Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amy Search Akui Dirinya Muflis

Khamis, 21 November 2013

Akhirnya memetik sumber mStar semalam, Amy Search mengakui dirinya telah muflis akibat dianiya oleh kawan sendiri. Amy enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dan mahu mengheret kawannya itu ke muka pengadilan.

Kes muflis itu bermula apabila Amy gagal membayar balik jumlah hutang bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru pada tahun 2009 yang lalu.

Farah Diana Bangkrap / Muflis?

Khamis, 12 September 2013


Dengarnya Farah Diana Anuar yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 2 lalu dan pengacara di tv swasta ini dikatakan bangkrap aka muflis.

Ini bukan gosip tapi sepertinya kenyataan. Apabila ada sebuah akhbar cetak tempatan memaparkan nama Diana yang dikehendaki atau pengistiharaan sebagai orang yang muflis.

Adeh biasa lah zaman sekarang ni, ramai orang muda yang muflis. Sebab apa, tepuk dada tanya selera anda tu.. hehe. -gambar forum Cari


Aweera Mojo Jatuh Muflis?

Sabtu, 3 Ogos 2013

Baru-baru ni kecoh juga apabila membaca sisipan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seorang selebriti ni dah jatuh muflis. Betul ker tu.

Jika dilihat dan diperhatikan nama dalam keratan akhbar itu adalah Nasharul Aweera Norhissam. Dan nama ini sebenarnya jika tidak silap adalah milik penyanyi Aweera band MOJO, yang popular dengan lagunya, Andai ku Bercinta Lagi.