Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tanya pasal zuriat, rasa nak nangis! - Noh Hujan

Khamis, 14 September 2017

Pertanyaan mengenai zuriat kepada Noh Salleh dan juga isteri, Mizz Nina mmebuatkan mereka sudah lali dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya doa dan ikhtiar.

Bagi mereka, ini adalah ujian daripadaNya dan berharap mereka ada anak suatu hari nanti.
“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.

Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” kongsi Noh kepada mStar Online
.Noh dan juga Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dan sebagai selebriti, pasangan ini tidak dapat lari daripada persoalan yang sama mengenai cahaya mata, lebih-lebih lagi bila sudah enam tahun menjadi suami isteri.

Mizz Nina, Noh Hujan dituduh menunjuk-nunjuk?

Jumaat, 3 Mac 2017

Noh Hujan dan isterinya, Mizz Nina dikatakan menunjuk-nunjuk apabila sering kali memuatnai gambar bersama di media sosial. Namun Mizz Nina menyangkal perkara itu dan menganggap ianya bertujuan untuk memberikan inspirasi

Instagram Mizz Nina kena hack

Selasa, 14 Februari 2017


Dengar khabar yang Instagram milik penyanyi Mizz Nina kena godam atau hack beberapa hari lalu sehingga ke hari ini. Mengikut ruangan komen Instagramnya itu, seorang telah tampil memberitahu yang Instagram milik penyanyi berkenaan telah digodam oleh orang Afrika.

Buat masa ini, Mizz belum tampil memberikan penjelasan mengenainya.

Mizz Nina, Yuna kerjakan umrah (gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014

Alhamdulillah, hujung tahun ini, 3 selebriti terkenal, Mizz Nina serta suaminya, Noh dan Yuna akan bersama-sama mengerjakan ibadah Umrah. Bukan mereka bertiga sahaja, namun ada ahli keluarga terdekat yang sama-sama menyertai mereka. :)

Mizz Nina di Majalah, cuti-cuti di eropah (7 gambar)

Rabu, 15 Oktober 2014


Rezeki Mizz Nina sekarang tak putus-putus walaupun sudah bertudung. Banyak majalah yang ingin dia menjadi cover hadapan untuk majalah mereka. Terbaru majalah Mingguan Wanita.

Selain itu juga, Mizz Nina dan suaminya, Noh telah pergi ke beberapa buah negera di eropah terutama sekali England dan Perancis. Tapi baju mereka membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mempromosikan negara yang dijajah yahudi dengan perkataan Palestin. :)

Mizz Nina wish ulangtahun perkahwinan ke-3 kepada Noh Salleh

Rabu, 2 Julai 2014

Suami isteri selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh HUJAN sudah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun untuk pengetahuan korang. Bahkan pernikahan mereka pada 1 Julai 2011 yang lalu merupakan tarikh yang keramat buat Mizz Nina dimana tarikh itu jugalah dia dilahirkan.

Mizz Nina baru-baru ini ada memgemas kini status Instagram miliknya berserta gambar dimana dia mengucapkan aka wish kepada ulangtahun perkahwinan kepada suami tercintanya itu.

Memang agak romantik kata-kata yang diberikan Mizz Nina bersempena ulang tahun mereka, dan lebih romantik sekali, 1 Julai tahun ini pada 2 Ramadan bulan puasa.

Doakan agar mereka dikurniakan zuriat juga ek. :)


Noh mahu berhenti menyanyi, Nina kejutkan bangun Subuh

Khamis, 13 Mac 2014

Dengar khabar, Noh Hujan suami kepada Mizz Nina berhasrat untuk berundur daripada bidang nyanyian pada masa akan datang. Ini juga menyangkut faktor dimana Mizz Nina yang mempengaruhi rentak perjalanan karrier nyanyian Noh.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.
Mizz Nina yang kini sudah bertudung dan sedang mempelajari ilmu agama sudah diketahui ramai yang dia kini berhenti daripada melibatkan dalam bidang nyanyian.

Noh cukup berbangga mempunyai isteri seperti Mizz Nina.
"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," -Noh Hujan. petikan mStar.

Mizz Nina Buat Keputusan Mengejutkan!

Isnin, 27 Januari 2014

Penyanyi dan juga isteri kepada Noh Hujan, Mizz Nina kini memetik portal Bharian semalam dalam merancng untuk membuat persembahan tidak dihadapan dikebanyakkan lelaki, namun mahu memfokuskan penonton/pendengar perempuan sahaja.

Mizz Nina akui ianya keputusan dari kesedaran iman dirinya sendiri, tiada desakan dan paksaan mana-mana pihak keatas keputusannya itu.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.

“Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.

“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” -Mizz Nina

Noh, Nina Tunda Umrah Sebab AJL28

Jumaat, 10 Januari 2014

Adeh ini lah nasib untuk memilih dunia atau akhirat. Noh Hujan terpaksa berbelah bagi telah memilih untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang difahamkan akan berlangsung di Stadium Putra bertarikh 26 Januari ini daripada menunaikan ibadah umrah kali ke-4 bersama-sama kedua-dua ahli keluarga Noh dan Nina pada 20 Januari ini.

Namun untuk pergi ke Tanah Suci itu, memetik laporan mStar, Noh dan keluarga terpaksa menundanya.
"Saya dan keluarga sudah merancang untuk menunaikan umrah pada 20 Januari ini dan semua persiapan sudah pun dibuat, ketika itu tarikh AJL28 belum diumumkan lagi.

"Pada awalnya saya mahu tarik diri sahaja atau tempat saya digantikan orang lain tetapi isteri dan keluarga memahami dan berjaya membuat pertukaran tarikh kepada sehari selepas AJL28 berlangsung,

"Saya tidak terlalu teruja untuk menghadapi pertandingan ini kerana ia adalah hiburan sahaja, sebaliknya saya lebih teruja dengan persiapan untuk tanah suci nanti," -Noh

Gambar Mizz Nina Bertudung Terkini

Rabu, 27 November 2013

Selepas menunaikan ibadah Haji beberapa bulan lalu, Mizz Nina kini sudah kelihatan aktif memuatnaik gambar dia bertudung di dalam Instagram, mungkin bukan sebab menunjuk-nunjuk tapi mungkin untuk memberikan rangsangan dan motivasi kepada peminatnya agar memakai tudung.

Tambahan lagi, Mizz Nina sepertinya tidak mendapat apa-apa tawaran konsert selepas bertudung, mungkin sebab pendirian Mizz Nina sendiri kot yang enggan berkonsert lagi dan mengambil fokus sepenuhnya terhadap perniagaan butik pakaiannya.

Apa-apa pun kami di sini menanti khabar gembira Mizz Nina nak berbadan dua selepas ini. :)

Gambar Mizz Nina Terbaharu Bertudung

Rabu, 6 November 2013

Setelah selesai menunaikan ibadah Haji beberapa minggu yang lalu, Mizz Nina kini lebih selesa dengan penampilan baharu nya yang lebih selesa dan sejuk mata memandang.

Penampilannya yang lebih kepada menutup aurat aka bertudung itu mendapat reaksi positif peminat-peminatnya. Bahkan dengan penampilan terbaharunya ini juga, dia membuka sebuah butik menjual barangan berkaitan tudung dan sebagainya.

Gambar Mizz Nina Bertudung

Selasa, 29 Oktober 2013

Khabarnya Mizz Nina kini bertudung setelah selesai menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Wah Alhamdulillah kalau seperti itu. Mizz Nina juga membuka butiknya yang tersendiri yang mungkin terdiri daripada barangan muslimah di http://instagram.com/mizzdemeanormy

Hajah Mizz Nina, Haji Noh

Isnin, 14 Oktober 2013

Wah tahniah dan diucapkan Alhamdulillah kepada kedua-dua pasangan selebriti ini, Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan yang pergi menunaikan ibadah haji.

Baguslah seperti ini, semoga bahagia dunia akhirat pasangan ni, dan diharap kembalinya Mizz Nina ke Malaysia, dia akan bertudung. Mesti Sweet kan. :)

Mizz Nina Bertudung? Hadiri Kelas Agama.

Rabu, 4 September 2013

Dengarnya, Mizz Nina kini sudah bertudung dan suaminya, Noh Hujan sudah banyak mengikuti aktiviti keagamaan.

Ini dibuktikan lagi dengan gambar mereka menghadiri satu kelas kursus Islamik iaitu kursus Albar selama tiga hari bagi memantapkan bacaan al Quran yang dimuatnaik sendiri oleh Mizz Nina melalui laman sosial mereka.

Tapi tidak dipastikan samaada Mizz Nina bertudung untuk jangka masa panjang atau sekadar menghormati kursus itu sahaja. Semoga bertudung terus la yer. :)

Gambar Selebriti di ABPBH2013 v3

Selasa, 5 Mac 2013

Gambar dibawah adalah gambar-gambar ketika sidang media untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-13 (ABPBH2013) edisi ke-3. Dan ini lah diantara selebriti-selebriti yang sempat hadir baru-baru ini.

Mereka ada lah Zizan Razak, Fara Fauzana, Fida, Najwa Latif, Rozita Che Wan, Mizz Nina dan lain-lain lagi. -gambar Ryaniez Moments Photography

Kereta Mizz Nina Dipecah Penyamun

Selasa, 4 Disember 2012

Kereta milik Mizz Nina yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali semalam di Ampang Jaya.

Nina  menceritakan yang dia ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.
"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.

"Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta,

"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.

"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter.-sumber

Gambar Red Carpet Shout Award 2012

Selasa, 27 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar Red Carpet ketika majlis Anugerah Shout! Award 2012 yang lalu. Tema majlis itu adalah ala santai di tepi pantai. Ramai selebriti daripada kumpulan mana yang tak dikenali namanya datang sekali memeriahkan majlis. Jom lihat warna warni pakaian dorang ni. -gambar  facebook.com/bungastudio