Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Johan mahu derma RM100k wang spontan kepada...
Selasa, 17 Januari 2017
Johan memberitahu yang dia mahu menyumbang sebahagian wang kemenangan bernilai RM100,000 di program realiti Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria terutama penderitaan kanak-kanak yang menyentuh hati dan perasaannya.
Johan juga mengimpikan mahu membina masjid di tempat yang mahu memerlukan dana di dalam negara.
Johan juga mengimpikan mahu membina masjid di tempat yang mahu memerlukan dana di dalam negara.
"Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,"
"Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.
"Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah," katanya memetik BharianOnline
Saiful Apek dekati dan mendalami ilmu agama
Khamis, 6 Oktober 2016
Dengar khabar yang pelawak terkenal, Saiful Apek kini sedang giat dalam usahanya mendalami ilmu agama. Aktiviti-aktiviti yang dilalkukan Saiful seperti banyak meluangkan masa di masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur.
Bahkan Saiful juga dijemput menjadi penceramah di masjid dan surau berkenaan.
Bahkan Saiful juga dijemput menjadi penceramah di masjid dan surau berkenaan.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. Alhamdulillah mungkin juga ada sebab mengapa saya dapat peluang tersebut”
“Sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama. Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.
“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama,” katanya kepada mStar Online.
Marsha Milan mahu solat berterawih di Masjid tapi...
Rabu, 29 Jun 2016
Mualaf, Marsha Milan yang kini bergelar isteri kepada jejaka Muslim, Mohamed Shaiful Nizam, ada menyatakan hasratnya untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid.
Bagaimanapun, keinginan Marsha terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana masih dalam proses belajar. Marsha ada memberitahu yang walaupun tidak dapat solat tarawih di masjid, Marsha juga sudah beberapa kali melaksanakan solat berjemaah dengan suami dan keluarga di rumah.
Dengan rendah diri, Marsha mengakui gerakan solat dan surah-surah lazim ayat suci Al-quran masih lagi belum mampu untuk diingati.

Diana Amir doanya hamil termakbul di...
Rabu, 25 Mei 2016
Diana Amir mengakui yang dia hamil anak ke-2 lima minggu saat ini adalah percaya doanya ketika berada di Seville, Sepanyol pada April lalu termakbul.
Kunjungan itu dibuat adalah sebenarnya untuk melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu menerusi kumpulan NGO, Ukhwah 4 Ummah (U4U).
Kunjungan itu dibuat adalah sebenarnya untuk melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu menerusi kumpulan NGO, Ukhwah 4 Ummah (U4U).
"Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih.
"Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak.
"Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik," katanya memetik Bharian
AC Mizal Kecewa Masjid Kutuk Artis
Isnin, 18 Mac 2013
Pengacara, Dato' Ac Mizal merasakan ketidakpuasan hatinya, apabila sebuah masjid dijadikan tempat mengutuk anak seni aka selebriti. Ac yang meluahkannya dalam laman sosial beberapa hari lalu menganggap ianya tidak wajar berlaku di Rumah Allah, memandangkan masjid adalah tempat suci untuk beibadah.
Bahkan ianya telah berlaku setiap minggu, kemungkinan yang dimaksudkan oleh AC adalah dalam khutbah Jumaat yang disampaikan. Takpelah AC, solat je di masjid tu, yang penting sabar dan tabah menjadi anak seni, Allah lebih Maha Mengetahui ikhlas atau tidak seseorang itu beribadah.

gambar pernikahan Salih Yaacob, Emi
Selasa, 31 Mei 2011
Akhirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.

Dato' Siti Nurhaliza hadir ke pelancaran masjid baru
Ahad, 20 Februari 2011
Dato' Siti Nurhaliza Tarudin dan suai Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang hadir di majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, kelmarin, Sabtu. Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.
Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.
Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.-mStar

Siti Nurhaliza bina masjid di kampung suami
Rabu, 15 September 2010
Tahun ni Datuk Siti beraya di kampung suami tercinta, Datuk K, Kampung Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Bukan apa, Siti ni berhajat nak buat bina masjid di kampung berkenaan. Nak upgrade masjid yang lama kepada yang baru. Almaklumlah masjid lama dah uzur. Jadi tiptop, ada sebidang tanah yang diwakafkan oleh mertua Siti ni yang sesuai dijadikan masjid. Syukurlah niat suci ini tercapai juga akhirnya. Tapi tak tahulah prespektif peminat mengenai isu ini sebelumnya. Penulis enggan mengulas lanjut. Tapi meh kita tengok Siti buat lawatan ke masjid berkenaan ketika puasa yang lepas.

Duit Derma Siti Nurhaliza Ditolak
Khamis, 20 Ogos 2009
Penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza mesti berkecil hati apabila duit dermanya/sumbangan ikhlasnya kepada salah sebuah masjid di Pahang tidak menggunakan duit (hasil) dari penyanyi berkenaan. Ini kerana Masjid di sana tersangat-sangat ukhrawi dengan tidak menggunakan hasil duit nyayian sebagai pembangunan (aktiviti) masjid berkenaan, lebih-lebih lagi lagu bukan berunsur nasyid dan islamic. Masih ada juga masjid yang prihatin seperti ini erk. Info lain duit berkenaan ke mana hala tujunya kureng dipastikan lagi. Jangan berkecil hati lah Siti Nurhaliza, anda masih boleh mendermanya di tempat-tempat lain lagi. Ngeh3.