Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi sempoi Mamat Khalid, MB Zambry (5 gambar)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Pengarah Mamat Khalid semalam telah mengunjungi rumah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. Paling unik mereka makan malam mee rebus sambil bersila di meja ruang tamu.

Memang sempoi dan bersahaja aksi mereka berdua, takde protokol sangat.

Mamat Khalid tidak berpuas hati dengan sikap Zizan Razak?

Rabu, 4 Mac 2015

Dengarnya Mamat Khalid tidak berpuas hati dengan Zizan Razak dimana pelawak itu gagal untuk hadir ke majlis tayangan filem "Warewolf Dari Bangladesh" pada 26 Februari lalu menurut portal AstroGempak.

Bagi Zizan dia bukan tidak datang suka-suka namun mempunyai sebab-sebab yang tertentu yang gagal juga untuk di elakkan.
“Saya ingin membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Mamat Khalid kerana tidak dapat hadir ke majlis tayangan tersebut.

“Sebenarnya saya sendiri sudah jumpa dan meminta maaf dengan Mamat Khalid berkenaan dengan perkara tersebut.

“Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan saya bukan sengaja untuk berbuat demikian kerana itu adalah tempat saya mencari rezeki.

“Lebih-lebih lagi apabila ia berkenaan dengan promosi filem lakonan saya… Usaha dan kerja keras saya selama ini takkan saya nak sia-siakan.

"Apa punca saya tidak hadir ke majlis itu biarlah hanya saya dan dia sahaja yang tahu,” -Zizan
Banyak betul dugaan Zizan bila dah jadi sukses ni, harap Zizan boleh tabah menghadapinya.

Rumah Mamat Khalid di rompak!

Khamis, 19 Jun 2014

Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.

Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.
”Sebaik dapat masuk rumah ini, mereka kemudian mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan yang berada dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.

“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,

"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,” katanya.
Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua, sejak mendiami rumah berkenaan, 10 tahun lalu.

Hasmah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada jam 11 pagi selepas itu.

Katanya, siasatan lanjut tidak menemui sebarang kesan cap jari, namun pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV kepada polis dalam bentuk cekera padat untuk siasatan. -petikan SinarHarian

filem Apokalips X dan Zombi Kilang Biskut, Gagal! Kutip hanya....

Rabu, 30 April 2014

Malang tak berbau bagi pengarah terkenal yang sebelum ini mengaut keuntungan berjuta-juta hasil filem seram komedi, Zombi Kampung Pisang, Kak Limah Balik Kampung dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, apabila filem terkini arahannya, Apokalips X mendapat kutipan sebanyak RM250,000 lebih menurut rekod FINAS pada 24 April lalu.

Kos pembuatan filem itu sahaja dah mencecah RM1.5 juta. Manakala Zombi Kilang Biskut pula hanya mendapat kutipan RM1.5 juta. Mamat yang ditemui wartawan menganggap dirinya tidak kecewa tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak mengikut kemahuan penonton tempatan.
"Saya tidak kecewa mahupun menyalahkan penonton kerana tidak menyaksikan Apokalips X. Sebaliknya saya menganggap diri saya sendiri yang salah kerana tidak cuba faham kehendak penonton,

"Apa-apa pun saya masih tidak mengalah dan akan terus menghasilkan prekual filem ini. Kali ini saya akan memastikan agar ia lebih serasi dengan jiwa penonton sekarang.

"Bagi saya kegagalan tiada kutipan tidak pernah pudarkan semangat saya untuk terus berkarya," -Mamat. petikan mStar.

Que Haidar kini kembali berlakon!

Sabtu, 9 Julai 2011

Jarang kita melihat pelakon Que Haidar ni dimana-mana drama mahupun filem kan dah masuk 2 tahun. Sampaikan ada yang menganggap Que kena 'queen control' oleh isterinya disebabkan cemburu. Masih lagi hanya dianggap spikulasi yang tidak jelas mengenainya. Sebab manalah ada orang nak cerita kan rumahtangganya kepada umum, iya tak?. Tapi baguslah pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) ni bakal muncul dalam dunia seni tak lama lagi, yakni dalam filem Rock Ooo arahan Mamat Khalid, mesti lucu lah ni filem, macam Zombi Kampung Pisang pulak. Hehe.

"Keputusan kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid ini adalah pilihan saya sendiri. Tidak ada mana-mana pihak lain yang mempengaruhi saya termasuklah Linda seperti yang disangkakan banyak pihak.

Dulu saya pernah berkata, saya tidak membuat keputusan untuk berhenti terus dan akan berlakon sekiranya ia benar-benar membuka hati saya,” katanya. Pastinya bidang lakonan umpama nyawanya, namun keputusan Que meninggalkan dunia lakonan cukup berbaloi dirasai dalam jiwanya.

Mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan sesuatu yang berat bagi saya. Memang ada faktor kenapa saya nekad meninggalkan dunia lakonan dulu. Apa yang pastinya kekecewaan itu tetap ada dan saya tidak mahu mengguris mana-mana hati individu yang pernah mengecewakan saya. Biarlah orang buat pada saya asalkan saya tidak membalasnya,” katanya lagi. -Bharian

ibunda Mamat Khalid meinggal dunia

Ahad, 19 Jun 2011

Selepas ayahanda Awie meninggal dunia baru-baru ini, satu lagi episod duka telah menimpa pengarah filem, Mamat Khalid yang juga merangkap juri professional bagi MaharajaLawak 2011, dimana ibunda kepada Mamat Khalid telah kembali ke Rahmatullah mengikut sumber daripada Twitter milik Afdlin Shauki. Kemungkinan kematian ibunda Mamat berlaku selepas acara Show Maharajalawak di Johor Baharu pada malam Jumaat.

Sebab lihat Mamat time tue, happy jerk kan, mungkin waktu pagi atau beberapa jam selapas show itu habis gitu agaknya ibundanya meninggal. Salam takziah lah kalau macam tu kepada keluarga besar Mamat Khalid dan juga al Fatihah kepada roh Allahyaharmah.