Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Intan Ladyana dalam Mama Murai

Jumaat, 28 Ogos 2009

Pelakon manis dan cun, Intan Ladyana sememangnya seorang yang lemah lembut dalam lakonannya. Tentang perkhabaran terbarunya, tak tahu dari sudut percintaannya namun dari sudut kerjayanya, dia akan melakonkan sebuah drama 13 episod iaitu Mama Murai di saluran 132 Astro Warna terbitan MIG Production sdn. Bhd. mulai 3 Disember 2009. Intan juga akan bergandingan dengan pelakon baru, Mas Muharni, Putri Mardiana dan Siti Zie. Artis baru ni semua cun-cun juga.