Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Marion Caunter sambut Krismas, gambar terakhir mengejutkan.. (10 gambar)

Rabu, 30 Disember 2015


baru-baru ini Marion Rose Caunter memuatnaik gambar-gambar beliau dan ahli keluarga mengadakan jamuan menyambut hari Krismas dan ini seharusnya Marion tampil untuk menjelaskan perkara tersebut kepada peminatnya yang seakan-akan mempertikaikan ke-Islaman beliau.

Dengar khabar perayaan itu disambut oleh Marion setiap tahun, namun pada kali ini, terdapat satu gambar yang dimuatnaik dan ditag menunjukkan Marion menghidangkan minuman beralkohol kepada tetamu merangkap ahli keluarganya.

Mungkin juga hanya sparkling juice ataupun BYO (bring your own) sahaja dan minuman tersebut bukan dari rumah Marion dan suaminya.

Apa-apa pun kena bersangka baik pada akhirnya. Harap Marion tahu batas-batas agama yang dia anuti sekarang. -Sumber

Baby ke-3 Marion Rose Caunter (6 gambar)

Jumaat, 18 September 2015

Marion Counter selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Jumaat, 28 Ogos 2015


Marion Counter selamat melahirkan bayi ketiganya semalam yang di diberitahu sendiri olehnya melalui laman Instagram miliknya.

Baby bump Marion Caunter (8 gambar)

Khamis, 7 Mei 2015

Wah dah makin membesar perut pengacara, Marion Caunter. Anak yang dikandungnya itu adalah anak ke-3. Tidak dipastikan berapa usia kandungannya, namun melihat daripada aktiviti yang dilakukan Marion sepertinya masih dipertengahan 5-6 bulan. Jom layan.

Marion Rose, keluarga ke Paris (14 gambar)

Khamis, 2 Oktober 2014

Baru-baru ini, Marion Rose Caunter dan ahli keluarganya terbang ke Paris, France untuk majlis fesyen Paris Fashion Week yang dianjurkan bersama oleh Chanel dan Louis Viutton (LV).

Anak Marion pun turut dibawa bersama iaitu Leia Rose dan Lana Rose.

Gambar majlis akikah anak Marion Caunter

Rabu, 5 Mac 2014

Baru-baru ini kalau tidak silap hujung minggu yang lalu, Marion Caunter dan suami, SM Nasarudin telah mengadakan majlis akikah cukur jambul anak ke-2 mereka, Lana Rose.

Lana Rose kini sudah berusia 3 bulan dan nampak kelihatan sihat serta comel gitu.

Gambar Ulang Tahun Anak Marion, Nasa

Selasa, 17 Disember 2013

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Marion Caunter dan Nasaruddin telah mengadakan satu majlis ulang tahun secara bersederhana bersempena hari jadi anak mereka yang berumur 2 tahun dan sekaligus untuk kali ke-3 tahun untuk rumahtangga mereka berdua. Apa-apa pun semoga bahagia la ek.

Gambar Terkini Anak Ke-2 Marion Caunter

Rabu, 13 November 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada Marion Caunter dan NS Nasarudin yang lahir pada 3 November lalu. Nampak dari raut wajah baby berkenaan, nampak seperti lelaki kan. Comel la baby ni. :)

Marion Caunter Selamat Melahirkan Anak

Ahad, 3 November 2013

Tahinah kepada Marion Caunter yang selamat melahirkan anak perempuan pada 31 Oktober yang lalu lewat malam.

tidak banyak details mengenai anak perempuannya ini. Apa-apa pun tahniah sekali lagi. :)

Muhd Baki Sindir Marion Caunter

Rabu, 9 Oktober 2013

Manalah perginya budi bahasa Muhd Baki di dalam laman sosial Instagram Marion Caunter ni. Rasanya setiap apa yang ditulis bakal menjadi topik besar apatah lagi yang menghina dan menyindir.

(Sebelum tu nak bagitahu yang Marion ada buat majlis Babyshower menyambut anak yang dikandungnya tu tapi rasanya ramai dah lihatkan, jadi bagus alih kepada topik yang lebih ilmiah. hehe)

Memang rasanya Muhd Baki ni kurang pendidikan kot dan tidak tahu apa itu undang-undang, sebab tu suka hati dia je tulis apa dia nak.

Tahniah! Marion Caunter Hamil Anak ke-2

Rabu, 19 Jun 2013

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah diatas perkhabaran berita dimana Marion Rose Caunter yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal, SM Nasaruddin kini telah hamil beberapa minggu anak ke-2 hasil perkahwinan mereka.

Sekeping gambar Marion hamil dimuatnaik di dalam laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Untuk sepengetahuan, anak sulung pasangan ini adalah perempuan iaitu, Leia Rose yang nak masuk usia 2 tahun.

Gambar Anak Marion Rose, SM Nasaruddin Terkini

Jumaat, 7 Jun 2013

Model terkenal, Marion Rose Caunter yang menjadi isteri kepada ahli perniagaan terkenal, SM Nasaruddin kini bahagia dengan anak sulung mereka yang lahir pada juga akhir 2011. Namanya adalah Leia Rose. Dah menjangkau nak dekat 2 tahun usianya. -Gambar instagram.com/marioncaunter



Gambar Terkini Anak Marion Rose Caunte

Selasa, 11 Disember 2012

Model, Marion Rose Caunter yang menjadi isteri kepada SM Nasaruddin pada hujung tahun 2010 kini bahagia dengan anak sulung mereka yang lahir pada juga akhir 2011. Nama anak mereka ni kalau korang masih ingat lagi adalah Leia Rose. Kini dah besar dah Leia Rose. Gambar-gambar Leia Rose terkini yang dimuatnaik oleh emaknya melalui laman instagram miliknya.  instagram.com/marioncaunter

Gambar Akikah Anak Marion Caunter. SM Nasaruddin

Khamis, 12 April 2012

Marion Caunter dan suami tercintanya, SM Nasaruddin telah mengadakan majlis cukur jambul atau akikah bagi anak perempuan sulung mereka, Leia Rose pada hari Ahad yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan juga sahabat-sahabat kedua-dua pasangan. Gambar diambil dari Twitter Marion Caunter

Gambar anak SM Nasarudin, Marion Counter

Sabtu, 24 Disember 2011

Gambar dibawah adalah gambar anak kepada pasangan ideal SM Nasarudin dan Marion Rose Caunter. Bayi perempuan ini dilahirkan pada tanggal 16 Disember yang lalu. Nama bayi perempuan ini pula adalah Leia Rose Caunter Nasarudin. Memang sungguh comel dan nampak sangat wajah yang berseri-seri. Semoga dengan kehadiran bayi ini dapat memberikan suasana lebih meriah dan bahagia lagi.

Marion Caunter Hamil Anak Sulung

Selasa, 23 Ogos 2011

Tahniahlah kepada host rancangan E! News Asia, Marion Rose Caunter telah di sahkan hamil 6 atau 7 bulan. Isteri kepada konglomerat terkenal dalam Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin ini tetap berahsia mengenai jantina bayi dalam kandungan itu. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Mesti comel dan cute baby tue kan nanti. Papa dia 'ganteng', mama dia pun 'sweet', anak kacukan lah katakan. :)
[via]

Gambar perkahwinan Marion Rose Caunter

Sabtu, 18 Disember 2010

Nampaknya majlis resepsi pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter dan jutawan SM Nasaruddin SM Nasimuddin sudah selamat dinikahkan kelmarin 17 Disember 2010. Pasangan ini dinikahkan di kediaman keluarga Nasaruddin di Kuala Lumpur. (pelamin pun indah bagaikan istana di atas awan) Manakala majlis resepsi pula berlaku pada tarikh yang sama (malam) dan akan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura. Di majlis itulah, Marion bakal mengenakan gaun rekaan Vera Wang di majlis resepsi tersebut. -Gua

162910 471291174162 724029162 5739919 4032916 n (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

163476 471291109162 724029162 5739916 6153010 n (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

207d02fc3b (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

209034242 (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

208931135 (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

163782 471291999162 724029162 5739934 4466874 n (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

155654 471292239162 724029162 5739938 4009740 n (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter

165192 471311269162 724029162 5740146 8127503 n (Gambar) Majlis Nikah & Perkahwinan SM Nasarudin dan Marion Caunter