Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kereta mewah hadiah Gayatri dipulangkan semula Zul?

Isnin, 16 November 2015

Episod putus cinta diantara orang kuat Astro, Gayatri Sue Lin dengan pelakon kacak, Zul Ariffin sudah diketahui minggu lalu.

Namun ada sumber yang memetik laporan Metro Ahad memberitahu, hadiah yang pernah diberikan oleh Gayatri satu masa dahulu sekitar Oktober 2014 iaitu kereta Maserati berharga RM200,000 lebih itu dipulangkan semula oleh Zul baru-baru ini.

Gayatri belikan kereta Maserati untuk Zul?

Selasa, 28 Oktober 2014

Gosip yang melanda Zul Ariffin tidak pernah putus-putus. Terbaru dengarnya dia ditaja oleh kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai. Ini berlaku apabila Gaya dikatakan di membeli kereta mewah berjenama Maserati beberapa hari lalu dan memuatnaik gambar kereta berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun memetik portal mStar, Zul menafikan perkara ini dimana kereta itu dibeli untuknya.
"Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang 'tajaan' daripada sesiapa pun.

"Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu," -Zul
Biarpun sudah mempunyai kereta mewah Audi, namun dia tetap menggunakan kereta Perodua MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan minyak.