Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Remy Ishak, sudah jatuh ditimpa tangga. Sabarlah..

Khamis, 17 Mac 2016

Sudah jatuh ditimpa tangga, Remy Ishak yang sebelum ini mendapat kesakitan di kakinya akibat bengkak nekad untuk membeli ais bagi mengurangkan bengkaknya tersebut. Namun apabila dia membeli ais, kereta yang dia naiki, Mitsubishi Tritin dilarikan pencuri memetik mStar.

Kejadian itu berlaku semalam di Seri Kembangan, Serdang selepas pulang dari latihan di Istana Budaya.

Punca kereta Jihan Muse kena conteng (4 gambar)

Selasa, 26 Januari 2016

Kereta Jihan Muse Diconteng, Pelaku Sempat Dirakam
Jihan Muse mengamuk apabila kereta mewah miliknya diconteng teruk. Siapakah pelaku yang menconteng kereta Jihan ini? Rupanya kereta Jihan diconteng oleh teman rapatnya sendiri.

Kereta Awie kena curi lagi

Khamis, 8 Mei 2014

Sebuah kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero milik pelakon dan penyanyi terkenal, Awie atau nama penuhnya Azhar Othman, 46, dilaporkan lesap dilarikan penjenayah ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, kenderaan itu dipandu pembantu peribadi Awie, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu.

Mohd Khyrull berkata, kejadian berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” katanya.
Dia yang mahu keluar untuk bekerja pagi semalam bagaimanapun terkejut apabila mendapati kenderaan pacuan empat roda itu hilang dicuri.
“Saya cuba mencari kenderaan itu di kawasan sekitar pangsapuri, namun gagal. Malah, saya turut menghubungi rakan untuk meminta bantuan mengesan kenderaan itu,”

“Abang Awie memang baik. Dia tidak pernah berkira dan selalu meminjamkan kenderaannya bagi memudahkan saya menguruskan hal persembahan dan perkara berkaitan kerja seninya,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak.

Kereta Dipecah, Tukar Plat Nombor - Nabil Ahmad

Rabu, 20 November 2013

Gara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai makan malam aka diner di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan didapati cermin kereta berkenaan pecah.

Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang diisi baju sukan.

Menurut portal mStar, nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model Mitsubishi Lancer Evo 10.

Gambar Nabila Huda Selepas Kemalangan

Rabu, 11 September 2013

Ni lah gambar terbaru setelah Nabila Huda dan anaknya terlibat kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu.

nampak dah semakin pulih dan ceria gitu dan tidak melibatkan kecederaan serius walaupun masih di hospital. Syukurlah, semoga selepas ini, Nabila lebih berhati-hati lagi membawa kereta ye. :)

Nabila Huda Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Isnin, 9 September 2013

Ini berita yang hangat juga, dikhabarkan Nabila Hud cedera akibat kereta yang dipandunya mengalami kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandunya jenis 4x4 Mitsubishi Storm itu kelihatan terbalik akibat terbabas di bahu jalan.

Tidak dipastikan apa punca sebenar kemalangan ini berlaku sehinggakan terbalik seperti itu.

Aril AF Pakai Mitsubishi EVO 10?

Selasa, 29 Januari 2013

Tak sangka Aril sekarang dah makin sukses. Siap berjubah lagi ya sheikh. Saudagar minyak unta ker.. Hehe.

Ntah apa yang dibuatnya sehingga menjadi bukti yang dia memakai kenderaan dengan kelasnya tersendiri yang sesuai dipakai oleh golongan muda, Mitsubishi Evo 10. (Wallahualamlah kalau sekadar pose di kereta orang lain..)

Kalau tidak silap kenderaan ini juga dimiliki oleh Zizan Razak. Tapi Zizan dah dapat duit menang RM250,000 seorang Maharajalawak Mega 2012 yang lalu, mesti dia nak angkat Nissan GTR R35.

Wah, memang banyak selebriti yang memiliki kenderaan mewah lainnya, tapi jiwa muda kena lah bersesuaian dengan keretanya juga kan. Takkan jiwa muda pakai kereta orang 'beliau' tak masyuk lah. kah kah..

Farah Asyikin Terlibat Kemalangan Kereta

Rabu, 29 Ogos 2012

Syukurlah apabila mendapat berita yang Farah Asyikin tidak mengalami sebarang kecedaran serius apabila kereta yang dikatakan milik keluarga beliau terlibat dalam dalam satu kemalangan jalan raya sekitar pagi semalam berdeaktan Bukit Kiara.

Melihat daripada kereta yang dipandu Farah, model Mitsubishi remuk dibahagian hadapan manakala satu lagi kenderaan model Suzuki remuk di bahagian belakang. Siapa langgar belakang, orang belakang tetap salah kan. huhu.

gambar portal RotiKaya

Zizan Beli Mitsubishi EVO 10

Selasa, 3 April 2012

Masyuk la Zizan Raja Lawak ni, kereta dia kini adalah Mitsubishi EVO 10, ini bukan Inspira ok. Gaya sporty Zizan memang agak menonjol, biasalah jiwa bujang, memang nak lebih yang mencabar dan bergaya sedikit, harap-harap jangan dibuat race haram dah la ye Zizan. Hehe.

Gambar MediaMalaya