lagu ini, Ayu ingatkan Ayu nyanyikan seorang. Lepas tu, waktu tengah berlatih, Ayu terpandang gambar Nabil. Ayu pun cakap dengan mereka Ayu sukakan Nabil sebab dia cute sangat.
"Bila dengar Ayu cakap macam gitu, pihak penerbit terus nak gandingkan Ayu dengan Nabil. Mulanya Ayu ingatkan dia orang main-main, tapi rupanya serius. Jadi suka rasa seronok. Nabil pun profesional," kata Ayu. -Murai





