Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fizo Omar kata isterinya, Mawar kini berubah..

Rabu, 16 Ogos 2017

Fizo Omar memberitahu, dia meyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

"Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.

"Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,

"Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

"Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan," katanya kepada mStar Online.

Doktor pakar isytihar isteri Fizo, Mawar hamil (gambar SCAN)

Rabu, 31 Mei 2017

Tahniah diucapkan Fizow Omar dan isterinya Mawar yang dikhabarkan bakal menimang anak sulung tak lama lagi. Doktor pakar yang memeriksa kandungan Mawar, Dr Hamid Arshat dalam laman Facebook miliknya mengumumkan berita penting ini.

Akhirnya teka teki dan penantian pasangan ini untuk menimang cahaya mata tidak lagi bakal tercapai.

Selepas berebut tudung, kini berebut air pula (video)

Rabu, 4 Mei 2016

Belum pun reda isu mengenai perebutan tudung keluaran Fareeda tersebar dan mendapat maklum balas negatif daripada ramai pihak, kali ini pula Fizo Omar dan isteri, Mawar sekali lagi menghangatkan suasana apabila sebuah video menunjukkan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.

Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.

Tu dia, tudung Fareeda punya sambutan.. Komen pedas Wardina.. (video)

Isnin, 4 April 2016


Bukan main sambutan tudung Fareeda ni. Sampai berasak-asak lelaki dan wanita ketika itu. Kasihan macik yang di hadapan tu kan, sampai tertarik-tarik tudung dia dikerjakan.

Fizo jawab isu belum dapat zuriat...

Ahad, 13 Mac 2016

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, Fizo Omar dan Mawar Karim dikatakan telah terima banyak persoalan daripada peminatnya mengenai zuriat daripada mereka.

Bagi Fizo dia menafikan dirinya dan isterinya, Mawar mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat, ini bukanlah disebabkan proses kesihatan dan sebagainya, hanya belum ada rezeki ke arah itu.
Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.

Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.

Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri." -Fizo memetik Utusan

Mawar Fareeda hamil anak sulung?

Jumaat, 15 Januari 2016

Dengar khabar yang isteri Fizo Omar yang juga pegasas tudung Fareeda, Mawar kini berbadan dua. Ini dibuktikan lagi dengan ucapan Mawar di Instagram miliknya baru-baru ini.

Punca Fizo Omar berhutang sehingga RM8 juta!

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dengar khabar yang Fizo Omar kini berhutang sebanyak RM8 juta, bukans satu jumlah yang sedikit. Sebab beliau berhutang adalah kerana ditipu oleh rakan kongsi atau partnership dalam perniagaan.

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya”

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya kepada Harian Metro.

Rumah baru Fizo, Mawar (6 gambar)

Isnin, 9 Februari 2015


Rumah Baru Fizo Omar Dan Mawar
Pasangan suami isteri, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim dikhabarkan telah berkongsi beberapa keping gambar rumah mereka di laman sosial yang kini sedang giat diubahsuai. Namun dengarnya ramai yang teruja dan mendapat banyak perhatian mengenai kehidupan mereka sekarang ini

Gambar Fizo, Mawar tunai Umrah

Rabu, 21 Januari 2015

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci. Beberapa keping gambar sempat dimuatnaik oleh Fizo melalui laman sosial Instagram miliknya cukup membuktikan keberadaan mereka disana.

Gambar selfie Fizo dikecam..

Rabu, 31 Disember 2014

Gambar selfie Fizo Omar bersama pasukannya, Hot Burgers Malaysia ketika banjir ketika perjalanan menghantar bantuan ke Kelantan dikecam dan dikritik dilaman sosial Instagram miliknya.

Fizo kesal kerana hal remeh sebegitu di kritik, sepatut si pengkritik harus turun ke padang sama-sama membantu dan merasai suasana sebenar kepayahan yang dialami mangsa banjir.

Peraduan MawarFizo dapat kecaman!

Rabu, 26 November 2014

Dengarnya peraduan/pertandingan yang dianjurkan oleh Fizo Omar dan Mawar untuk syarikat mereka Fareeda mendapat kecaman sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tahap pengurusan yang dilakukan mereka.

Ini termasuklah mengubah syarat-syarat pertandingan dengan sesuka hati tanpa kata putus yang muktamad pada saat-saat akhir.

Tambahan lagi, pihak pengurusan atau admin page berkenaan menjawab telah membuatkan ramai yang menemplak kembali dan menimbulkan kemarahan.

Kereta mewah Audi miliki Fizo terlibat kemalangan!

Ahad, 27 Julai 2014

Dengarnya kereta mewah milik Fizo Omar berjenama Audi terlibat dengans satu kemalangan kecil yang berlaku baru-baru ini.

Saksi melihat kerta itu remuk di sekitar jalan di Kuala Krai Kelantan lalu mengambil gambar kereta berkenaan secara live.

Difahamkan lagi, kereta berkenaan dipandu laju ketika cuba memotong kereta lain sebelum berlanggar.

Akui Fizo, dia dan isterinya, Mawar tidak menaiki kereta berkenaan namun selamat sampai ke Kota Bharu dengan kereta lain.

Kereta berkenaan dinaiki oleh ahli keluarga Fizo.

Pelanggan doakan Fizo, Mawar jadi pengemis!

Isnin, 16 Jun 2014

Agak mengejutkan jika kita mendengar orang akan mendoakan keburukan atau tidak elok ke atas diri kita, sedangkan doa seperti itu tidak di tuntun oleh mana-mana Agama.

Berita terbaru diterima, seorang pelanggan Fareeda bernama Salina Abu Zar melalui laman sosial Facebook miliknya menyatakan rasa tidak puas hati dan berdoa yang agak tidak boleh diterima iman di diri.

Doa yang meminta kaum kerabat pasangan Fizo Omar dengan isterinya, Mawar menjadi seorang pengemis dan tidur dikaki lima itu mendakwa kecewa di atas kegagalannya mendapatkan tudung Fareeda ekslusif pada tarikh 7 Jun yang lalu mengikut sumber terdekat.

Ibaratnya, bebaris panjang tapi habuk pon tak dapat, hanya peluh dan keringat yang membasahi badan. tanpa perhatian dan tanggungjawab sosial yang diberikan oleh butik yang dimaksudkan Salina, jadi kecewa adalah penghujung penantian mereka.

Fizo akui isterinya mempunyai beribu koleksi tudung Fareeda

Jumaat, 23 Mei 2014

Menurut laporan portal MalaysianDigest, difahamkan Fizo Omar memberitahu yang isterinya, Mawar telah menyimpan ribuan helai tudung Fareeda di rumah mereka.

Memandangkan Mawar adalah duta dan pemilik, maka tidak hairanlah jika Mawar sering memakai tudung baru rekaan dari Fareeda.

Mawar sindir pelanggan Fareeda di Facebook?

Khamis, 15 Mei 2014

Baru-baru ini tersebut al kisah, isteri kepada pelakon, Fizo Omar yang juga empunya duta Fareeda, Mawar dikaitkan dengan sebuah laman fan page yang bernama 'Mawar Fareeda Fanpage'.

Ada sesetengah daripada mereka, menanggap yang komen yang dikeluarkan oleh admin tersebut sangat keterlaluan sehingga menyangka ianya satu penyindiran terhadap pelanggan mereka.

Sebelum ini ada juga kes seperti ini, Mawar pergi meminta maaf dan mengakui dia bukan admin tersebut. Sudah banyak kali kenyataan seperti di dalam gambar ini berlaku sepertimana ramai yang mengadu mengenai komen yang dilemparkan oleh admin berkenaan, admin tersebut tidak serik-serik menggunakan kata-kata lantang dan tidak bersikap untuk lebih bersikap professional dalam mencerminkan empunya nama di dalam fan page tersebut.

Silap haribulan, nama baik Mawar dan Fizo akan tercalar.