Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi comolot Che Ta-Zain, Awal-Scha.. ini komen Mufti Kelantan

Khamis, 6 Oktober 2016

Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

Azwan Ali 'lawan' Mufti Perak pula..

Ahad, 5 Julai 2015


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.

Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.

Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.

"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?

"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.

"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya.

"Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran. Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat.

"Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.

Johan Asari tidak setuju dengan Datuk Nooh Gandut sebab isu selfie?

Khamis, 25 Jun 2015

Johan As’ari Pelik Tak Boleh Selfie Lepas Beribadah
Kenyataan Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gandut tentang mengambil gambar selepas terawih dengan niat riak boleh menghapuskan ibadah menimbulkan kamusykilan kepada sesiapa sahaja umat Islam lalu pelakon, Johan As’ari merasa pelik dengan kenyataan itu.

Dan ini respon dari Johan As’ari..

'Upgrade' Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Selasa, 27 Ogos 2013

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

Afdlin Shauki Komen Isu Panas Filem Untuk Tiga Hari

Selasa, 25 September 2012

Pengarah filem Untuk Tiga Hari, Afdlin Shauki menolak tuduhan kononnya filem itu mengangkat unsur negatif dalam sebuah rumah tangga sedangkan ia menunjukkan mesej baik bagi menghalang daripada perceraian.

Filem yang sudah pun memulakan tayangannya pada Khamis lalu itu lebih tertumpu kepada cara menangani masalah suami isteri dan sedikit pun tidak merosakkan pemikiran masyarakat ke arah keburukan.
"Saya terkejut apabila Untuk Tiga Hari dipertikaikan gara-gara lafaz cerai yang dibuat Rashidi kononnya boleh menyebabkan jatuhnya talak dia isteri sebenarnya, Vanidah.

"Mana mungkin ia boleh berlaku kerana dalam filem ini, lakonan lafaz cerai itu diungkap kepada gandingannya iaitu Ayu Raudhah.
"Tambah pula filem ini disuntik dengan pelbagai mesej positif alam rumah tangga di mana ia sekali gus mengajar untuk mengelakkan penceraian yang semakin menular di negara kita," 
Afdlin diminta mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Beritahu pengarah itu lagi, berdasarkan komen yang diberikan oleh Harussani, berkemungkinan besar mufti itu belum menyaksikan filem berkenaan dan hanya memberi komen berdasarkan soalan yang diajukan.
"Saya juga menganggap, mungkin Harussani hanya menyaksikan beberapa minit babak yang dipaparkan pada laman-laman sosial kerana percaya, jika beliau benar-benar menyaksikan keseluruhan filem itu, dia beliau tidak akan memberikan komen sebegitu.
"Walaupun menghasilkan filem cinta, hal-hal berkaitan agama tidak pernah diabaikan malah saya telah meminta pendapat orang yang lebih arif tentang perkara ini sebelum penggambaran dilaksanakan," ujarnya.
Dalam pada itu, Afdlin tidak menganggap dakwaan itu sebagai satu sabotaj terhadap filemnya malah merasakan ia sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan filem berkenaan. -Via