Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazura keluar single album pertama (video)

Selasa, 11 November 2014

Fazura kini telah menjadi seorang penyanyi dan kemunculan sulungnya di konsert Ulang Tahun untuk majalah EH telah menarik ramai perhatian tetamu yang hadir.

Single pertamanya berjudul 'Sayangi Dirimu'.




Gambar Fasha Sandha hamil terkini

Isnin, 21 April 2014

Baru-baru ini Fasha Sandha telah mengadakan satu sesi photoshot untuk sebuah majalah tempatan, majalah EH! edisi akan datang. Ketika photoshot itu, terserlah kejelitaan ibu yang sedang hamil seperti Fasha. Jom layan.

Adira penghias majalah EH! Mac 2014

Rabu, 12 Mac 2014

Cantik dan kegebuan putih adalah aset yang berharga untuk penyanyi Adira. Bahkan kalau dilihatkan Adira merupakan artis yang serba style.

Rambutnya yang seakan-akan lelaki itu tidak mencerminkan dia seorang yang tomboy atau pengkid, namun tetap sekadar fesyen untuk sebuah majalah EH! edisi Mac 2014 ini.

Gambar Sekitar Majlis EH! 20

Khamis, 29 November 2012

Baru-baru ini ada sebuah majlis anjuran EH! 20 dengan kerjasaama Suria FM bertempat di The Pool, Ampang. Ramai artis yang hadir dengan berpakaian serba simple dan bergaya. Jom Lihat. -gambar  facebook.com/pages/Syoknyegambar/

Juliana Evans, Siti Saleha super Photoshop

Sabtu, 8 September 2012

Dua gandingan hebat diantara pelakon manis dan jelita, Juliana Evans dan Siti Saleha yang menghiasi majalah EH! edisi September 2012. Kalau melihatkan kepada majalah ini, kedua-dua pelakon sukar untuk dikenal pasti yang mana satu dan siapa, sebab imej diantara mereka sudah 'dimodifikasi' begitu halus sekali dengan menggunakan kuasa edit yang begitu canggih. Tak percaya? korang lihat sendiri, dapat cam atau tak. @_@

Rozita Che Wan di Nona, Rita Rudaini di EH!

Khamis, 26 Julai 2012

Dua selebriti tanah air yang tidak asing lagi, yang kedua-dua mempunyai status yang sama. Tidak perlu disoalkan masalah pribadi, yang pasti mereka tetap menjadi perhatian majalah hiburan tempatan untuk dijadikan penghias muka hadapan.

Rozita Che Wan di Majalah Nona edisi Ogos 2012 dan Rita Rudaini di Majalah EH! yang masing-masing bertemakan edisi bulan Ramadan. Mana satu pilihan anda, boleh lah dapatkan sekarang. :)

Gambar Anugerah Stail EH!

Jumaat, 6 Julai 2012

Gambar dibawah adalah gambar selebriti-selebriti yang terkenal yang hadir ke Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada semalam di Grand Dorsett Subang baru-baru ini. Dalam anuegarah ini, ramai nama-nama besar yang telah mengondol kemenangan mengikut kategori yang dipertandingkan. Jom kita lihat aneka ragam selebriti popular yang hadir ketika anugerah itu.
Keputusan rasmi Anugerah Stail EH! 2012

Selebriti Harapan Pilihan - Izara Aishah

Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik - Fouziah Gous

Selebriti Lelaki Bentuk Badan Cantik - Anding

Jurusolek Selebriti Pilihan - Najeeb Azami

Pereka Fesyen Pilihan Selebriti - Rizman Ruzaini

Selebriti Mesra Peminat - Shila Amzah

Pasangan Selebriti Pilihan - Noh & Mizz Nina

Selebriti Wanita Paling Seksi - Rozita Che Wan

Selebriti Lelaki Paling Seksi - Hans Issac

Selebriti Paling Fotogenik - Scha Al Yahya

Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Fasha Sandha

Model Pilihan Majalah - Tengku Azura

Selebriti Serba Boleh - Aznil Hj Nawawi

Selebriti Pencapaian Terbaik - Datuk Siti Nurhaliza

Selebriti Wanita Paling Bergaya - Fazura

Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Awal Ashaari

credit Budiey | Murai | MIG

Cristina Suzane hiasi majalah EH! Julai

Khamis, 21 Jun 2012

Siapa Cristina Suzane ni? pasti masih lagi terlalu asing ditelinga korang kan. Dia ni adalah seorang pelakon baru yang anggun dan cantik. Mana tidaknya dia berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu, sebab itu wajahnya betul-betul lain dari orang Melayu yang original. Dia juga adalah pelakon untuk drama Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006).

Dan terbaru rezekinya adalah untuk mencipta nama di muka depan halaman majalah EH! edisi Julai 2012 yang bertemakan seperti permaisuri mesir sedang bersiar-siar di sungai tapi bawa tudung saji pulak dah..

Diana Danielle bertudung di Majalah EH

Selasa, 29 Mei 2012

Jarang kita dapat melihat selebriti muda jelita, Diana Danielle ni bertudung kan, sekali sekala dapat lihat ok juga sebelum ni pernah bertudung, tapi kat drama, tapi yang ni pun sayangnya Diana bertudung kat Majalah EH! edisi terbaru, kiranya bertudung berbayar lah juga ni, aish, harap-harap Diana dapat bertudung penuh lepas ni ye, tanpa berbayar dan ikhlas di hati. :)

Maya Karin seksi hiasi Majalah Eh!

Isnin, 23 April 2012

Aset Maya Karin makin lama makin meningkat, walaupun jarang ada gosip liar melanda, namun dirinya tetap menjadi perhatian ramaai. Apatah lagi lakonannya dalam filem Ombak Rindu, telah membuatkannya bangun dari tidur yang panjang. Yang terbaru adalah, Maya menjadi cover muka hadapan Majalah Eh! untuk edisi Mei 2012. Kali ni agak seksi sikit penampilan Maya. Owch

Ella hiasi Majalah EH!

Khamis, 23 Februari 2012

Lama kita tidak melihat kelibat Ella dalam majalah hiburan tempatan, kalau dulu pastinga terpampang wajah Ella. Kini tidak seperti dahulu, ramai selebriti yang lahir dan mereka juga perlu publisiti. Namun aura Ella masih lagi menyengat beb, majalah EH! berani menampilkan Ella pada muka hadapan majalahnya. Sekaligus memberikan maksud Ella akan kembali dan pasti mahu bertahan dengan gelaran Ratu Rock Negara!

Scha, Awal di Majalah EH!

Selasa, 17 Januari 2012

Dalam kesibukan kita dengar ramai top selebriti nak bernikah dan kahwin tahun ni, tapi kita tak tahu pula bila Scha al Yahya dengan Awal Ashaari akan berkahwin. Dorang ni tak perlu katalah, pasangan paling hot tahun 2011. Memang couple selebriti paling romantis la. Tu lah kita sebagai peminat dorang ni, berharap dorang dapat buat kenyataan rasmi untuk perkahwinan mereka, walaupun difahamkan, kedua-duanya sudah pon cukup bersedia. ho..

Scha dan Awal di Majalah EH!

Lisa Surihani di Majalah EH! Oktober 2011

Khamis, 29 September 2011

Majalah EH! Oktober 2011 kali ni menampilkan Lisa Surihani sebagai cover utama majalah berkenaan. Sampaikan tak dikenali wajah Lisa ketika menjadi cover majalah berkenaan. Lihat sahaja lah gambar dibawah ni, sungguh anda merasakan sesuatu kelainan kan, padahal ianya Lisa. Haha. Kuasa Photoshop lagi, kita tertipu..

Yuna di majalah EH!

Khamis, 28 Julai 2011

Yuna memang seorang yang berbakat besar, tapi pasti yang merindukan Yuna kan, sebab Yuna sekarang busy terbang pergi balik KL ke UK dan US. Jadi dikesempatan ini Majalah EH! edisi Ogos telah memaparkan gambar Yuna sebagai cover majalah berkenaan. Menampakkan ciri-ciri ke-Islaman dan bulan Ramadhan maka tema berwarna hijau turut diberi perhatian. Tapi muka Yuna lain cikit daa. Magic Photoshop agaknya. :)

rambut terbaru Fasha Sandha

Khamis, 26 Mei 2011

Cantik juga melihat Fasha Sandha dalam edisi terbaru majalah keluaran EH! untuk Jun 2011. Pada mulanya agak tak perasan siapa orang di muka hadapan majalah berkenaan. Bila diperhatikaan betul-betul ternyata ianya Fasha Sandha. Cuma rambutnya dan wajahnya yang betul-betul berubah menjadi lebih advance dan kelihatan amat cantik sekali. Wah, memang Fasha dah lebih maju dah ni, Yang kat bawah tue pun cantik juga kan rambut dia dan gaun baju yang diperagakan, sesuai sangat-sangat. Like it..

4 Diva untuk Majalah EH! Mac 2011

Sabtu, 5 Mac 2011

4 orang Diva? mereka sudah bergelar Diva? yang itu tak tahu pula, mungkin satu diantara mereka kot. Diantara Fauziah Latif, Mizz Nina, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar agaknya cuma Fauziah Latif yang boleh dianggap diri sebagai Diva. Hehe. yang lain tu masih lagi baru. belum ada 10 tahun dalam dunia seni. Apa-apa pun tak pa lah, terserah editor Majalah Eh nak tentukan siapa Diva. Korang tengok dan lihat sahajalah, nak edit majalah tu balik agaknya imposible. Ha2.

Eh! 20 Yang Anggun dihadiri artis pakai skirt?

Rabu, 1 Disember 2010

Apabila Nita Finalis Malaysian Idol menjadi rebutan mata lensa jurufoto di Eh! 20 Yang Anggun baru-baru ini, rupa-rupanya ada lagi artis-artis yang berpakaian seperti Nita di majlis itu. Memang seksi-seksi semuanya, macam sesuatu yang wajib pula, dah semua pakai baju skirt. Ada yang tepat pada lutut, ada yang tidak sampai paras lutut. Haiye, fesyen-fesyen zaman sekarang ni dah membuatkan seseorang itu magnet terhadap mata orang lain. Dasyat2.. -Gambar ManggaOnline