Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pelakon Maimon Muttalib Meninggal Dunia

Ahad, 8 September 2013

Pelakon vateran yang selalu juga korang nampak kat TV, kalau tak jadi mak orang pasti jadi orang kampung yang penuh jiwanya berlakon. Itulah dia Maimon Mutalib yang semalam dikhabarkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita itu disampaikan oleh Elle Rahman melalui saluran Blackberry. Tapi tidak dipastikan samaada dia meninggal dunia disebabkan sakit kronik atau darah tinggi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat yang solehah. -sumber asal portal Cari

Kak Mon Kini Sakit Barah Payudara

Jumaat, 23 November 2012

Pelakon vateran yang terkenal dengan kegarangan watak ketika lakonannya dan yang lebih di kenali sebagai Kak Mon atau nama sebenarnya Maimon Muttalib dikatakan kini sedang ditahan di wad PPUM (Pusat Rawatan Universiti Malaya) kerana dikhabarkan menghidap penyakit barah payudara .

Kesannya amat sakit sekali, dan Kak Mon sudah menderita penyakit ini lama namun menjadi serius sejak dua bulan yang lalu. Kita doakan semoga Kak Mon tabah mengharungi dugaan ini, semoga sembuh seperti sedia kala.

Gambar Maimon Muttalib di Andartu Terlampau

Sabtu, 8 Mei 2010

Gambar dibawah ni adalah gambar terbaru Maimon Muttalib. Pelakon vateren ni, memang jarang nampak sekali, namun kali ini dia muncul pula dalam filem Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami yang tak lama akan ditayangkan lagi. Selain Maimon, filem ini juga dibarisi oleh Awie, Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Abby Abadi dan Erra Fazira termasuk penampilan istimewa pelakon Indonesia Ari Wibowo sendiri. Jan tak tengok di pawagam terdekat anda.-mStar