Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maria Tunku Sabri bidas Nur Fathia..

Khamis, 8 Disember 2016

Tindakan aktres Nur Fathia Latiff memuat naik gambar seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya telah menimbulkan reaksi banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan.

Personaliti TV3 yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS (1988 sehingga 1996), Maria Tunku Sabri, 46, menganggap tindakan aktres tersebut menyalahkan pramugari yang enggan mengangkat begnya ke dalam kompartmen sebagai perkara yang tidak wajar dilakukan.

Jelas Maria tugasan untuk membantu penumpang mengangkat beg ketika berada dalam pesawat hanya kepada mereka yang kurang berkemampuan sahaja.
"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan" jelas Maria memetik mStar Online
Bagaimanapun, Fathia sudah memadam foto pramugari berkenaan selepas menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati namun ia berjaya diviralkan oleh netizen.

Dalam pada itu, Maria menambah, sebagai selebriti yang berpelajaran, aktres tersebut seharusnya lebih peka dan pandai untuk membawa diri ketika berada di dalam penerbangan.

Bila Maria Tunku Sabri menangis di bulan Ramadan (video)

Ahad, 12 Jun 2016

-Video mStar Online

Gambar Maria Tunku Sabri Terkini

Rabu, 15 Mei 2013


Lama sudah kita tidak melihat kelibat bekas pengacara yang popular dengan program JJCM (Jalan-jalan Cari Makan), Maria Tunku Sabri. Kelihatan dia semakin sihat dan bentuk badan tidak lah sebesar mana, ok cukup sederhana. Maria masih lagi aktif dalam dunia penyiaran dan selalu bersama-sama rakan selebriti yang lain.





Gambar Perkahwinan Kechana Dewi

Jumaat, 15 Mac 2013

Pelawak dan juga penyampai radio, Kenchana Dewi baharu-baharu ini telah berkahwin dengan seorang lelaki pilihannya. Difahamkan ini adalah perkahwinan kali ke-2 buat Kenchana. Rakan-rakan selebriti juga turut hadir bersama, Halim Othman dan Maria Tunku Sabri. Tahniah diucapkan.