Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Datuk Rahim Razali kumpul harta 40 tahun!
Jumaat, 17 Oktober 2014
Glam edisi October 2014 memaparkan muka Datuk Rahim Razali di muka depan majalah berkenaan. Dengarnya isinya adalah dimana Datuk Rahim Razali membuka rahsia kekayaan harta 40 tahunnya. wow dasyat tu, kaya pula pelakon vateran ni tapi kaya dari segi apa??.
Apa lagi dapatkannya dipasaran sekarang kalau nak baca lebih lanjut..
Apa lagi dapatkannya dipasaran sekarang kalau nak baca lebih lanjut..
Suami Nadiya Nisa Hiasi Majalah GLAM
Rabu, 5 Jun 2013
Katanya suami kepada pelakon Nadiya Nisa yang menaik namanya menerusi drama Adam dan Hawa Saiful Razman telah diberikan kepercayaan untuk menghiasi muka hadapan majalah GLAM edisi terbaharu. Wah bukan calang-calang lelaki dapat tembusi muka hadapan majalah popular tanah air ni.
Sebagai info tambahan Nadiya mempunyai anak yang kini berusia setahun dan berkahwin dengan Saiful pada bulan Julai 2009. Nah ekstra tambahan, gambar anak dan suaminya.



Gambar Kehidupan Nabila Huda
Jumaat, 25 Januari 2013
Nabila Huda makin lama makin menjadi semakin sosial setelah bercerai dengan bekas suaminya dulu. Gambar-gambar aktiviti sosialnya dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.
Mungkin kebebasan ini yang diinginkan oleh Nabila agaknya. Tidak mahu mengomen lebih lanjut mengenai gambar di bawah ini, korang komenlah secara berhemah yer.
Semoga Nabila mendapat bakal suami yang boleh membimbingnya. :)
Mungkin kebebasan ini yang diinginkan oleh Nabila agaknya. Tidak mahu mengomen lebih lanjut mengenai gambar di bawah ini, korang komenlah secara berhemah yer.
Semoga Nabila mendapat bakal suami yang boleh membimbingnya. :)
Erra Fazira Hiasi Majalah Glam
Isnin, 22 Oktober 2012
Erra Fazira kali ini dijemput untuk dijadikan penghias utama muka hadapan majalah Glam untuk edisi Nov 2012. Wajah Erra begitu putih melepak dengan pakaiannya yang juga begitu anggun dan sopan.
Memang sesuai dengan gaya Erra yang sedia ada, dengan menjadikan dirinya masih lagi berbisa untuk semua itu.
Memang sesuai dengan gaya Erra yang sedia ada, dengan menjadikan dirinya masih lagi berbisa untuk semua itu.
Ady Putra Hiasi Majalah Glam
Sabtu, 29 September 2012
Gambar dibawah adalah gambar pelakon kacak dan juga memiliki karisma tersendiri, Ady Putra ketika dirinya menjadi penghias muka depan majalah hiburan, Glam Lelaki edisi Oktober 2012. Dalam majalah ini Ady berkesempatan mengayakan pakain bercirikan moden dan mewah berbentuk sut jenama Prada.
Selain daripada itu, jangan lupa nantikan filem Aku Terima Nikahnya pada Oktober nanti di pawagam berdekatan, filem yang dikatakan mampu setanding dengan Ombak Rindu, lakonan yang juga dibintangi oleh Nora Danish.
Selain daripada itu, jangan lupa nantikan filem Aku Terima Nikahnya pada Oktober nanti di pawagam berdekatan, filem yang dikatakan mampu setanding dengan Ombak Rindu, lakonan yang juga dibintangi oleh Nora Danish.
Remy Ishak hiasi Majalah Glam Lelaki
Sabtu, 25 Ogos 2012
Mengikut portal Murai, Remy Ishak telah dipilih untuk menghiasi majalah fesyen dan gaya hidup khusus buat lelaki yang bercitarasa tinggi, Glam Lelaki. Namun dalam pada itu, khidmat Remy sebagai penghias muka hadapan majalah berkenaan sebenarnya sudah lama, namun baru kali ini pihak editor majalah Glam berjaya mendapatkannya, tidak diketahui kenapa begitu susah untuk mendapatkan khidmat Remy.Dalam majalah ini anda akan dapat mengetahui tentang bapa Remy yang sering dijadikan inspirasi dalam hidup. Dan juga susah payah Remy untuk pertama kali terbabit dalam bidang lakonan sehingga sekarang.
Eja, Nazim Othman hiasi Majalah GLAM
Selasa, 26 Jun 2012
Dua selebriti terkenal dalam bidang lakonan Siti Shahriza atau dikenali sebagai Eja dan juga Nazim Othman telah terpilih untuk menghiasi majalah hadapan GLAM edisi Julai. Kedua-dua selebriti ini tampaknya lebih berktrampilan dan bergaya. Pastinya kepada peminat pembaca majalah hiburan tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya untuk mengetahui kisah yang menarik seperti sehari bersama Nazim dan kisah Eja yang tidak bersedia menjadi ibu lagi tetapi...


Rozita Che Wan hiasi Majalah Glam
Khamis, 3 Mei 2012
RCW atau Rozita Che Wan memang seorang yang cukup gah sebagai seorang model dan juga pelakon. Yang terbaru mengenai dirinya, dia telah dijemput untuk menghiasi majalah GLAM. Yang rata-rata tidak dipastikan lokasi itu benar-benar di lokasi asal atau hanyalah kecanggihan proses 'edit' gambar. Gambar RCW dengan lelaki tu cukup menyentap jiwa dan raga kaum lelaki, janggut model berkenaan dibelai manja oleh RCW.




Diana Danielle penghias majalah GLAM
Sabtu, 3 Mac 2012
Bagi peminat Diana Danielle, inilah masanya korang nak tengok kelibat diri sebenar Diana yang sudah lama tidak muncul-muncul akibat kesibukan masanya. Terbaru Diana sempat menjadi penghias majalah GLAM dimana penampilannya sungguh amat begitu teruja sekali. Sampai nampak bahagian tengah sekali Diana dah mula beranikan diri untuk menampakkannya. Satu kebangkitan yang begitu hebat sekali nampaknya.






Khairul Fahmi hiasi majalah Glam
Rabu, 28 Disember 2011
Wah kini memang tidak sah lagi perkhabaran kementerian mahu melahirkan kerjaya bola sepak sebagai satu kerjaya jutawan akhirnya bakal kita lihat tidak lama lagi, populariti mereka juga bakal setanding dengan selebriti tempatan. Contohnya Apek, atau Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan penjaga gawang untuk Negara. Apek memang selalu menjadi perhatian ramai melalui dari episod pertunangannya sehinggalah ke kekasih hatinya. Namun kini nama beliau sudah pon menjadi perhatian, dan Majalah Glam sekali lagi menampilkan artis bolasepak yang cukup gak ini menghiasi majalah berkenaan. sebagai tambahan, model bersama Apek di majalah tu bernama, Anastascia..


Dato' Siti Nurhaliza hiasi Majalah Glam
Selasa, 27 Disember 2011
Majalah Glam memang sebuah majalah hiburan yang sedang meningkat naik dimana pembaca hiburan tempatan. Ramai yang memberikan kepercayaan kepada Majalah ini untuk terus maju, dan Majalah Glam juga memberikan kepercayaannya untuk menyiarkan apa yang paling terbaik sekali. Dan yang terbaik dan terbaru yang dikeluarkan oleh Majalah ini adalah cover depan edisi majalah itu yang sungguh unik, menampilkan Dato' Siti Nurhaliza persis mengayakan aksi Madonna. Rambut tu harap maklum, bukan rambut sebenar Siti, rambut adalah palsu.








Edito Glam: Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.
Gambar Suami Noryn Aziz
Isnin, 5 Disember 2011
Gambar romantik ini diambil ketika Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah ketika menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square baru-baru ini. Dalam majlis itu juga, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki. Kalau korang nak tahu, suami Noryn ni merupakan orang bangsawan, yakni ada keturunan darah diraja. Bertuah si Noryn.
Fasha Sandha dalam majalah Glam
Selasa, 25 Oktober 2011
Kali ni penampilan Fasha Sandha dalam majalah Glam amat berbeza sekali seperti biasa, selalunya orang akan possing maut berdiri jerk, tapi kali ni lain sikit, sebab possing dia kena baring sambil digayakan dengan gaun yang besor ini semua daripada Bottega Veneta gown and Yves St Laurent. Kiranya gaun untuk berkahwin lah ni. Zz.. Layan dulu..
Nasha Aziz jadi cover Majalah Glam
Isnin, 29 Ogos 2011
Dah lama kita mendengar khabar mengenai artis seorang kita yang cantik ni. Mana kisah hidup perkahwinannya dengan buahatinya pun dah tak kedengaran lagi. Takpe la, kisah hidup Nasha mungkin Nasha boleh jalani, kita berdoa sahaja agar Nasha lebih berbahagia. :) Jom lihat cover majalah Glam ni, serba kuning betul Nasha menjadi cover nya. Dah profesi Nasha menjadi seorang model kan. Sampi tak cam muka dia tue, berbeza juga jadinya kan. Fotoshop betul ni..
Gambar Tiz Zaqyah di Glam Anniversary
Jumaat, 22 April 2011
Gambar Tiz Zaqyah ni diambil ketika dia menghadiri harijadi Glam Magazine 7th Anniversary Party Best Dressed baru-baru ini. Penulis tak tahu menahu serba fesyen ni, jadi tak tahu nak komen apa. hehe. Pakaian Tiz ni memang nampak cantik dan simple hasil rekaan Alia Bastamam (skirt kuning). Tiz pakai pun pekena juga (^_____^). Gambar dengan lelaki tue adalah CuteCarry. Korang layan dulu la yer. -gambar cutecarry.com






Datin Paduka Umie Aida dalam GLAM
Selasa, 4 Januari 2011
Majalah GLAM edisi baru-baru ni memaparkan penampilan Datin Paduka Umie Aida sebagai cover depan majalah berkenaan. Tak da nak dijadikan isu di sini, cuma memberikan anda sedikit masa untuk melihat penampilan Umie dalam majalah berkenaan. Orang kata memang banyak perbezaan daripada dahulu. Mungkin semua ini permainan Photoshop sebab tu semuanya jadi gempak sehinggakan anda tidak dapat mempercayainya~!






Artis dengan fesyen 60-an
Jumaat, 5 November 2010
Selepas FFM baru-baru ini, kali ini artis kita sedia memberi satu lagi aneka ragam bentuk fesyen. Fesyen yang ditengahkan adalah berkonsep ala-ala 60-an. Memang suatu yang menarik, memandangkan suasana 60-an cuba dipraktikan ke zaman ini. Tapi ikut kemampuan artis itu juga, samaada dapat memberi suasana 60-an atau sebaliknya. Itulah yang berlaku dalam Party Glam Swinging 60′s di Celcius, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang anjuran Majalah Glam. Siapa lawa dan cantik, tiada pula anugerahnye. Tapi lihat kesemuanya seperti santai dan enjoy.



































