Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fizo Omar kata isterinya, Mawar kini berubah..

Rabu, 16 Ogos 2017

Fizo Omar memberitahu, dia meyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

"Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.

"Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,

"Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

"Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan," katanya kepada mStar Online.

Berita mengejutkan dari Hafizul Kamal...

Rabu, 12 Julai 2017

Pelakon lelaki yang juga merupakan bekas juara Pencarian Pengacara “On Air” 2012, Hafizul Kamal telah berkongsi berita tidak disangka-sangka iaitu mengenai kehamilan isterinya baru-baru ini.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, isterinya kini sudah hamil lima bulan.

Hafizul dan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mieja telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.

Berita mengejutkan daripada Roy Azman

Jumaat, 7 Julai 2017

Takziah diucapkan kepada pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.

Sesi photoshoot isteri mengandung Saharul Ridzwan (7 gambar HD)

Isnin, 5 Jun 2017

Saharul Ridzwan bersama isterinya Deena Emir baru-baru ini telah membuat sesi satu maternity photoshoot kehamilan/mengandung yang diadakan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. -gambar IG KaratPhoto

Gosip Mawar Rashid mengandung? ini komen Fizo Omar

Sabtu, 27 Mei 2017

Setelah mendirikan rumah tangga selama 4 tahun, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Rashid dikhabarkan bakal menimang anak. Berita ini kedengaran bukan dari pihak mereka, tapi orang luar.

Semalam, Fizo tampil menjelaskan kebenaran samada isterinya itu hamil atau tidak.
"Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi.

"Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah... saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor,

"InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor.

"Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik," katanya kepada mStar Online.

Berita mengejutkan dari Fizo Omar tentang isterinya?

Jumaat, 26 Mei 2017

Ada khabar yang menyatakan bahawa isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Kraim sudah berbadan dua selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Ramai peminat pasangan ini ingin mengetahui adakah berita ini benar?

Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah… saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor.

Menurut Fizo, beliau akan membawa isterinya untuk menjalani ujian kehamilan tidak lama lagi dan jika benar Mawar mengandung, Fizo berjanji beliau akan mengumumkan berita gembira tersebut.

InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor. Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik. " tambah Fizo memetik mStarOnline

Berita mengejutkan dari Keith Foo

Jumaat, 14 April 2017


Rasa teruja Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi semakin bertambah apabila Kim dijangka akan melahirkan seorang bayi perempuan sekitar bulan Julai depan.

Keith dan isterinya yang kini sedang bercuti di Melbourne, Australia memberitahu mereka masih belum memikirkan nama untuk anak mereka itu namun Keith berharap peminat mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan. Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu. Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan. Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya." kata KEith memetik Utusan

Berita mengejutkan dari Fad Bocey

Jumaat, 7 April 2017

Ahli kumpulan pelawak Bocey, Fad yang sebelum ini yang sudah menimang anak kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dikejutkan lagi dengan berita isterinya kini hamil. Namun tidak diketahui adakah ianya anak tunggal atau anak kembar dua.

Asfan bakal timang anak ke-3

Khamis, 6 April 2017

Asfan memberitahu yang isterinya, Ain Sakinah, kini disahkan hamil lebih sebulan anak ke-3. Tambah Asfan walaupun tidak merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat, beliau menyifatkan kandungan itu sebagai rezeki buat keluarganya.
"Doktor baru saja mengesahkan isteri mengandung kira-kira dua minggu lalu. Sebelum berjumpa dengan doktor, kami terlebih dulu membuat pemeriksaan sendiri di rumah.

"Pada asalnya kami mahu fokus pada dua anak saja buat sementara waktu ini, tetapi tak sangka pula Allah menambahkan lagi rezeki kami," katanya kepada BH Online.
Dua cahaya mata Asfan adalah Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

Ucapan istimewa Aliff Aziz untuk isterinya yang hamil.. (4 gambar)

Sabtu, 18 Mac 2017



Untuk makluman pelakon, Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah akan bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi. baru-baru ini Aliff ada berkongsi status istimewa berserta sekeping gambar bersempena hari jadi Bella yang ke 23 tahun.

Tahniah! Hafidz Roshdi bakal bergelar ayah

Selasa, 27 Disember 2016

Dapat tahu yang Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual-mual dan muntah-muntah.

Namun menurut pelakon kacak ini dia belum berkesempatan untuk membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan doktor.
"Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang," katanya kepada Kosmo Online.

Hafidz Roshdi bakal bergelar ayah...

Jumaat, 23 Disember 2016

Hafidz Roshdi baru-baru ini ada berkongsi sekeping gambar bersama isteri, Nurul Shuhada dan seorang budak kanak-kanak kecil di laman sosial Instagram miliknya. Di Facebook juga Hafidz dilihat sering 'Live Update Video' dan bermain dengan anak kecil.

Menerusi gambar itu Hafidz menulis kapsyen "praktis jaga Haseef, nanti kita orang pula InsyaAllah," tulisnya.

"Belum lagi check namun isteri ada juga dalam dua ke tiga hari ini muntah-muntah. InsyaAllah doakan yang baik-baik ya," ujarnya ringkas memetik MediaHiburan.

Isteri Adi 6ixth Sense hamil, usia kandungannya kini...

Isnin, 12 Disember 2016

Setahun bergelar suami, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi bersyukur kerana kehidupannya semakin teratur, malah lebih bermakna apabila isterinya, Natasyah Ahmad kini hamil tiga bulan.

Adi mengakui kehidupannya juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa.

"Alhamdulillah, tidak lama lagi kehidupan kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah apa jantina anak, memadai andai nanti dilahirkan sempurna dan sihat," katanya.

Isteri Saharul Ridzwan hamil anak sulung? muatnaik gambar bayi..

Ahad, 11 Disember 2016

Saharul Ridzwan telah berkongsi satu gambar di Instagram miliknya dimana ada gambar perkembangan seorang bayi yang mengambarkan isterinya kini sedang hamil anak sulung.

Isteri Nubhan hamil anak sulung (gambar scan kandungan)

Ahad, 13 November 2016

Isteri Nubhan Ahmad, Afifah Hidayah dikhabarkan kini sedang hamil anak pertama akan sulung mereka. Berita ini dikhabarkan sendiri oleh Nubhan di Instagram miliknya dengan menunjukkan gambar imbasan perut.

“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram

Sebelum ini isteri Nubhan pernah mengalami musibah keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu. Bagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke kota Suci, Mekah baru-baru ini nampaknya termakbul.

Isteri ke-2 Adi Putra mengandung?

Selasa, 1 November 2016

Adi Putra sebelum ini berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida. Adi kini boleh tersenyum penuh kebahagiaan apabila Nor Shahida khabarnya sedang hamil anak pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut. -Utusan Online

Fahrin selamat timang anak sulung (4 gambar)

Jumaat, 30 September 2016

Isteri pelakon Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Eleas, 38, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.15 petang. Isterinya yang bersalin secara normal itu kini berada dalam keadaan baik.

Berita mengejutkan dari penyanyi Maulana (3 gambar)

Khamis, 15 September 2016



Memetik laman sosialInstagram milik penyanyi Maulana, dia ada berkongsi mengenai berita kehamilan isterinya yang kini sedang hamil sebulan. Berita ini membuatkan Maulana sangat teruja seperi yang digambarkan daripada caption yang ditulisnya.

Berita mengejutkan dari Atita Haris (2 gambar)

Jumaat, 24 Jun 2016

Atita Haris dan suaminya yang juga seorang deejay, Nas T ada berkongsi satu berita gembira buat semua peminatnya apabila Atita kini sedang hamil tiga bulan. Berita gembira itu telah disampaikan menerusi laman sosial Nas T sendiri melalui sebuah video.

Namun sayangnya, video berkenaan sudah di buang oleh Nas T beberapa jam selepas dimuatnaik.

Jantina anak sulung Fahrin Ahmad adalah.. (gambar & video)

Selasa, 21 Jun 2016

Difahamkan isteri Fahrin Ahmad, Elena Hani yang kini hamil enam bulan bakal melahirkan cahaya mata mereka itu pada bulan Oktober nanti.

Bagi Fahrin, dia sendiri sudah memberitahu peminatnya mengenai status jantina kandungan anaknya iaitu lelaki. Namun dalam pada masa yang sama, agak pelik kenapa ramai rakan selebritinya yang menyorok jantina anak mereka kepada peminat mereka walaupun ianya bukan satu kesalahan.