Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Komen mengejutkan Miera Leyana terhadap Afiq Muiz
Rabu, 3 Februari 2016
“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak masuk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.Sehubungan itu, dia memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam kisah ‘cinta fantasi’. Katanya, Afiq patut meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan tidak berasas itu lapor Myartis.
“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” ujar pelakon Miera Liyana
“Hubungan saya dan Afiq hanyalah sekadar rakan industri. Sebenarnya saya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang,” tambah Miera yang enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya itu.
Serius! Afiq Muiz mengaku mencintai Miera Leyana
Selasa, 2 Februari 2016
Pelakon Afiq Muiz memberitahu pengakuannya terhadap status hubungan cinta dengan aktres Miera Leyana adalah kerana tidak mahu dituduh penipu merahsiakan hubungan tersebut.
Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.
Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.
"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.
"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu,
"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.
"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya kepada mStar Online..
Shahrizal curang, Cinta Miera Musnah!
Isnin, 30 Januari 2012
Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia 5 bulan itu berada pada tahap kritikal apabila Shahrizal didapati telah berlaku curang terhadap Miera. Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengannya.


“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.
“Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
“Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.
“Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya selami ini?
“Saya akui masih sayangkan. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya terima seadanya,” katanya. -Via
Gambar pelakon Miera Leyana
Khamis, 2 Disember 2010
Miera Leyana ni merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari Johor. Usia masih muda lagi, 17 tahun (8 Ogos 1993). Miera juga merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Memang berbakat besar katanya, ditambah pula dengan kemanisan dirinya dan juga bentuk badan yang menarik. Semoga berjaya Miera dalam dunia hiburan, pas ni siap-siaplah kot-kot ada gosip yang bakal melanda.. Hehe.







