Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sebab Mimi tidak tinggal bersama suami..

Khamis, 30 Julai 2015

Mimi One Nation Emcee mengakui yang dia dengan suaminya, Firdaus masih lagi tidak tinggal bersama dan kini berasingan walaupun sudah bernikah pada 16 Mei yang lalu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kenapa Mimi masih tinggal berasingan. Setelah bernikah, 12 hari kemudian ayahnya telah meninggal dunia. Lalu Mimi meminta keizinan suaminya untuk tinggal berasingan agar dapat menenangkan fikiran dan hal keluarga selepas pemergian ayahnya memetik laporan Bharian semalam.
"Selain sibuk dengan urusan keluarga, saya juga kini sibuk dengan kerja di studio. Jadi saya minta kebenaran daripada suami agar dapat berikan saya sedikit masa untuk uruskan hal keluarga dan kerja. "Tapi setiap hari kami akan berjumpa kerana suami menguruskan kerjaya saya. Cuma kami masih belum tinggal sebumbung.

"Insya-Allah kami sedang merancang ke arah itu malah suami juga kini sedang sibuk mencari rumah yang sesuai buat kami.

"Sejujurnya saya masih berat untuk meninggalkan keluarga tapi pada waktu sama saya harus fikirkan perasaan suami, apa pun saya akan berusaha membuang kesedihan itu dan cuba jalani hidup berumah tangga seperti pasangan lain," katanya.

Bakal suami Mimi One Nation Emcee (gambar)

Rabu, 13 Mei 2015


Dengar khabar yang Mimi One Nation Emcee bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Firdaus seorang pensyarah Unitar yang juga rakannya dari kecil, mereka memilih disatukan bersama pada hujung bulan Mei ini.

Tarikh, lokasi pernikahan dan gambar bakal suaminya buat masa ini dirahsiakan.

Mimie dikejarkan ke hospital Bandung sebab... (3 gambar)

Khamis, 30 Oktober 2014

Dengar khabar yang penyanyi, Mimie One Nation Emcess telah diberikan rawatan di salah sebuah hospital dekat Bandung, Indonesia ketika mana dia dan rakan-rakannya pergi bercuti minggu lalu.

Memetik portal Murai, Mimie dikatakan keracunan makanan. Tak dipastikan makanan apa yang dimakannnya. Namun berharap keadaan Mimi bertambah baik dan elok. Semoga cutinya menjadi gembira daripada duka.

Mimi One Nation Emcess akan berkahwin dengan..

Jumaat, 29 Ogos 2014

Penyanyi dari kumpulan One Nation Emcees, Mimi akan berkahwin dengan seorang pensyarah dari sebuah IPTS tempatan.

Perkhabaran ini diakui sendiri oeh Mimi dan akan berangsung pada bulan Mac 2015 akan datang.

Mimi dan bakal suaminya sudah berkenalan sejak tingkatan 1 lagi.

Panas! Klip 3gp Mimie (One Nation Emcess)

Rabu, 5 Oktober 2011

Wah baru jadi artis program realiti TV, kini nama Mimie bakal mengegarkan/mengoncangkan dunia tanah air. Gara-gara satu video yang diberi nama 'klip 3gp' oleh Mimie yang melakukan aksi begitu ghairah dan mengugat keimanan kaum lelaki bakal tersebar tidak lama lagi. Apatah lagi aksi itu dilakukan kat ranjang yang mampu memberikan satu suara yang superb.


Apa yang pasti ianya bukan sesuatu yang harus dicontohi, sebab ini semua adalah lakonan semata-mata erk, sekadar hiburan jerk. Nanti dipawagam nanti. keke.