Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Erra Fazira hiasi dua majalah (3 Gambar)

Khamis, 17 Julai 2014

Murah rezeki nampaknya Erra Fazira bulan puasa kali ini, dijemput untuk menghadiri dua sesi photography untuk majalah terkenal tempatan, MediaHiburan dan IntTrend edisi terbaharu.

Namun penampilannya dalam majalah itu seperti kebiasaan sahaja. Namun adalah sewajarnya dia memakai tudung walaupun hanya untuk majalah berkenaan.

Nak juga tengok Erra bertudung di bulan Ramadan ni kan.

8 Diva Popular Hiasi Intrend

Jumaat, 3 Mei 2013


Buat pertama kalinya majalah Intrend telah membuat dua cover majalah mereka dalam versi yang berlainan dengan dibarisi 8 selebriti terkenal dengan 4 daripadanya untuk satu majalah bersempena ulang tahun majalah Intrend yang ke-8.

Mereka adalah Ella, Liyana Jasmay, Ziana Zain, Fazura, Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira dan Nurul Wahab. Wah semuanya diva dan sudah berumahtangga kecuali Fazura. Namun kelihatan sekali wajah Fazura yang tercantik sekali di antara semua. Hehe. Bagi anda?



Usah Tanya, Doakan Saja! - Erra Fazira

Rabu, 6 Februari 2013

Hal-hal rumahtangga sebenarnya sudah menjadi rahsia diantara suami dan si isteri dan kadang kala sudah menjadi kewajaran mereka berdua mencari jalan dan penyelesaian sendiri, mungkin perlu juga jika untuk mendapatkan nasihat atau panduan dari orang-orang yang boleh dipercayai.

Mungkin bagi halnya seperti Erra Fazira dan Engku Emran masih lagi menjadi samar-samar dan tiada sebarang berita yang betul-betul menyakinkan hal mengenai rumahtangga mereka. Majalah Intrend edisi Februari 2013 telah memaparkan penampilan Erra Fazira sebagai muka hadapan majalah mereka. Namun dalam sisipan berkenaan terselit perkataan 'Usah Tanya, Doakan Saja' yang menimbulkan banyak persoalan di minda pembaca.

Mungkin inilah cara Erra untuk tidak memberitahu apa-apa yang begitu privacy bagi dirinya, dan mengharapkan agar peminat-peminat beliau sentiasa berfikiran positive dan berdoa agar rumahtangganya sentiasa dalam kebahagiaan dan diredhai Allah. Nak tahu lanjut mengenai tajuk itu, dapatkan segera di pasaran majalah Intrend ok.

Siti Saleha hiasi cover Intrend

Sabtu, 16 Jun 2012

Bakat Siti Saleha ni memang ada, dan namanya juga semakin hari semakin naik, apatah lagi gosip dan kontroversi jarang sekali timbul dan masih dianggap bebas dari semua itu. Mala rezekinya juga bertambah-tambah dengan yang terbaru menjadi penghias muka hadapan majalah InTrend edisi terbaru. Cantikkan. :)

Neelofa penghias majalah InTrend

Khamis, 2 Februari 2012

Neelofa memang seorang yang bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun kadang-kadang dia juga berbakat bernyanyi, cuma tak seberapa ditonjolkan. Ada juga video nyanyiannya di YouTube. Itu lepas ni korang boleh g cari la untuk mendengarkan suara Neelofa. Namun hari ini, admin nak tunjukkan gambar Neelofa ketika proses pembuatan cover depan Majalah InTrend yang dibuat baru-baru ini, cukup clean gitu lor..

gambar Murai

Maya Karin, Fasha Sandha dalam Intrend

Jumaat, 25 November 2011

Gandingan mantap diantara pelakon Maya Karin dan Fasha Sandha dalam satu majalah keluaran InTrend edisi Disember 2011. Gandingan seperti ini jarang dapat kita lihat, lebih-lebih lagi melibatkan artis yang mempunyai paras wajah yang menawan. Maya Karin nampak senyum sahaja, manakala Fasha membuka mulutnya. Kan bagus kalau Fasha juga senyum bersama. Sure mantap ni cover majalah. hihi.

Diana Danielle dalam Majalah Intrend November

Khamis, 3 November 2011

Cantik dan menawan sungguh melihat Diana Danielle sebagai cover majalah Intrend edisi baru-baru ni. Dengan berjemur dibawah sinaran terik matahari, siap pakai baju skirt dan juga berjaket, menampakkan Diana, serba boleh. Sebagai satu ciri wanita lasak yang masih wujud. hehe. Rambut yang nmpk rebonding mengilatkan lagi keceriaan majalah itu. Layans..

gambar Scha al Yahya dengan Farid Kamil

Jumaat, 27 Mei 2011

Wow hasil yang terbaik sungguh daripada Photoshoop ni. Gambar Scha al Yahya dan Farid Kamil dalam majalah InTrend 2011 edisi bulan Jun. Majalah ni mengambil kedua-du selebriti sebab kedua-duanya memiliki magnet dan aura untuk menarik para pembaca. Lihat gambar Farid, macam Evlis kan. Hehe. Scha pula tetap nampak cantik, body dia pun nampak ada pakej. hihi..

Sharifah Amani dalam Majalah InTrend April 2011

Sabtu, 26 Mac 2011

Sesiapa yang dah beli majalah Intrend edisi April 2011, mesti rasa teruja seketika dengan cover depan majalah tue. Menampilkan pelakon comel dan manis, Sharifah Amanai sebagi pengias muka depan. Hush. Memang seksi pakaian yang dipekena Sharifah dalam cover tue. Menampakkan bahagian paha ke kaki. Mulus tak terkata kakinya, kata orang ramailah. Hehe. Setahu penulis, ini merupakan penampilan Sharifah pada 2011, jarang dapat informasi mengenainya beberapa bulan ni. Apa-apa pun teruskan usaha Sharifah dalam menjadi anak seni.

Fouziah Gous dalam majalah Intrend

Khamis, 3 Mac 2011

Bulan Mac sudah pun tiba. Maka banyaklah dan pelbagailah majalah-majalah tempatan nak keluarkan edisi terbaru untuk bulan Mac. Bagi Majalah Intrend, majalah kesukaan masa kini, majalah ini mempamerkan pelakon, Fouziah Gous sebagai cover utama dan juga beberapa sorotan mengenai dirinya di dalam majalah itu. Jarang sudah melihat Fouziah, kini Fouziah nampak lebih anggun dan manis, macam artis barat gitu. Fouziah punya kekasih cerita macamana erk? hehe. -gambar sumber Murai

Gambar Remy Ishak dan Fasha Sandha

Isnin, 12 Julai 2010

Kedua-dua artis ini sememangnya menjadi perhatian orang ramai. Apatah lagi masing-masing mempunyai krier dan juga gosip panas tersendiri. Mana nak Remy yang dibelengu soal kekasih dan juga Fasha yang sama kes tapi berlainan sedikit sebab melibatkan laki orang. Dengan adanya kemunculan kes-kes seperti ini, maka pihak Majalah Intrend mengambil kesempatan untuk mengambil mereka berdua menjadi cover utama majalah mereka. Tapi ada desas desus mengatakan, mereka tidak diambil gambar bersama, malah asing-asing dan pihak editor menggunakan teknik 'super impose' semata-mata. Canggih betul kalau macam tu..

Scha al Yahya Pandai Simpan Rahsia?

Selasa, 3 November 2009

Baru-baru nie Penulis ada belek2 "Wajah Buku" si Scha al Yahya ni ternampak cover Intrend Nov 2009 yang tertepek muka Scha dengan gaya rambut menggerbang tu. pastu kat tepi Cover tu ada headline "Scha Pandai Simpan Rahsia".. apa rahsianya tu? sapa2 yang ada beli dan terbaca tu bleh la share kat sini ye. Mungkin ianya satu rahsia bahawa dia ada pakwe baru? siapa tahu. kan3.