Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Mas Anizan selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Selasa, 11 November 2014

Tahniah kepada pelakon era 90-an, Mas Anizan yang selamat bersalin anak perempuannya pada 7 November yang lalu. Mas melahirkan anak berkenaan di Hospital Prince COurt kira-kira jam 9 pagi.

Menurut portal Bharian, nama anaknya yang ke-3 itu adalah Putri Ariana Meriss. Dua anak sebelumnya, Mas Aliza, 19 tahun dan Mohd Masli Danial, 14 tahun.

Pelakon Manis Mas Anizan

Jumaat, 15 Mei 2009

Siapa tidak kenal dengan pelakon Mas Anizan, yang cukup terkenal awal 90-an lagi. Sekarang ini dia telah muncul dengan aksi manjanya. Mas Anizan yang berusia 36 tahun telah memiliki anak, namun suaminya telah meninggal dunia akibat serangan angin ahmar baru-baru ini, maka statusnya jadilah janda. Dia telah meninggalkan dunia seni selama 15 tahun dan berhasrat mahu mengulangi kerjayanya sebagai seorang pelakon tidak lama lagi.