Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Majalah 3 dikecam gara-gara gambar Allahyarhamah S. Aini

Jumaat, 29 Ogos 2014

Ada permintaan daripada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meminta jangan mengeluarkan gambar tak berhijab jika dia sudah tiada.

Ianya ditujukan kepada semua media, blog, dan laman sosial untuk berbuat demikian sebagai menghormati permintaan Allahyarhamah
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Agak menyedihkan apabila siaran Majalah 3 telah menyiarkan laporan khas mengenai kisah hidup Allahyarhamah dan menyiarkan gambar-gambar lama Allahyarhamah (tidak bertudung).

Ianya mengundang kemarahan pelbagai pihak kerana menganggap TV3 tidak menghormati dan kurang peka permintaan Allahyarhamah.

Gambar Nurul Syuhada Yang Terkini

Khamis, 2 Mei 2013


Dah semakin cantik dan ayu sunggu melihat Nurul Syuhada Nurul Ain bertudung dalam setiap penampilannya. Pengacara yang menjadi perhatian ramai ini adalah kerana memakai tudung setelah letak jawatan dari Majalah Tiga. Kini dia cukup bahagia dengan suaminya, dan masih lagi menunggu untuk zuriat sulung mereka. -gambar Instagram Nurul Syuhada





Gambar Nurul Syuhada Bertudung

Selasa, 26 Februari 2013

Cantik sungguh melihat personaliti, Nurul Syuhada Nurul Ain ni bertudung, sejuk hati dan tenang mata melihat. Perubahan yang menampilkan dirinya kini sudah bertudung mula terlihat sejak bulan Ogos 2012 yang lalu.

Namun sayangnya, tidak lagi bersama Majalah Tiga dan menjadi pengacara sambila di MHI (Malaysia Hari ini). Apa-apa pun kita layan dulu gambar Nurul ini. -gambar Instagram Nurul Syuhada

Nurul Syuhada di Majalah Hijabista

Isnin, 7 Januari 2013

Lama sudah tidak melihat kelibat Nurul Syuhada Nurul Ain bekas pengacara Majalah 3 kesayangan ramai.

Dalam diam dia kini lebih dikenali walaupun telah meninggalkan dunia pengacaraan. Buktinya, menjadi model muka hadapan majalah Hijabista edisi Jan 2013.

Memang kelihatan cantik dan begitu menawan sekali Nurul dengan tudung dan make-up yang dipakainya.


Nurul Syuhada Letak Jawatan di TV3

Jumaat, 7 September 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di TV3 bukan kerana imejnya yang sudah berhijab. Keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.

"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” =Nurul. -Via
Nurul akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

gambar pernikahan Nurul Syuhada, Raja Amir

Isnin, 18 Julai 2011

Tahniahlah kepada pengacara M3 aka Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.


[via | via]

Gambar bakal suami Nurul Syuhada, kahwin Julai 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Nah jangan terkejut ye, ni lah dia bakal suami kepada pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain. Nama bakal suami Nurul ni bernama, Raja Amir Raja Azwa berusia 29 tahun, 2 tahun lebih tua daripada Nurul. Kerjayanya merupakan sebagai pegawai bank (pegawai bahagian apa tak tahu pula, kot-kot pegawai sekuriti, hehe). Yang paling menariknya lagi Nurul mengumumkan (perancangan) mereka akan menjadi Raja Sehari pada Julai 2011. Jadi segala teka teki sudah pun terjawab, yang penting kita doakan sahaja semuanya berjalan lancar.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul kepada mStar

Nurul Syuhada dah nak kahwin?

Jumaat, 18 Mac 2011

Pengacara rancangan program tv, Majalah 3 di TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang kini berusia 27 tahun masih lagi berahsia mengenai tarikh perkahwinannya. Jangankan tarikh perkahwinan, calonnya sahaja kita belum tahu lagi kan. Ada desas desus pihak yang mengatakan Nurul nak kahwin tahun ni. Nampaknya dari raut wajah Nurul sepertinya mengiyakan desas desus itu. Kata Nurul dalam di laman web mStar mengatakan

“Insya-Allah, kalau ada berita baik, saya akan kongsi bersama dengan anda semua. Itu semestinya. kita tunggu dan lihat."
Sepertinya respon ini menguatkan lagi khabar berkenaan. Hehe. Nurul biarlah rahsiakan bila tarikh tu, kami nak tahu siapa calonnya aja. Kan3. :)

Perangnya rambut Nurul Syuhada

Ahad, 19 September 2010

Tengok tak rancangan berbentuk info, Majalah Tiga baru-baru ni, mengisahkan penderitaan rakyat di Pakistan. Memang sedih dan terharu sungguh dengan nasib mereka. Tapi tiba-tiba pla tak jadi sedih, sebab terlihat pengacaranya Nurul Syuhada Nurul Ain. Bukan nak menyibok apa, tengok Nurul ni rambut dia makin berwarna perang lah, kalau ada hitam sikit2 kira ok lah, tapi macam dah tak dah, semua perang macam minah salleh. Kalau kekal warna tue, xbleh rasanya Nurul nak solat, tapi harap2 tak kekal warna tue.. sebab warna hitam rambut Nurul lagi manis, apatah lagi kalau pakai tudung. Pergh.. Peace no War..

Waduh kan dah kantoi

Sabtu, 20 Februari 2010

Bekas pengacara Majalah Tiga yang bernama N, semenagnya sudah diketahui umum yang dia ada hubungan 'kawan' dengan angkasawan Negara. Namun sejauh mana hubungan itu cuma N sahaja yang mengetahuinya. Soal kerjaya N, buat masa ini agaknya penulis kurang alert, sebab jarang sekali penulis nampak N di kaca TV. Mungkin ada hal lain yang diuruskan. Gambar dibawah ni adalah gambar lama kantoi N yang tiada dalam blog penulis, jom tengok apa yang kantoi. :P