Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nampak bra ketika menjadi host Nona, ini komen Fouziah Gous.. (2 gambar)

Rabu, 30 September 2015

Rancangan Nona pada hari Ahad lalu telah menimbulkan reaksi yang berbeza buat pengamat mata tajam di sebuah Forum online akan penampilan Fouziah Gous.

Katanya baju yang dikenakan Fouziah menampakkan pakaian dalamnya aka bra. Dan ini komen Fouziah mengenai hal itu.

Gambar Anak Fasha Sandha Edisi September

Isnin, 9 September 2013

Ini adalah gambar terbaru anak Fasha Sandha, Putra Rayfal edisi September 2013. Kelihatan sihat sekali. Fasha pun kadang kala ada mengusik Rayfal ni, waktu tidur pun sempat diberikan baju untuk digambar. Hehe. Fasha juga tidak kurang hebatnya, dia menjadi penghias majalah Nona, majalah pertama kalau tidak silap selepas dia bersalin. -Instagram FashaSandha

Gambar YAM Hjh Siti Aishah di Majalah Nona

Rabu, 7 Ogos 2013

Setelah lama menyepikan diri dari umum, kini Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-11 dan juga isteri kepada Almarhum Sultan Salahuddin, YAM Permaisuri Hajjah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman muncul kembali di pandangan umum.

Baginda yang kini berusia 42 tahun tetap kelihatan ayu dan anggun dengan kelas usianya dan terkini menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.

Wardina, Aliah Lee Dalam Majalah Nona

Rabu, 17 Oktober 2012

Kedua-dua selebriti yang dikenali ramai, Wardina dan juga Datin Nor Aliah Lee Abdullah (mantan isteri kepada pengarah Aziz M. Osman) telah menjadi penghias majalah Nona yang terkini.

Ini juga merupakan satu kombinasi yang sedap mata memandang dan juga satu penghormatan bersempena ulang tahun ke-25 Nona

Siapa lebih anggun dan menawan, Wardina atau Alia?


Raja Ema Hiasi Majalah Nona

Isnin, 8 Oktober 2012

Memang sudah lama tidak melihat kelibat penyanyi untuk lagu popular di zaman kegemilangannya, Jejaka Idaman, Raja Ema. Tip top sekarang dia sudah muncul setelah kehilangannya selepas berkahwin, katanya dia mahu beralih arah kepada bidang lakonan.

Raja Ema kini memiliki dua cahaya mata yang sudah besar panjang. si abang berusia 18 tahun dan adik pula 16 tahun. Jadi tidak hairanlah ibu kepada dua cahaya mata ini, masih lagi mampu memberikan saingan, dengan usia 43 tahun dia masih memiliki kulit yang putih dan awet muda.

Dato Siti Nurhaliza Penghias Majalah Nona

Sabtu, 15 September 2012

Lama sudah kita tidak melihat Dato' Siti Nurhaliza di dalam menjadi penghias mana-mana majalah tahun ini, namun kali ini Dato' Siti tampil di muka hadapan majalah Nona edisi September 2012 dengan fesyen yang simple dan bersahaja. Nak tahu apa ada dalamnya, dapatkan di pasaran, yang free memang takde punya. :)



Rozita Che Wan di Nona, Rita Rudaini di EH!

Khamis, 26 Julai 2012

Dua selebriti tanah air yang tidak asing lagi, yang kedua-dua mempunyai status yang sama. Tidak perlu disoalkan masalah pribadi, yang pasti mereka tetap menjadi perhatian majalah hiburan tempatan untuk dijadikan penghias muka hadapan.

Rozita Che Wan di Majalah Nona edisi Ogos 2012 dan Rita Rudaini di Majalah EH! yang masing-masing bertemakan edisi bulan Ramadan. Mana satu pilihan anda, boleh lah dapatkan sekarang. :)

Azrinaz Mazhar Masih Cantik, Hiasi Majalah Nona

Selasa, 12 Jun 2012

Bekas isteri kepada Sultan Brunei dan juga personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin mahu meningkatkan lagi dirinya dalam dunia hiburan tempatan. Siapa menyangka yang Azrinaz masih lagi memiliki banyak tawaran pekerjaan setelah berada di dalam istana untuk seketika. Dirinya masih lagi anggun dan jelita melihat daripada kelibatnya yang terbaru di sisipan muka hadapan majalah Nona edisi Julai 2012. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, mungkin ada penganti suami dalam masa terdekat ni juga rasanya, siapa tak nak Azrinaz ni, masih cantik tu.

Ziana Zain penghias majalah Nona

Sabtu, 14 April 2012

Ziana Zain yang tampil pada ABPBH 2011 yang lalu cukup tidak disangka yang dirinya lagi masih berbisa walaupun suam-suam dalam dunia seni. Kemunculannya bukan sahaja menyerikan majlis malah membuktikan khidmat artis lama masih juga diperlukan agar tidak tenggelam ditelan zaman. Lihat sahaja dari segi komersial, Ziana pun boleh setanding dengan orang lain, majalah Nona menaruhkan harapan itu untuk menghiasi muka hadapan majalah berkenaan. Lihatlah, kulit wajahku yang berseri ini~, kan kelas gitu ZZ. :)

Rezeki Lisa Surihani, jadi cover 2 majalah!

Isnin, 27 Disember 2010

Tuah ayam letak kat kaki, tuah orang main sport toto letak kat dukun, tuah manusia siapa yang tahu. hihi. Begitulah yang terjadi kepada Lisa Surihani, rezekinya tetap ada. Artis yang bersih daripada gosip liar ini semakin diberi kepercayaan mana-mana pihak. Apatah lagi Lisa merupakan artis pertama yang mencapai Facebook Fan 1 juta!. Jadi tidak hairanlah ramai penerbit majalah inginkan Lisa menjadi cover utama untuk edisi bulan yang baru. Nona dan Cosmopolitan merupakan majalah yang telah menampilkan Lisa sebagai cover untuk edisi Januari 2011.

Datin Seri Normala Samsudin, Ruhila, Datin Sharifah Shawati

Isnin, 5 Julai 2010

Majalah Nona edisi bulan Julai 2010 telah memaparkan cover depan majalah berkenaan dengan menampilkan pengacara terkenal Normala Samsudin dengan anaknya yang berusia 17 tahun, Ruhila Roslan. Anak Normala ni memang cun melecun, sama dengan maknya juga lah. Anaknya ni pelajar di TKC (Tunku Kurshiah College). Tapi yang paling asyik sekali dalam Nona tue adalah kisah "Datin Sharifah Shawati, Setiap Wanita perlu Jaga Imej", persoalannya sejak bila pula Sharifah ni jadi Datin, adakah dia telah bercerai dengan suaminya yang bernama 'Wan' atau 'Wan' tue telah menjadi Datuk. Sesiapa yang tahu, boleh ler kongsikan kisah ini. :)

Scha al Yahya memakai gaun pengantin

Selasa, 23 Mac 2010

Usia dan semakin meningkat. Scha juga semakin lama semakin matang dalam mencari cinta. Jadi tidak payah tunggu lama-lama lagi, nanti melepas. Itu lah harapan setiap mereka yang bergelar bujang. Scha nie sekarang popular untuk menjadi cover mana-mana majalah tempatan, mungkin pakej yang dimilikinya mampu menarik para pembeli untuk beli majalah berkenaan. Terbaru untuk majalah NONA edisi April 2010, Scha mengayakan gaun pengantin yang sungguh cun sungguh, namun macam tidak lengkap, kerna tidak ada pengantin lelakinya. Seperti Scha kahwin dengan bayang-bayang.. hehe..

Model Dan Artis Baru, Azie Yahaya

Selasa, 25 Ogos 2009

Apalah nak jadi dengan segelintir perempuan zaman sekarang ni. Azie Yahya ni banyak kali muncul/keluar majalah terbitan Karangkraf seperti NONA. Adalah buat catwalk sikit sikit kot. Model suam suam kuku je dan baru start berlakon drama yang berepisod pendek-pendek sahaja. Dengar kata dari orang terdekatnya dia ni dah banyak service vip vip dan anak org kaya. Macam social ascott la kira. Macam macam la. -Peminat